24 [Happy Birthday]

149 8 0
                                    

"Awak?" lelaki itu bersuara selepas aku membisu sedari tadi.

"Rumah saya dekat je dengan mall ni.Kalau awak tak kisah.Awak boleh tukar baju dulu dekat rumah saya"

Mata aku membulat.Gilakah lelaki ini?

"Awak jangan salah faham.Dekat rumah saya ada adik perempuan saya." ujar lelaki itu selepas melihat perubahan riak mukaku.

"Takpela" ucapku

"Rumah awak jauh dari sini.Kalau awak bawa kereta dalam keadaan melekit macam ni.Saya tak rasa awak akan selesa."

Aku mendiamkan diri.Ada benarnya jugak kata-kata lelaki itu.Aku ni dah la jenis cepat rimas.

"Okay.Saya ikut awak" ujar aku perlahan

"Naik kereta saya.Nanti awak dah tukar baju saya hantar awak balik ke sini semula"

Aku menganggukkan kepala tanda setuju.

🌸

"Ini rumah awak?" ucapku memandang sekeliling perumahan tersebut.Sunyi.

"Haah.Maafla kalau awak tak selesa.Rumah teres je" ujar lelaki itu tersenyum hambar

"Eh,saya okay je" ujarku lalu membuka seat belt

"Assalamualaikum,adikk..
ouhh adik" Lelaki itu mengetuk pintu

"Waalaikumusalam,kejap long" kedengaran suara adik perempuannya dari dalam rumah.

"Along.." terhenti tindakan perempuan itu selepas melihat aku.

"Ika?" Ujarku yakin.

"Kak Aura.." Gadis itu seperti kehilangan kata-kata

Aku memandang gadis itu dari atas hingga bawah.Dulu juniornya ini seorang yang sangat cantik dan kemas.Sehingga banyak junior lelakinya minat dengan Ika ini.

Tapi sekarang..dia nampak lesu dan mukanya lebih cengkung dari sebelum ini.

"Korang berdua kenal?" Soal lelaki itu pelik

"Kak Aura senior Ika masa dekat kampus dulu, along"

"Ouh..jadi korang berdua kenal la ni?" lelaki itu tersenyum.Senang sikit jika sudah kenal takdela kekok mereka berdua.

Aku mempamerkan senyuman manis kepada Ika.Aku dengan Ika dulu agak rapat dikampus.Tapi sejak perempuan itu berhenti belajar sexara mendadak, aku lostcontact dengan si dia.

"Ehh,kenapa tercegat di luar masukla Aura.."

"Ika,bagi akak Aura kamu ni baju" ujar lelaki itu

"Akak jom ikut ika"

Aku membontoti gadis itu masuk kedalam biliknya.Seusai menukar pakaian aku keluar dari bilik menghampiri dua beradik itu.

"Along jawab call dulu eh..korang berdua sembang la dulu" lelaki itu beredar dari ruang tamu

"Kalau akak tanya, adik jangan marah eh.." ucapku serba salah

"Tanya jela kak" suara lembut milik Ika membuatku menarik senyum segaris.

"Kenapa Ika berhenti belajar ye?" Aku menyoal dengan berhati-hati.Setahu aku Ika pandai orangnya.Berhenti pula pada tengah-tengah semester secara mengejut.

"Ika tak tahu nak mula dari mana.." ucap gadis itu serba salah

"Pelan-pelan" aku mengusap tangan gadis itu.

"Sebenarnya,Ada satu hari tu Ika dengan keluarga Ika terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.Kemalangan tu meragut nyawa kedua ibu bapa Ika."

Gadis itu menarik nafas dalam sebelum memulakan ceritanya semula

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now