43 [awak balik jela..]

684 12 0
                                    

"Kenapa kau sembunyikan penyakit ni dari kitaorang?" Ujar Qhayra risau

"Aku tak nak korang risau.Lagipon selama ni aku dah banyak menyusahkan korang semua.Takpe aku boleh hadap benda ni sendiri" Aku memandang Qhayra,Wan dan Irfan.

Selepas 3 minggu aku asyik batuk dan hidung aku berdarah setiap masa membuatkan Mira mencari jawapan itu sendiri.Mira menyelongkar laci ubat didalam bilikku.Selepas dia dapat tahu tentang penyakit aku,dia terus menelefon Qhayra supaya datang.

"Sekarang kau nak buat apa?" Ujar Wan serius

"Aku dah tanya doktor yang selalu bekalkan aku ubat tu.Dia cakap doktor pakar bedah sedang sibuk sekarang.Jadi aku kena tunggu turn.Tapi aku tak tahu aku boleh bertahan ke tak" aku tersenyum tipis.

Sejak aku tahu tentang penyakit yang aku hadapi,aku tak rasa ada peluang nak hidup dah.Penyakit aku makin lama makin teruk.Kejap pening,hidung berdarah tanpa henti,batuk berdarah.Aku perasan berat badan aku turun mendadak.

"Aku cuba tanya kawan-kawan aku kalau dia kenal mana-mana doktor pakar bedah" Ujar Wan lagi

"Tak payah susahkan diri.Cuma aku mintak tolong jangan bagitahu Danial tentang hal ini sebelum dia ceraikan aku."

"Tapi kenapa?" Irfan mula bersuara

"Aku tak nak dia susah hati and aku tak nak dia rasa simpati dekat aku itu je."

"tapi Danial kata dia tak nak ceraikan kau" Ujar Qhayra berpeluk tubuh.

"Aku... aku takde pilihan lain selain tinggalkan dia,aku tak nak dia tahu tentang penyakit aku"

"Dia berhak tahu Aura,dia suami kau!" Qhayra tak tahu apa lagi mahu dibahaskan dengan Aura ini.Degil.

"Suami? Cara dia layan aku tak macam seorang isteri pon Qhayra.Itu semua sekadar gelaran"

"saya sanggup tunaikan permintaan awak kalau ini buat awak maafkan saya" Ujar Irfan setelah lama berdiam diri.

Wan mencerlung memandang Irfan.Lelaki ini langsung tidak membantu.Asal lah aku ajak Irfan ikut.Menyesal!

"Tak.Aku tak setuju Aura!Kau kawan aku.Aku nak tengok kau bahagia" Wan sedaya upaya mempertahankan hak kebahagian milik Aura.

Baginya kawannya ini terlampau naif untuk terluka.Tidak patut dia derita atas kesalahan orang lain.

"Biarlah takdir yang menentukan segalanya.Ini jalan hidup yang aku pilih.Aku harap korang faham."

Mira dan Qhayra memeluk aku erat.

'Kau berhak untuk hidup bahagia Aura' desis hati kecil milik Wan.

🌸

"Wan" Danial memanggil Wan yang sedang sibuk memprint kertas kerja.

"Apa kau nak?" Wan masih memandang printer itu

"Ini last aku mintak tolong kau.. Aura dekat mana sekarang?" Danial menunjukkan tangan tanda merayu

"Perlu ke untuk kau tahu semua benda tu?" Wan makin dingin dengan Danial

"Aku...aku mintak maaf.Aku janji ini yang terakhir.Aku tak akan sia-siakan peluang nie lagi." Danial memaut bahu Wan

"Senang je kau cakap kan?.Mungkin selama ni aku boleh diam tapi kalini aku dah tak boleh tahan!" Wan menumbuk muka Danial berkali-kali sehingga lelaki itu terbaring dilantai pejabat

"Hey Wan relax..apasal ni?" Rakan office yang lain mula memaut badan Wan supaya jauh dari Danial.

"Aku tak tahula apa nasib kawan aku dapat suami tak guna macam kau!Kau tak habis-habis nak bagi dia sakit.Kenapa?!Dia tak layak untuk bahagia ke hah?!Sepanjang dia hidup dia tak pernah nak dapat kebahagiaan kekal.Ye.Memang kau tak tahu kisah hidup dia tapi kau boleh je kan layan dia baik-baik?!" Wan mengenggam kolar baju lelaki itu.Suaranya kedengaran menahan tangis.

