10 [hak]

205 10 0
                                    

"My,Danial rasa Danial nak tinggal rumah sendiri lah" ucap lelaki itu serba-salah

"Kenapa tiba-tiba sahaja ni?tak suka ke tinggal dengan mummy ?"

"Bukanlah mummy,cuma Danial nak kan privasi my" ujar lelaki itu tersengih

"Ish,ada-ada je kamu ni.Kalau kamu berdua sudah bersetuju mahu pindah,mummy tak akan halang.Cuma kena janji dengan mummy setiap hujung minggu kamu berdua kena balik ke sini."

"Alright mummy,thankyou." ujar lelaki itu gembira sambil memandangku

"Kamu nak duduk dimana?" wanita tua itu bertanya

"Putrajaya mummy,nanti Danial kerja syarikat papa disana."

"Baiklah kalau kamu dah cakap macamtu. Mummy ikut aje"

🌸

"Jaga menantu mummy ni elok-elok,kalau kamu sakitkan hati dia tahulah mummy kerjakan kamu." ucap wanita itu berseloroh

"Baik my" ucap lelaki itu sambil menabik hormat

"Mummy,Aura pergi dulu yea,sayang mummy!" aku memeluk wanita itu

"Yela,kamu tu jaga diri baik-baik kalau Danial ada buat kamu sakit hati cepat-cepat report dekat mummy,tahulah mummy nak ajar dia macam mana"

Tergelak kecil aku mendengarnya.

~~~

Aku memandang segenap rumah banglo moden dihadapanku itu

"Awak,jom la turun" ucap lelaki itu

Aku keluar dari kereta tersebut lalu menolong Danial mengangkat barang

"Kenapa awak beli rumah dua tingkat?"

"Kenapa? awak tak suka ke?" lelaki itu memandang aku

"Bukan,cuma..macam besar sangat je untuk kita tinggal berdua" cepat-cepat aku larikan pandangan.

"Memang sekarang berdua,tapi nanti mungkin bertiga,berempat" ucap lelaki itu selamba sebelum masuk kedalam rumah itu.

Berbahang muka aku menahan malu. 'Apa maksud dia ni?..haish boleh gila aku!' ucapku didalam hati

Selepas memunggah barangan aku dan dia,aku turun kebawah melihat apa yang ada didapur

Aku membuka peti ais dan laci.

"Kosong?,pastu nak masak apa malam ni?" bermonolog aku sendiri .Ketika ingin menutup pintu peti ais,

"Awak!"

"Arhhh" aku terjerit kecil lalu tergelincir ke belakang

"Ehh" lelaki itu menarik tanganku dengan laju lalu tubuh kecil aku terus telekap di badan sasa lelaki itu.

Selepas aku terdengar degup jantung lelaki itu ditelingaku berdetap laju cepat-cepat aku menolak tubuh lelaki itu kebelakang beberapa tapak dariku

"Erm tha.. Thanks" ucapku memandang lantai

"Saya nak ajak awak pergi beli barang dapur hari ini,awak nak ikut?"

"Boleh jugak"

🌸

Kami terus menuju ke tempat barangan basah.Aku mengambil ikan,ayam,daging,sotong dan udang.Manakala Danial pula mengambil sayur ditempat sayuran.

Semasa aku sedang berjalan ke arah kaunter pembayaran,Aku berjumpa lagi dengan si Irfan.Mukanya kelihatan agak kusut.Mungkin ada masalah.Aku cepat-cepat memusingkan roda troli yang dibawa olehku.Aku malas mahu berjumpa dengan lelaki itu.

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now