20 [pregnant]

207 10 0
                                    

"Sayang?" lelaki itu membuka pintu bilik.

"Sekarang pukul berapa?" ucapku dingin.Mulalah sepanduk merajuknya naik

"Pukul 12.30?" lelaki itu seakan-akan tidak mengerti

"Then,abang pergi tadi pukul berapa?.." aku cuba mengawal nada suaraku supaya tidak tinggi

"Dalam pukul 10.00 camtu?"

"Then, kenapa abang baru balik sekarang? " aku memandang anak mata lelaki itu tajam

"Putri suruh abang teman dia.Dia takut nak pergi jumpa doktor sorang-sorang"

"Perlu ke abang nak layan kerenah dia?" aku sudah bangun dari duduk.Rasa panas bontotnya apabila lelaki itu terlampau beria menjaga perempuan itu.

"Abang kenal dia dah lama.Dia memang takut jumpa doktor."

"Ouh,abang dah lupa ke abang ada isteri dekat rumah ni?Boleh tak jangan dekat dengan dia?"

"Salah ke?lagipun abang anggap dia sebagai kawan je,kawan lama"

"Tapi dia anggap abang lebih dari seorang kawan,sayang nampak semua tu."

"Please jangan cemburu buta sangat boleh tak?" lelaki itu mengeluh berat

"Ini bukan masalah cemburu buta.Ini masalah abang layan dia macam girlfriend abang. Abang kena ingat yang abang dah lama putus dengan dia" ujar aku tegas.

"Okay.Tapi sayang kena ingat jugak yang dia first love abang" lelaki itu menghempas pintu bilik kuat selepas berkata begitu.

Air mata jatuh satu persatu kepipi, dia menangis seorang diri malam itu di birai katil.

🌸

"Kenapa kau datang rumah aku bawa bagasi ni?" ucap Qhayra pelik

"Aku tak nak balik sana dah!Benci!" aku melepaskan semua yang terbuku dihatinya. Semalaman dia berperang dengan hatinya agar berhenti mengeluarkan air mata,tetapi dia gagal. Hatinya tak sekuat itu untuk menerima kata-kata lelaki itu.

"Kejap,kenapa ni?" Qhayra memandangku pelik. Baru sahaja bergelak ketawa semalam, nie kenapa tiba sahaja muram.

"Danial..." aku menceritakan semuanya kepada Qhayra.

"Danial cakap macam tu?" terbeliak biji mata perempuan dihadapannya itu.

"Kau pon satu,entah-entah dia letih,kau pulak buat perangai.Kenapa tak merajuk harini je.Kenapa nak merajuk semalam." Ujar Qhayra bingung.

"Arhh, tak kira. Selagi dia tak minta maaf, dan tarik balik kata-kata dia, taknak aku balik sana. Tak ingin! " kata aku tegas.

Dengan keadaan marah, tangan ligat mengeluarkan keropok twister dari totebag biliknya.

"Nak sikit" ujar Qhayra selepas melihat aku makan dengan rakus.

"Ish,ambil yang lain dalam tu"

Qhayra pon membuka bag aku.

"Wehh,banyaknya kau beli keropok,boleh ke kau habiskan semua ni?" ujar Qhayra memandangku semacam tak percaya

"Diamlah. Kau pon tahukan, kalau aku stress macam mana? Kalau boleh dengan 7e tu sekali aku nak angkat letak dalam beg aku. " ujar aku terus mengunyah tanpa henti.

🌸

"Sayang,kenapa Aura ada dekat rumah kita nih?" Bisik Wan kepada isterinya

"Dia merajuk dengan kawan bae tulah! Kan semalam Danial care semacam dengan Putri lepastu balik lewat gila, bila ditanya dia cakap Putri first love dia. " ujar Qhayra panjang lebar

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now