36 [sampai sini]

325 6 1
                                        

"Assalamualaikum" aku memberi salam sebelum masuk kedalam rumah.Selepas memastikan tiada lelaki itu didalam rumah,aku mendail nombor telefon Qhayra.

"Assalamualaikum Qhayra"

"Waalaikumusalam,nie Aura ke?"

"Yelah nie nombor aku kan. Kau fikir siapa?"

"Takde fikir sesiapa pun,cuma pelik macam mana kau boleh call aku pakai no nie. Kan kau takde phone"

"Aku baru beli telefon baru.Adik aku belanja"

"Untungla ada adik." Qhayra berseloroh

"Aku call kau ni sebab nak tanya,polis yang bawa kitaorang bertiga pergi hospital haritu,dia ada jumpa apa-apa bukti tak?"

"Polis tu kata semua bukti yang ada dekat tempat kejadian semua dah di padam dengan teliti seperti cop jari dan tapak kasut.

"Seriousla?.Tapi kita tahu muka dia.

"Memangla.Tapi takde bukti nak sabitkan kesalahan atas perempuan tu."

"Lepastu macam mana sekarang?dia tu dah la psycho.Kau tak rasa ke dia akan buat kerja gila lagi?"

"Jangan risau.Polis tengah kumpulkan bukti,sekarang ni polis tengah awasi tindak tanduk dia."

"Okey,lega aku dengar.Harap dia kena tangkap cepat.Trauma aku"

"Ni kau tidur mana malam ni? Tak mak tidur rumah aku?"

"Aku balik rumah aku la.Kalau Danial nak halau pon aku tak kesah.Aku nak kemas barang aku je nie "

"Em,stay strong okay!Jangan ambik hati dengan apa yang dia cakap."

"Ye.Assalamualaikum"

Aku menamatkan panggilan.Aku menukar pakaian lalu merebahkan badanku ke atas katil bersaiz king itu. Rindu bau bilik ini.Bau lelaki itu.

"Assalam..eh pintu tak berkunci?.Aku lupa kunci pintu ke?" Ujar lelaki itu menolak pintu kayu rumahnya.

Lelaki itu menuju kearah bilik.Lelaki itu melihat aku sedang nyenyak tidur memeluk bantal.Lelaki itu menghampiri aku lalu mengusap rambutku lembut.Lelaki itu merenung muka polosku.

'ehem.Kuatkan iman kau Danial.Kau sudah mahu cerai dengan dia' kata hati lelaki itu membisik.Lelaki itu menapak jauh dariku lalu menutup semula pintu bilik.

🌸

"Nyenyak tidur?" Ujar lelaki itu dengan sinis

"Bila awak balik?" Ujar aku menggosok mataku. Baru bangun.

"Tak perlu sibuk nak tahu."

"okay" ujar aku berlagak biasa.

"So berapa lama kau dekat sini?bila kau nak pack barang-barang kau?"

"Saya akan pack barang-barang saya petang ni.Malam ni saya tidur sini,esok saya bawa barang saya keluar."

"Suka hati kaula" mulut menderhaka kepada hati.Padahal lelaki itu nak saja bersuara agar jangan keluar dari rumah ini.Tapi ego sentiasa mendahului yang lain.

"Awak nak makan apa hari ini?saya masak.Mungkin ini masakan terakhir saya untuk awak?" Kata aku perlahan. Sedikit sebanyak aku agak terasa dengan bahasa kasar yang digunakan
oleh lelaki itu.Tapi malas ambik kisah.

"Tak sabar sangat ke nak cerai dengan aku?tak sabar nak kahwin dengan Irfan tu?"

"Saya kan nak pindah keluar esok.Jadi awak tak mungkin akan ketuk pintu rumah saya nanti nak suruh saya masakkan untuk awak pulak"

AWAK TAKDIR SAYACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang