Ending🌸

1K 19 1
                                        

Aku hanya mampu menggerakan jari jemariku sedari tadi. Bola mataku bergerak kencang minta dibuka

"Aura wake up, cubaaaaa..... " ujar suara hatiku keras

"Awakk.." Suara lelaki itu kedengaran disegenap ruang gelap itu.Aku memaksa diriku untuk sedarkan diri.

TANGGG~

Aku menutup mataku perlahan kerana sinar lampu bilikku menyakitkan matanya. Lama aku berkeadaan begitu. Perlahan-lahan aku membuka mata luas. Aku menoleh kearah lelaki itu dilantai.

Lelaki itu memandangnya seperti ingin menggapai. Aku menekan button merah diatas katilku sebelum perlahan jalan menuju kearah lelaki itu.

"Awak.." Aku meribakan kepalanya

Lelaki itu hanya tersenyum sebelum menutup matanya.

🌸

Aku melihat lelaki itu sedang lena diulit mimpi.Kata doktor lelaki itu hanya ditikam dibahagian ketiak namun berhampiran dengan dada kirinya.

Aku mengusap rambut lelaki itu perlahan.Aku tak rasa aku boleh hidup tanpa dia.Aku tak akan lepaskan lelaki itu buat kali ini.

"Awak" suara serak lelaki itu membangunkan aku dari termenung.

"Awak dah sedar?nak air tak?" Ujar aku lembut

"Takpe..cuma saya nak cakap"

"Shutt..rehat.Esok awak boleh keluar dah.Sekarang rest.Saya keluar dulu" aku memberi senyuman manis sebelum keluar dari wad lelaki itu.

🌸

"Hai,awak" ujar lelaki itu dengan ceria lalu duduk di atas kerusi bersebelahan katilku

"Hai" aku memandang lelaki itu.

Lelaki itu membisu.

"Awak baru keluar dari wad ke?" Aku bertanya selepas lama lelaki itu diam dan merenungku

"Pagi tadi dah keluar dah.Sorry sebab baru tengah harini saya datang jenguk awak.Saya pergi ambil borang tadi" ujar lelaki itu tersenyum nipis.

"Ouh.." Ujar aku sepatah. Aku tahu borang apa yang dimaksudkan oleh si dia.

"Tangan awak tu okay ke? Macam teruk je" aku tergelak sendiri.Sengaja aku menukar topik perbualan, aku belum bersedia untuk bincangkan kes penceraian kami.

"Sikit je.Sebenarnya tujuan saya datang sini nak serahkan borang tu dekat awak,tapi saya tertinggal dalam kereta.Kejap saya pergi ambil"

"Kejap." Aku memegang tangan lelaki itu daripada berdiri.

"Kenapa?" Ujar lelaki itu pelik.

"Kalau saya kata saya tak nak teruskan penceraian ni boleh?kita batalkan je.Buat macam perjanjian antara kita tu takpernah terjadi." Ujar aku dengan perasaan berdebar.

Lelaki itu terdiam seperti patung. Mengangguk pun tidak menggeleng pon tidak.Aku mulai gelisah.

"Jawabla" aku bersuara lagi.

"Saya dah bayar untuk borang cerai itu."

Perlahan senyumanku memudar.Lelaki itu tidak setuju dengan cadangannya.

"Ouh yeke, haa pergilah ambik cepat, saya sign" ujar aku ceria. Aku mengukir senyum segaris,menyembunyikan perasaan sebenar miliknya.

...

Aku membuka sampul coklat itu lalu membaca segala isi didalamnya.Aku mengukir senyuman manis.Mungkin Allah makbulkan doa aku.Lagipon ini yang kau nak Aura..tinggal kau sign je.

AWAK TAKDIR SAYACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang