14 [mandul]

201 12 0
                                        

Tepat jam 12 tengah hari kami sudah terpacak dihadapan rumah mak lelaki itu.

"Assalamualaikum.." ucapku memberi salam

"Waalaikumusalam,Aura!Datang juga kamu.Marilah masuk, mummy masak macam-macam lauk untuk kamu berdua" ucap wanita tua itu gembira

"Susah-susah je mummy ni" ucapku lalu memeluk wanita tua itu

"Memang kau tahu menyusahkan family aku pon" ucap Shasha yang entah muncul dari mana.

"Sha." Keras nada suara lelaki itu

"Apa?cepatlah Sha lapar tunggu abang lambat datang" ucap perempuan itu turun ke bawah

Aku duduk bertentangan dengan Shasha,manakala Danial di sebelah aku

"eh,makanlah kenapa tengok je.." ucap mummy menghulurkan lauk dihadapanku

"Daddy mana my?" lelaki itu bertanya

"Pergi main golf lah dia hari minggu macamni.Petang nanti baru balik.Kamu berdua sini tidur sajalah  harini"

"Kitorang tak bawa baju la my" ucap aku perlahan

"Alaa...baju Danial berlambak dekat atas.Kamu pinjam jela baju dia..kalau tak pun pinjam saja baju mummy atau Sha" ucap wanita tua itu lagi

"Takpelah mummy,Aura pakai baju abang Danial je" rela aku pakai baju suami aku sendiri.

"Mummy nak tanya kamu berdua ni ada merancang ke?" wanita separuh umur itu bertanya

"Hah,rancang apa mummy?" ucap Danial tidak mengerti

"Yela mana tahu kamu berdua merancang tak mahu ada anak tahun ni.."

Kata-kata wanita itu membuatkan Danial terbatuk dan aku tersedak

"Kitorang takde rancang apa-apa pun mummy" ucap Danial selepas batuknya hilang

" kamu takde rasa tanda-tanda pelik ke Aura?"

Aku hanya mampu menggeleng perlahan. Senyuman aku menjadi tawar.

"Entah-entah mandul..tula masa Sha halang diorang kahwin mummy yakin sangat perempuan nih yang terbaik untuk abangla apalah..sekarang cucu pon tak dapat" perempuan itu senyum mengejek memandangku

"Sha..please,kalau tak bercakap kasar dengan akak ipar kamu tak boleh ker?" suara mummy bernada serius

"La..bila cakap pasal perempuan ni je,mesti mummy nak backup.Bukan dapat apa pon!Baik suruh abang kahwin je dengan Kak Putri,lagi sempurna lagi cantik dari dia ni" perempuan itu menghentak meja lalu beredar dari situ

"Aura jangan ambil hati ye sayang, makan" ucap mummy dengan raut muka yang bersalah

Aku hanya tersenyum tawar sambil tangan kiriku meraba lembut perutku.

Macam mana aku nak bagi zuriat dekat lelaki itu.Aku baru sahaja tidur 1 malam dengan si dia.

Mungkinlah mummy pelik sebab sudah 3 bulan aku selamat berkahwin dengan anaknya.

Tidak fasal-fasal Shasha ingat aku mandul.Aku tak mandul okk! Tapi chilllah, belum setahun ke sejuta tahun lagi, yang gelabah sgt nie kenapa.

Aku duduk termenung didalam bilik selepas makan malam.

"Sayang,kenapa senyap je dari tengah hari tadi?sayang fikir lagi ke apa yang Sha cakap tadi?" ujar lelaki itu menebak tepat

"Em" aku menyembunyikan muka aku kedalam bantal

"It's okay,lagipun kita baru je kahwin kan..jangan fikir sangat apa yang orang cakap" ucap lelaki itu sambil mengenyitkan matanya

"Tapi apa mummy dengan Sha ingat,sayang mandul.Sayang tak suka dengar perkataan tu"

AWAK TAKDIR SAYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang