9 [janji]

217 11 0
                                    

Selepas menghantar Wan dan Qhayra pulang ke rumah mereka,Danial terus
menuju ke arah rumahku.

"Awak tunggu luar,saya pergi ambil barang saya dekat dalam kejap"

"Takpelah saya ikut,boleh saya angkatkan barang awak nanti" ucap lelaki itu

"Okay" aku akur.

Selepas memberi salam dan menekan loceng rumah,Mak Kiah menjemput aku dan suamiku masuk kedalam

"Siapa tu mak Kiah?" Ujar tuannya Sharuddin

"Aura tuan" ucap bibik perlahan dan menunduk.Nampaknya ayah aku ni masih menggerunkan sampai bibik yang sudah bekerja dengan kami selama lebih 20 tahun pun masih takut akan dirinya.

"Huh,datang juga kau akhirnya,bik ambil semua barang dia yang sudah dipack letak diluar sekarang" ucap lelaki itu keras

Mata aku mula berkaca,aku tidak tahu mengapa akhir-akhir ni aku terlalu lemah.

"Baba,umi mana?" ucapku menahan tangisan

"Kau tak perlu sibuk tanya pasal dia.Sekarang keluar dari sini secepat mungkin.Aku takkan benarkan dia berjumpa dengan kau"

"Tolonglah baba,sekali ini saja.Aura janji tak akan ganggu umi dan baba lagi"

"Kalau kau berani jumpa dia,aku ceraikan dia!" ucap baba dengan nada suara yang lebih keras

Tersentak aku mendengar perkataan yang keluar dari mulut baba.

'Mengapa jalan hidup aku begini ya allah' rintih hati aku perlahan.

"Kalau itu yang baba inginkan Aura terima dengan hati terbuka,tapi sebelum Aura pergi Aura nak memperkenalkan menantu baba.Nama dia Danial Anaqi,baba cuma perlu tahu satu je.Dia akan jaga Aura lebih baik dari umi dan baba jaga Aura selama ini." menitik air mataku sejurus mengungkapkan ayat itu tadi.

Aku terus menyalami dan memeluk Cik Kiah erat sebelum berlalu keluar dari banglo itu.

Aku memandang rumah itu buat kali terakhir sebelum Danial memecut laju meninggalkan rumah itu.

"Awak,dah sampai" kata-kata lelaki itu membangunkan aku dari lamunan.Cepat-cepat aku mengelap air mata yang sudah agak kering dipipi.

"Okay" aku membuka seat belt lalu membuka pintu kereta

Danial mengangkat barang manakala aku berdiri tegak,kaku tidak bergerak melayan perasaan

"Awak?" lelaki itu menyeka air mata aku yang masih mengalir lalu memelukku

"Janganlah sedih okay,saya janji saya akan jaga dan bahagiakan awak seperti awak katakan pada baba awak tadi." ucap lelaki itu ikhlas sambil menepuk belakang badanku perlahan

Terkejut aku dengan tindakan drastik lelaki itu,namun beberapa saat kemudian aku membalas pelukannya.Aku memang perlukan orang yang boleh pinjamkan bahu untuk aku sekarang.

"Dah jom masuk" ucap lelaki itu memegang tanganku sebelum masuk ke rumah

"Mummy,mummy sihat?" lelaki itu mencapai tangan ibunya

"Assalamualaikum my" aku cuba meraih tangan wanita itu namun belum sempat aku kucup jari-jemarinya wanita itu, dia sudah menarik terlebih dahulu tangannya.

"Sihat je,pergilah berehat diatas. Nanti kita makan malam sama-sama ye" ucap wanita itu lembut lalu berlalu pergi tanpa menegur aku

"Jom naik atas" lelaki itu mengangkat beg kami ke tingkat atas.

"Ni bilik saya,masuklah" ucap lelaki itu lalu membuka suis lampu dan kipas

"Jom mandi dulu,lepastu kita solat magrib sama-sama" ucap lelaki itu lagi sebelum mencapai tualanya lalu masuk ke dalam bilik air

"Aku nak buat apa ni?Nak buka tudung ke?aishh cam tidak berani pula. duduk jelah"

"Awak tak nak buka tudung ke?" ucap lelaki itu sambil menggosok rambutnya yang basah

"Aargh!" Terkejut aku melihat lelaki itu hanya memakai tuala diparas pinggang sahaja.

