28 [biarlah dia]

207 9 0
                                    

"Sedapnya" aku makan dengan gelojoh udang bakar yang dibeli oleh lelaki itu.

"Abang tak nak ?" ujar aku menyua seekor udang bakar kearah lelaki itu.

"Takpe abang dah makan." ujar lelaki itu yang hanya memandang aku makan.

"Yeke?Nampak macam lapar je abang ni." aku memandang kerongkong lelaki itu bergerak-gerak seperti menelan air liur.

"Ye.Makan jelah" ujar lelaki itu menoleh ke arah lain.

Sebenarnya memang dia mahu makan di restaurant itu.Tapi mati pula seleranya apabila terserempak dengan Irfan.Cepat-cepat bungkus makanan untuk isterinya.Tapi bila melihat cara isterinya makan berselera buatkan dia terliur,entah macam mana datang balik mood laparnya.

Aku memandang lelaki itu pelik.Sudah kenapa melarikan pandangan? seperti kebulur pula melihat aku makan.

"Erh..sayang kenyangla.Abang,tolong sayang habiskan.." aku menolak pinggan aku yang berbaki separuh lagi.

"Ish sayang ni membazir je.Sebaik abang ada" Ujar lelaki lalu menyumbat masuk udang bakar itu kedalam mulutnya.

"Sedap kan udang bakar dia?cukup perisa" ujar aku memandang lelaki itu yang sedang makan

"Takdela sedap mana.Biasa-biasa je.Tapi bila tengok sayang makan macam sedap sangat je"

"Hehe-hehe.Mungkin sayang dari tengah hari tadi tak makan kot" aku menunjukkan muka seposen

🌸

Tit..tit..tit

bunyi iphone didalam laci itu berdering minta di angkat

Aku mengangkat call. Senyap.Tiada balasan.

Aku membuka phone itu.Ada satu message baru dihantar Putri.

"Kau tahu tak apa jadi semalam?" - 011.......✔✔

"Apa?" - You✔✔

Aku sebenarnya malas ingin melayan.Tapi tergerak hati juga ingin tahu.

Ting~

Keluar gambar Irfan dan Suaminya.Muka kedua-duanya ketat semacam.Bergaduhkah mereka?

"So?" - You✔✔

"Kalau nak tahu,pergi tanya husband kau sendiri.Dia pergi tumbuk muka bekas kekasih kau tu.Sebaik aku ada untuk halang diorang" - 011.......✔✔

"Boleh percaya ke kau ni?" - You✔✔

"Sure.Bye-bye sweet heart" - 011.......✔✔

No tersebut sudah last seen.

🌸

"Assalamualaikum" lelaki itu masuk kedalam rumah

"Waalaikumusalam.Abang,
kalau sayang nak tanya sikit boleh?" ujar aku bimbang

"Hah,tanya apa?" lelaki itu menuju ke dalam bilik

"Urm..abang ada jumpa sesiapa tak semalam dekat restaurant?"

"Takde.Kenapa ?" lelaki itu sudah gantikan pakaian tadi dengan hanya bertuala paras pinggang.

"Urm..betul ni takde jumpa siapa-siapa?" Ujar aku lagi mahukan kepastian

"Kenapa sayang tanya macam sayang dah tahu jawapannya?."

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now