"Wan..aku" Suara lelaki itu bergetar.Dia belum pernah melihat lelaki itu seperti ini dihadapannya.

"Kau tahu tak setiap kali dia datang dekat kitaorang, dia cerita semua kebaikan kau,langsung sikit pon takde cela.Tapi bila part kau.Kau hina dia,kau caci dia. Yang aku tak boleh blah kau boleh angkat tangan dekat dia!Kau fikir dia takde maruah ke kau buat dia macam tu?kau sorang je ada hati?habistu dia?" Tempelak Wan geram. Satu office terdiam.

"Kawan aku tu dah banyak gila berkorban untuk kau,tapi kau sikit pon tak pandang.Yang dalam kepala otak kau tu CUMA PUTRI PUTRI PUTRI! .Bila rahsia Putri terbongkar kau terhegeh-hegeh nak menagih kasih Aura balik.Kau tahu tak sebab kau dia sakit!Tak boleh ke sekali je kau bahagiakan dia?kau balas rasa sayang dia? Susah sangat ke?" Menitik air mata jantan lelaki itu.

"Wan..aku betul-betul mintak maaf.Aku janji aku akan betulkan balik semua kesilapan yang aku buat dekat dia.Tolong bagi aku peluang" Danial berlutut dihadapan Wan.

"Dia dekat Terengganu sekarang.Kau carila dia." Wan berlalu pergi.

Selepas saja mendapat info dari Naira dan Wan kini dia memulakan perjalanannya kesana.

🌸

"Sayang.." Ujar lelaki itu dari belakang.

Aku menoleh.Terpampang wajah sungul lelaki itu.

"Apa awak..."

Belum sempat menghabiskan ayatnya lelaki itu memeluk aku lama.Mahu menolak rasa tidak sampai hati.Aku membiarkan saja pelukan lelaki itu tidak berbalas.

Lelaki itu meleraikan pelukan.Lelaki itu mencium ubun-ubunku berkali-kali pantas aku menolak lelaki itu setapak jauh dariku.

"Mana awak tahu saya dekat sini?"

"Naira bagi abang alamat" ucap lelaki itu jujur

"Naira?mana awak dapat nombor dia?" Aku memandangnya tak puas hati.

"Masa awak larikan diri,saya cari awak dekat rumah opah awak dengan butik.Then bila saya tanya dia, dia terus bagi alamat" lelaki itu tersenyum memandangku.

"Ouh.Kenapa awak nak cari perempuan zalim nie?sayakan dah bunuh anak awak." Ujar aku memerli

"Saya tahu awak tipu."

"Ada bukti saya tipu?"

"Okay.Saya tak kesah awak bunuh ke tak bunuh ke saya tetap nak kan awak.Kita buka buku baru?" Ujar lelaki itu tersenyum

"No.Baik awak balik jelah.Saya benci tengok muka awak.Bila awak nak ceraikan saya?" Ujar aku tegas.

Lelaki itu diam.

"Saya tahu kenapa awak cuba larikan diri awak dari saya. " ucap lelaki itu selepas melihat aku menapak pergi.

"Sebab apa? " aku mengangkat keningku.

Lelaki itu diam lagi.

"Takde reason pun kan? " aku tersenyum sinis sebelum melangkah pergi

"Sebab awak sakit" ujar lelaki itu perlahan.Tapi masih dapat didengari oleh gegendang telingaku

"Mana awak tahu?" Ujar aku berpaling semula

"Jadi betullah awak sakit sebab saya?"

"Awak balik jela.Teruskan hidup awak macam biasa." aku meninggalkan lelaki itu dibelakang

"Sayang...jangan macam ni" lelaki itu menyentuh bahuku

"Lepasla" aku menampar muka lelaki itu dengan belakang tanganku

"Auchh" lelaki itu memegang bibirnya yang lebam dipukul Wan tadi.

Aku terkejut dengan tindakan spontan aku.Tepat-tepat kena bibir pecah lelaki itu. Darah mengalir.

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now