22 [mungkin]

166 12 0
                                    

Tit..tit

Aku mencapai phone samsung milikku lalu mengangkat panggilan video dari suamiku.

"Yes abang?" ucapku memandang lelaki itu dari dalam phone.Rindu.

"Kenapa dahi bertampal tu sayang?" suara lelaki itu kedengaran risau

"Demam sikit" ucapku perlahan.Mungkin hormon aku masih tidak biasa berbadan dua.

"Ish,nih buat abang risau ni" ujar lelaki itu tidak senang duduk.

"Ceh,abang nie sayang okay jela.Nanti kebahla demam nie"

"Abang dekat mana?"

"Dekat hotel.Tengah hari nanti baru abang siap-siap pergi kerja"

"Elelelele,rindu sayang ehh?"

"Gila tak rindu! Rasa nak gila abang duduk sini sorang-sorang tanpa sayang tau! "

Aku ketawa melihat telatah lelaki itu. Rindu dia padanya.

Ting tong..

Loceng rumah berbunyi.

"Abang,nanti sayang call balik eh..ada orang datang" Aku mencebik.Baru nak lepas rindu.Kacau jer sapa yang datang tu.

"Okk,take care!Makan ubat tau!" ucap lelaki itu sebelum menamatkan panggilan

Aku membuka pintu selepas menutupi kepalaku dengan selendang semalam

'Dia lagi.' hati aku berbisik perlahan. Apalah masalah dua malaun ini. Kejap perempuan itu membuat kacau, sekarang lelaki itu pula.

"Awak.." Lelaki itu memberikan senyuman manis

Aku balas dengan jelingan.

"Kenapa datang sini?tak serik lagi?" Aku mengeluh perlahan.Tidak kenal erti penatkah lelaki ini?.

"Saya nak bagitahu awak something ni.Benda ni mungkin boleh bantu awak" ucap lelaki itu.

"Apa yang kau merepek ni?" Soal aku.

"Saya tunggu awak diluar.Awak pergi siap.Nanti saya cerita"

"Malas." ucap aku pendek

"Ini soal rancangan Putri yang nak rosakkan rumah tangga awak"

Aku berfikir sejenak sebelum membalas.

"Bagi aku 15 minit" Aku masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

🌸

"So?" Aku memandang lelaki itu tepat selepas mendapat meja di sebuah cafe.

"Okay,macam ni.." Aku mendengar lelaki itu bercerita dari A hingga Z.

Aku terkejut.Apa kena mengena aku dengan masalah baba? Kenapa baba yang buat masalah.Aku yang perlu tanggung?!

"Aku tak faham"

"Saya pon tak pasti sebab apa dia berdendam sampai macam tu.Kalau awak nak tahu.Baik awak tanya saja baba awak"

Tanya baba?.Aku pon sudah dibuang olehnya. Kalau aku cerita benda tak masuk akal ini, dia akan percaya ?

"Btw,mana kau tahu semua cerita ni?"

"Aku bekerja dengan dia" jawab lelaki itu jujur.Walaupon dia tahu jawapannya akan membuat aku lebih membencinya

"Dari awal perkenalan kita ?" aku menyoal

"Ye. Saya jadi Boyfriend upahan untuk korek rahsia awak.Sa..saya betul-betul minta maaf" lelaki itu serba salah

"Maksud awak..Itu semua lakonan?!Awak kerja dengan dia sebab ini? Jadi saya lempang awak apa semua tu, awak memang takde perasaan langsung dekat saya?" Soal aku berdas-das.

"Ye.Tapi..kalau awak nak tahu.Dalam saya bekerja,saya jatuh hati pada awak." Tutur lelaki itu.

"Tipu!" aku berdiri.Apa yang terjadi dalam hidupnya selama ini dirancang semata-mata ?

"Saya jujur lillahi taala Aura" lelaki itu turut berdiri.

