44 [darah]

680 12 0
                                    

"Awak tak perlu susah-susah cari saya nak mintak maaf .Saya dah lama maafkan awak.Cuma sekarang satu je saya mintak.Ceraikan saya.Lepastu awak boleh cari perempuan yang sesuai selera awak" ujar aku panjang lebar sambil tangan masih memegang Cotton pad untuk disapukan pada tepi bibir lelaki itu.

"Kenapa?takde jalan penyelesaian yang lain ke selain bercerai?" Lelaki itu memegang tanganku

"Sebab saya dah nak mati." Ujar aku selamba.

"Okay,saya akan ceraikan awak.Tapi dengan satu syarat" ujar lelaki itu selepas lama menyepi

"Apa?"

"Saya akan ceraikan awak selepas awak habis buat pembedahan."

"Kenapa bukan sekarang?"

"Sebab saya akan teman awak ke hospital untuk buat treatment sampai hari pembedahan selesai.Lepastu saya sendiri akan ceraikan awak" ujar lelaki itu lagi

"Okay" ujar aku terus setuju. Janji dia dapat pergi dari hidup lelaki itu.

Pembedahan itu belum tentu berjaya.Mungkin saja dia mati semasa pembedahan.

🌸

"So doktor macam mana dengan keadaan isteri saya?"

"Saya dah buat pemeriksaan keatas isteri awak.Alhamdulillah isteri encik okay.Cuma perlukan rehat yang cukup,jangan buat dia stress dan pantau pemakanan dia.Beri dia pemakanan yang sihat."

"Thankyou dok,lagi satu bila tarikh pembedahan tu akan boleh dijalankan?"

"Saya dah hubungi doktor pakar bedah tu.Saya diberitahu dia akan melakukan pembedahan pada Puan Aura pada bulan hadapan."

"Yeke dok? Terima kasih banyak-banyak.Kalau kena buat apa-apa payment terus hubungi saya ye." Ujar lelaki itu tersenyum lebar.

"Kenapa happy sangat?" Ujar aku berjalan seiring dengan lelaki itu

"Sebab pembedahan awak tak lama lagi" ujar lelaki itu tersenyum bahagia.

"hm"

🌸

"Awak buat apa dekat sini?nanti jiran dekat sini cakap apa pulak awak selalu datang sini" ujar aku agak perlahan seakan berbisik

"Biarla.Saya kan suami awak yang sah.Nak tegur kita dua?tegur jelah.Bukan buat maksiat pon.Kalau nak buat pon diorang tak heranla.Takde istilah maksiat kalau sudah bergelar suami isteri.Nak buat depan ni pon orang tak kesah" ujar lelaki itu selamba

"Awakkk!" Aku menekup mulut lelaki itu kuat.Geramnya.Penat aku berbisik, dia selamba je cakap kuat-kuat.

"Apa betul.." Aku menutup semula mulut lelaki itu lalu menarik dia masuk kedalam rumah.

"Awak cakap lagi sekali saya potong lidah awak" ujar aku marah.

Lelaki itu tersenyum melihat aku marah.

"Awak duduk dulu.Saya buat air kejap" ujar aku ingin berdiri

"Tak payah.Saya datang sekejap je ni.Nak hantar makanan dekat awak.Saya masak sendiri tau,Special!" lelaki itu menghulurkan beg kertas itu

"Thankyou" Aku tidak menoleh.Kerana hidung aku berdarah.

"Kenapa awak tutup mulut awak?" Lelaki itu bertanya.

"Takde apa.Saya nak letak lauk ni dekat dapur kejap.Thank you masakkan"

"Yeke?sini?" Lelaki itu memusingkan badanku.

"Darah?hidung awak darah?" Lelaki itu memegang tangan kanan aku yang sudah penuh dengan darah.

"Ehhh,awak nak bawak saya pergi mana ni?" Lelaki itu mendukung aku.

"Hospital?" Nada suara lelaki itu kedengaran cuak

"Tak payah.Hidung saya memang selalu berdarah. Nanti dia berhentilah sendiri" ujar aku biasa.

"Betul?tak sakit?" Lelaki itu memandang mukaku yang sudah dipenuhi darah.

"Tak.Saya nak pergi toilet kejap" ujar aku membawa diri ke tandas.

"Awak..okay tak?lamanya duduk dalam tandas" lelaki itu mengetuk pintu bilik air

"Okay.." Aku masih mencuci hidung yang masih tidak henti-henti mengalirkan darah likat.

"Bagi saya masuk" lelaki itu mengetuk pintu lagi

Aku membuka kunci bilik air.Tersembul wajah lelaki itu.Serius.

"Dongakkan kepala"

Aku menurut.Lelaki itu mencuci saki- baki darah yang masih bersisa diwajahku.Dia mengambil tisu lalu menyumbat di hidung sebelah kananku.

"Dongak jer" ujar lelaki itu memegang aku lalu membawa aku ke sofa.

"Dah,baring.Saya pergi ambik ais kejap" ujar lelaki itu berlalu pergi.

Aku berbaring diruang tamu memandang syiling dan kipas yang sedang berputar.

"Nah,makanlah" lelaki itu meletakkan makanan yang dimasaknya di atas meja kecil diruang tamu

"Okey." Aku ingin bangun

"Nak buat apa ni?" Ujar lelaki menahan aku daripada bangun

"Nak makanla" ujar aku lagi.Tadi suruh makan.

"Darah dah berhenti?" Soal lelaki itu

"Belum.Tapi tinggal sedikit je"

"Bagi darah berhenti dulu baru makan.Kang tak pasal-pasal makan sup darah.Nasi darah.." Lelaki itu membebel

"Tapi saya lapar.. " aku mengecilkan suaraku.Moga lelaki itu simpati.Sumpah lapar.Masa lelaki itu datang pon dia baru selesai mandi.Tak sempat menjamah apa-apa makanan walaupun sekeping roti.

"Aaa" lelaki itu menyuakan sudu yang berisi nasi,ayam dan sayur kepadaku.

"Hah?apa ni?" Ujar aku terkejut

"Tadi kata nak makan.Cepatla bukak mulut lenguh tangan ni" lelaki itu merendahkan tangannya sebelum menaikkan semula keparas mulutku

"Tak apa.Saya suap sendiri" ujar aku ingin mencapai sudu yang berada digenggaman lelaki itu

"Nak makan ke tak nak?" Ujar lelaki itu mula mengugut

"Eyy mana aci" aku merenung wajah lelaki.Aku mengalihkan pandangan aku keatas.Rasa berdebar pula melihat lelaki itu lama.Aura.tolong jangan cakap kau masih sayang dia.No!

"Aci kat India.Pilih nak makan ke tak?"

"Eyy cepatlah" aku membuka mulut luas.Nantakla aku sudah lapar sangat dah ni.Kang mati kebulur.

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now