"Okay-okay saya dah pakai baju" ucap lelaki itu cuak

Aku membuka mata perlahan lalu cepat-cepat berlari masuk ke dalam bilik air.

Seusai kami solat berjemaah,kami turun ke bawah untuk makan malam

"Jom makan" ucap lelaki tua di meja makan tersebut

Sejak Danial bergelar suami aku, perangai dia caring je.Seperti tadi tiba-tiba sahaja menarik kerusi untuk aku duduk.Malu tahu tak!Semua pandang macam nak makan siap dapat jelingan 'menyampah' dari mak mertuaku dan adik ipar aku.

"Siapa nama kamu?" tanya lelaki tua dihadapanku

"Aura,Tan Sri" ucap aku sopan

"Panggil daddy jela,sekarangkan kita satu keluarga" ucap lelaki tua itu tersenyum memandangku

"ehem" adik iparku memandangku tajam

🌸

"Boleh minta tolong tak?"

Aku memandang ke arah suara tersebut.

"boleh" ucapku lalu menutup novel yang dibaca olehku tadi

"tolong kemas ruang tamu"

Aku hanya mengikut arahannya kerana hanya aku saja yang berada dirumah bersama mak mentuaku,bibik katanya cuti hari ini.

"Puan Sri boleh saya minta diri sebentar?saya nak solat zohor dulu,saya dah kemas bahagian ruang tamu,kalau ada apa-apa lagi panggil je saya ye" aku pun berlalu pergi selepas mendapat anggukan dari si dia.

"Huh!Nak mengelak la tuh,baru buat kerja sikit dah nak lari.Nampak sangat kau memang sengaja nak kikis duit anak aku,tunggu kau! jangan ingat aku biarkan kau senang-lenang duduk dalam rumah aku" ucap wanita tua itu didalam hati

~15 minit kemudian~

"Haih.Lamanya solat, ke tengah mengangkang tidurnya!" wanita itu membebel sambil menaiki tangga menuju ke bilik anaknya

Buka saja pintu,wanita itu terlihat menantunya sedang memegang tasbih dan al-quran diatas sejadah. Wanita itu menutup pintu semula,tiba sebak hatinya mengenangkan dirinya sudah lama tidak membuka Al-quran apatah lagi berzikir. Apakan lagi mendengar doa menantunya itu.

Aku menuruni tangga dirumah itu lalu menuju ke bahagian dapur.

"Puan Sri mahu saya tolong?" aku bertanya sopan

"Panggil mummy je Aura" ucap wanita tua itu lembut

"Okay mummy" aku pelik,tiba-tiba je baik dengan aku.

Kami berborak sehinggalah ke waktu malam.Suasana meja makan riuh harini tidak seperti semalam yang hanya bunyi garpu dan sudu berlaga.

SHASHA POV

"My!kenapa tadi Sha tengok mummy mesra semacam je dengan perempuan tu?"

"Alaa..apa salahnya mummy nak kenal-kenal dengan menantu baru mummy,lagipun Aura tu baik budaknya"

"Apa yang mummy merepek ni?seriously,sejak bila mummy suka dengan perempuan tu?bukan sebelum ni mummy ke yang paling benci tengok muka perempuan tu?"

"Mummy rasa kita salah,dia baik Sha.Mummy percaya bukan dia yang perangkap abang kamu,believe me."

"My,perempuan tu bagi mummy makan apa sampai mummy jadi macam ni?Dia bagi kita semua nasi kangkang ke sampai semua tunduk dengan dia?!"

"Sha,kenal dia dulu jangan suka-suka judge orang.Mummy yakin dia dapat bahagiakan abang kamu" wanita tua itu pun beredar dari bilik anak perempuannya.

Aku menggenggam tangan erat.
"Ini tak boleh jadi! Aku akan buat perempuan tu dihalau keluar dari keluarga ni,hanya kak Putri je sesuai dengan Abang Danial.Shasha sayang akak,Sha akan buktikan yang diorang semua ini buta tak nampak akak yang paling layak dengan abang. Bukan sesiapa dan bukan juga Aura!

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now