Bab 1

11.2K 207 4
                                    

Hye guy's, jumpa lagi. Sorry kalau saya tak berapa pandai nak buat sinopsis/blurb semua. Tapi harap harap oulls suka baca story ni.

Agak gila gila so lebih santai pembacaan nya. Kalau ada apa apa pandangan mohon komen tau.
___________________________________

"Papa, kan semalam papa dah janji nak hantar adik pergi daftar kelas memandu. Mana boleh macam ni."

Hani antasya memuncung di meja makan. Mata sepetnya ralit memandang papa yang kalut mengisi fail fail pejabat ke dalam briefcase.

Kelam kabut dia mengalahkan aku yang nak pergi kolej. Hani geleng kepala dengan perangai encik Akasyah. Nasiblah aku tak mengikut perangai dia yang satu tu. Eh.

"Haa, tu tak lain tak bukan dok mengata papa la kan? Why not dalam papa dok kelam kabut macam ni, Hani tolong papa sikit. Tolong susun dokumen ni kejap. Papa nak pakai tie kejap."

Hani mengekek ketawa geli hati. Papa dia nampak comel sangat macam tu.

"Hani!"

Encik Akasyah mencekak pinggang geram.

"Apa? Hani tak cakap apa apa pun."

Hani gelak lagi. Tapi tangan dia pantas menyusun kertas yang berselerakan atas meja.

"Pasal daftar kelas memandu tu Hani ajak abang Hilman temankan ye. Papa sibuk sangat pagi ni. Kejap lagi nak kena masuk meeting."

Encik Akasyah pandang muka anak gadis tunggal nya. Semakin menginjak dewasa dah dia. Semakin menurun rupa mamanya. Cantik dan manis sangat.

" Abang Hilman? Tak nak lah. Nanti dia marahkan Hani pulak. Semalam dia balik dah dekat subuh tak silap."

Hani teguk air susu dalam gelasnya. Orang lain minum susu pagi pagi mahu ke jamban. Dia elok sahaja. Senang citer makanan tak pernah nak cari gaduh dengan dia.

Sebab tu dia suka makan. Tapi badan tak pernah jugak nak membesar.

" Papa tahu, dah tu Hani nak pergi dengan sapa? Tak tanya Mia? Kotnya dia boleh hantarkan."

Encik Akasyah meneguk kopi sebelum menyuap nasi goreng ke mulut. Sempat di kerlingnya jam di tangan.

Makanlah dulu, sempatlah tu masuk kerja. Lagipun company tu bapak aku yang punya.

" Ala papa ni, kan Mia balik bercuti kat kampung nenek dia."

Hani tekan tekan handphone dia. Melihat gambar yang di WhatsApp oleh Mia. Nampak best sangat dapat bercuti kat kampung.

Boleh tengok sawah, lembu kerbau.

"Oo yeke? Hehe, papa lupa lah. Oklah baby, papa pergi dulu tau. Ingat kejutkan abang tu. Jangan pergi sorang sorang."

Encik Akasyah bangun dari kerusi sambil mencapai kot yang terdampar di kerusi sebelah. Hani bangun menghampiri papanya. Tangan di hulur untuk bersalam.

" Kejutkan abang tu. Hani kan adik dia. Mesti dia teman punya."

Encik Akasyah mengusap kepala Hani lembut. Sempat dia kucup ubun ubun anak dara nan sorang. Macam tu lah rutin hariannya.

Biasanya kucup dahi bini, sekarang mampu kucup dahi anak je. Bini balik kampung kenduri oiii.

" Yelah, yelah."

Hani menghantar encik Akasyah sampai ke pintu. Bila kereta papanya bergerak keluar dari pagar rumah Hani segera tutup pintu.

"Papa dah pergi?"

Hilman Safwan berdiri tegak menghalang laluan. Hani telan liur nya yang kesat.

Pagi pagi dah bagi dia cuci mata. Dengan hanya berseluar trek kain cotton yang longgar, rambut masih basah dengan air yang menitik sedikit ke dada. Mata kuyu yang tak cukup tidur, Hilman memang perfectly as a man.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now