40 [Menyesal]

436 14 0
                                    

"Kalau ada apa-apa call je aku.Nanti aku datang" ujar Qhayra

"Ye.Aku nak balik Ipoh je pun. "

"Kau jaga diri baik-baik tau.Jangan stress-stress." Ujar Qhayra sebak

"Iyer.Kau tu patut jaga diri.Kau kan mengandung" ujar aku sambil tersenyum.

"Iyela.Update pasal diri kau selalu dekat aku."

"Ye.Nanti aku nak pergi mana-mana aku bagitahu kau.Okayla aku nak gerak dah ni.Thankyou jaga aku selama seminggu ni.Wan,jaga Qhayra baik-baik.Kau sakitkan hati dia aku bawak satu kampung aku pukul hang"

"Amboi,lepas keluar dari hospital terus jadi gengster." Ujar Wan berseloroh

Selepas seminggu aku berada di hospital.Aku belajar erti redha.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Aku sudah berjumpa dengan baba.Baba sudah pulang dari hospital begitu juga Shasha.Cuma Shasha hilang ingatan buat sementara waktu.Mummy pula seperti murung dengan apa yang menimpa Shasha.Danial?entah hilang kemana selepas hari itu.

🌸

"Wan,asal kau cuti seminggu?kau pergi mana?" Ujar Danial tidak puas hati

"Aku dah mintak cuti dekat daddy kau,so tak salah pon aku nak ambik cuti berapa tahun sekalipun" ujar Wan malas melayan

"Eh, ni company bapak aku eh, jangan buat macam company sendiri"

"Kau kalau ada masalah personal jangan bawak datang office.Selesai sendiri.Jangan tahu nak lepaskan serabut kau tu dekat irang lain je" Wan melanggar bahu Danial kuat

"Nih,aku nak tanya Aura mana?" soal lelaki itu mengubah topic perbualan selepas dirempuh rakan baiknya itu

"Asal kau nak tahu?kau jaga jela Putri kau tu" Wan berjalan terus tanpa memandang lelaki itu.

"Kau kena bagitahu aku kalau tak nak.."

"Apa?kau nak pecat aku?just do it bro. Berlambak lagi company lain nak senior arkitek macam aku nie." ujar Wan berang

"Wan,kau.."

"Dahla Danial.Berubahla.Satu je nasihat aku,jangan asyik nak kejarkan bulan sampai kau kehilangan bintang.Jangan asyik dengar buah mulut orang lain sampai kau hilang orang yang kau sayang"

Wan berlalu pergi sementara Danial terkaku sendirian di tengah store file itu.

[After 1 months]

"Maksu,tolongla bagitahu Danial mana Aura pergi Danial rindu dia sangat" ujar lelaki itu dengan keadaan tidak terurus.

"Kenapa maksu kena bagitahu kamu?bukan kamu patut bahagia ke Aura dah tak ganggu hidup kamu lagi?mana Putri si gadis yang kamu dambakan tu?" Sengaja Qhayra ingin membolak-balikkan perasaan lelaki itu.Biar lelaki itu sakit menerima kenyataan yang dia sudah pun kehilangan Aura.

Bukan dia tak tahu Putri menyorok entah kemana,selepas sudah tersebar satu Malaysia,video perempuan itu melanggar Aura.

Artikel : "Model terkenal Putri Damia Balqis telah melanggar lari seorang wanita.Suspek sekarang sedang diburu pihak polis".

PAP.TERPAMPANG BESAR DI MUKA DEPAN SURAT KHABAR.

"Maksu janganla buat Danial macam ni.Lagipun dia masih isteri Danial,berdosa seorang isteri tidak berada disisi suami dia"

"Berani kamu cakap soal dosa Danial?kamu tak pernah fikir pulak dosa yang kamu buat dekat isteri kamu.Lagi satu kenapa kamu tak datang mahkamah? Kamu sendiri tak sabar nak bercerai dengan Aura kan, tapi kenapa hari itu kamu tak datang?"

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now