23 [Cabar]

144 12 0
                                    

Aku teringat semasa aku melarang keras lelaki itu pergi outstation..

Trowback:

"Abang,kalini je..abang dengar cakap sayang.Janganlah pergi oustation" Ucapku merengek manja

"Alaaa 5 hari je abang pergi..sayang janganla macam ni" lelaki itu cuba memujuk

"Abang ni!Tak paham ke sayang tak suka abang jauh-jauh dengan sayang!" Aku mula memuncungkan bibir.

"Sayang..." Lelaki itu mengeluh kecil

"Tak kira!Abang kalau nak pergi bawak sayang sekali!"

"Okay jom" Lelaki itu mengangkat aku masuk ke dalam bagasi kosong miliknya..

"Abang!" aku menjerit kecil

"Apa?Jomla ikut abang" lelaki itu menutup beg bagasinya

"Ish!Fine.Sayang tak ikut" ucapku keluar dari bagasi itu

"Aikk,tadi kata nak ikut sangat" Lelaki itu menahan ketawa

"Diam lah!" aku menghentak kaki

"Meh sini!Lelaki itu mengangkat aku lalu meriba aku

Aku tidak memandang lelaki itu.Merajuk.

"Nanti abang bawa coklat banyak-banyak eh?" lelaki itu memegang erat belakang badanku supaya tidak jatuh dari ribanya

"Okay,Promise tau!" aku menghulurkan jari kelingking milikku

"Promise" lelaki itu mencium pipiku

🌸

"Woi!" suara Naira membangunkan aku dari lamunan.

"Ish!Kacau je" aku mengambil mug berisi milo panas dari tangan Naira

"Kau sengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?" Naira menghirup milo panas yang dibancuhnya tadi

"Takde ape" Aku masih tersenyum mengingati peristiwa tadi

"Ceh!Teringatkan buah hati ler tu" tempelak Naira

"Diamlah!Cepat minum,nak pergi butik ni" aku menggesa sahabatku

🌸

Aku mengetuk meja kaunter dengan pen.Aku terfikir..rancangan gila apa yang Putri sedang rancang sekarang?

Aku perlu beritahu Danial ke?atau rahsiakan?..Tapi kalau aku bagitahu pon macamlah dia percaya aku cakap.

bak kata dia 'Putri cinta pertama abang' ceh!

Pergi lah!Sakit lak hati ni.

"Oi cik kak,tak nak lunch ke?" Naira mengetuk meja pelan

"Huh?Dah lunch hour ke?" aku kebingungan.Terasa seperti baru sahaja melabuhkan punggung disitu.

"Tuhla mengelamun je dari tadi, masa berlalu pun mana perasan. Cepatlah aku dah lapar ni"

"ey yela" aku mencapai beg tanganku

...

Petang itu aku meminta diri untuk pulang.Rasa mahu duduk rumah sendiri pula

Aku membuka pintu utama lalu memboloskan diri kedalam rumah.Aku meletakkan kunci diatas meja.

Baru saja ingin terlena diatas sofa,loceng rumah pula memanggil.

Dengan langkah berat aku menuju kearah pintu

"Ye" Aku menggagau kasut di lantai sebelum memandang gerangan tetamu yang datang pada lewat petang itu.

"Hi Aura" Suara perempuan itu mematikan langkahku

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now