"Saya nak balik" aku mencapai handbag aku

"Awak bencikan saya?" lelaki itu menyoal.Aku berhentikan langkah kakiku

"Tak.Tapi terkilan sebab awak sanggup buat kerja gila ini"

"Tapi saya buat semua ini bersebab"

"Saya tak kisah apa sebab awak!Tapi saya rasa awak tak patut permainkan perasaan orang.Awak takde hak!" Tegas aku bersuara.

"Kita boleh jadi kawan kan?" lelaki itu masih tidak berputus asa.Baginya jika tidak dapat cinta perempuan itu, cukup sekadar kawan buatnya.

"Mungkin" aku meninggalkan lelaki itu

🌸

Perut aku berbunyi.Sejak aku berjumpa dengan Irfan pagi tadi aku langsung tidak menjamah apa-apa makanan.

'Sian baby mama'..ucapku mengusap perut kempisku

sedar tak sedar.Aku memandu kereta sehingga ke Ipoh.Aku tidak tahu apa yang membawaku sampai kesini.

Aku terus singgah di bawah tali api.Tempat favourite aku semasa kecil untuk membeli makanan bersama atuk ku.

Atuk selalu membawaku menaiki motor skuter miliknya.Aku dilayan istimewa oleh atuk dan opah kerana selalu duduk dekat dengan mereka sedari kecil.

Soal baba,start darjah tiga aku mula menjadi orang asing dalam hidup baba.Jadi tidak terasa sangat apabila lelaki itu tidak memberikan layanan istimewa kepadaku.

Kerana aku... sudah Lali.

Lama aku termenung didalam kereta sambil tersenyum sendiri.Terimbau kenangan lama semasa kecil.Andai dapat diputarkan waktu.Aku takkan sia-siakan masa bersama arwah atuk.

Aku membuka pintu kereta lalu berjalan menuju ke arah gerai nasi lemak sambal kerang milik mak cik Senah.

Sungguh,aku rindu masakan makcik itu.

Selepas membuat pembayaran aku berlalu pergi ke gerai apam balik milik pakcik Nori.Warga Filipina yang menetap disini.

Apam baliknya tebal.Tidak kedekut kacang dan jagungnya.Jadi tidak heranla sampai ke hari ini masih ramai yang membeli apam balik darinya.

Aku menjimbit beberapa beg plastik makanan dan minuman sebelum masuk kedalam perut kereta

Aku menjamah makanan yang dibeliku tadi di dalam kereta.Aku rasa selepas makan aku mahu berjumpa dengan Umi.

🌸

"Assalamualaikum Umi" ucapku mengetuk pintu utama setelah mendapat keizinan oleh Pak Zaki si pekebun untuk masuk kedalam perkarangan rumah.

"Waalaikumu..Aura!" Wanita itu memeluk aku erat.

Rindu betul umi denganku.Begitu juga aku.

"Baba balik pukul berapa?"Aku memandang umi

"Malam rasanya.Sebab katanya ada meeting untuk projek baru."

"Okay" balas aku sepatah. Aku takut jika baba balik secara mengejut.Mati katak aku mahu menjawab.

🌸

Lama aku berborak dengan umi hari ini.Sehingga malam baru aku meminta diri untuk pulang.

Aku mencapai phone aku lalu mendail nombor Naira.

Sebaik mendapat keizinan aku terus meluncur laju pergi ke rumah sewa Naira.

"Aku tak menyusahkan kau ke?" ucapku memandang perempuan itu

"Tak..Lagipun katil aku saiz queen.So takdelah sempit sangat."

"Cuma takut kau tak selesala" Sambung Naira lagi

"Aku okay je!" Aku meloloskan diriku disebelah Naira.Rindu mahu tidur bersamanya

"Aku harap aku tak lesak la..risau aku tertendang perut kau.." Naira takut-takut mahu tidur denganku.Selepas tahu kondisi diriku sekarang.

"Takdela.." aku memeluk sahabat aku itu..lalu tidur disebelahnya.

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now