"TOKMA,Alya nak jumpa mama boleh tak?Alya rindu mama." kata Alya sambil memuncungkan mulutnya."Boleh sayang.Nanti kita pergi melawat mama tau." kata Fatma.
Apabila terpandang Nashriq yang sedang menuruni anak tangga,Alya terus meluru ke arah Nashriq.Alya cuba untuk memeluk tubuh Nashriq namun ditepis laju.
"Kau nak apa?!" tengking Nashriq.Dari Alya bayi lagi,Nashriq tidak pernah melayan Alya sebagai anaknya.Kerana Alya lah,Huda terlantar di hospital!
Alya terundur ke belakang.Tersentak dia mendengar tengkingan papanya.
"Nash!Kenapa tengking Alya macam tu?"tegur Fatma.
" Papa,Alya nak ikut papa tengok mama boleh tak?Alya rindu mama."pinta Alya.
"Aku tak izinkan kau melawat isteri aku!Faham?!"
"Tapi kenapa?Tu kan mama Alya." air mata Alya sudah mula menitis.Dia mula berasa sedih kerana ditengking sebegitu.
"Bukan!Dia bukan mama kau!Aku tak pernah ada anak lah!Anak aku dah mati!"
"Kenapa Nash cakap macam tu?Kesian Alya.Dia kecil lagi.Dia tak faham lagi apa yang dah jadi.Alya nak jumpa mama dia,kita tak boleh halang." tegur Fatma
"Tak boleh ibu,sebab budak tu lah Huda sakit!Budak tu punca segalanya!"tegas Nashriq.
Fatma mengeluh.Dia memandang sayu ke arah Alya.
" Nash pergi dulu,ibu.Nanti Nash balik."kata Nashriq dan mahu beredar.Apabila Alya mahu menyalami tangannya,Nashriq buat tidak peduli dengan huluran tangan Alya.Dia keraskan hatinya.Dia menganggap Alya adalah punca Huda sakit!Punca isteri kesayangannya 'tidur' selama 4 tahun lamanya!
"Alya,nanti tokma bawak Alya jumpa mama Alya tau." Fatma cuba memujuk Alya.
"Tak apa lah tokma.Nanti papa marah tokma pulak.Alya taknak papa jadi anak derhaka sebab marah-marah tokma.Ustazah Alya cakap,anak yang derhaka nanti dia masuk neraka.Alya taknak papa masuk neraka."kata Alya sambil mengesat air matanya.
Allahu!Terusik hati Fatma mendengar kata-kata ikhlas Alya!
Ya Allah!Sucinya hati anak kecil ini!Fatma memeluk erat dan mencium dahi Alya.Dia menangis sekali lagi.Dia berasa sungguh hiba!Sayu!Sedih!
"Tak apa sayang.Nanti kita pergi senyap-senyap tau.Alya rindu mama kan?"
Alya mengangguk laju.
"Alya rindu mama sangat-sangat.Alya selalu berdoa pada Allah,Alya mintak Allah sembuhkan mama.Alya taknak papa marah-marah Alya dan tokma lagi.Kalau Mama dah sembuh,mesti papa happy kan tokma?"
Fatma mengangguk sambil menitiskan air matanya.
IMBAS KEMBALI...
"DOKTOR!Macam mana dengan isteri saya?Dia okay kan?Anak saya pun okay kan?" soal Nashriq bertalu-talu kepada doktor wanita yang bernama Halida itu.
"Tahniah Encik.Anak Encik perempuan.Alhamdulillah anak encik tak ada apa-apa yang berlaku cuma...." Doktor Halida terdiam seketika.
"Cuma apa doktor?" soal Nashriq,berdebar-debar jantungnya.
"Isteri Encik..Hm..Puan Huda."
"Kenapa dengan isteri saya ?"
"Puan Huda mengalami pendarahan yang teruk semasa proses bersalin tadi.Dan..kami terpaksa buang rahim Puan Huda untuk keselamatannya.Bermakna Puan Huda dah tak boleh mengandung lagi." kata Doktor Halida dengan berhati-hati.
Lutut Nashriq terasa lemah.Allah!
Dia terduduk di atas lantai.Mukanya diraup kasar!
"Sayang...." Nashriq meraung.
"Ya Allah selamatkanlah isteri aku."
Doktor Halida terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang rahim Huda sebelum keadaan bertambah teruk.
Semenjak tadi,Nashriq menangis dan menangis.Nama Huda sering disebutnya.Dia risaukan Huda!Dia tak mahu perkara buruk yang terjadi pada Huda!Dia tak sanggup!
Tak sanggup!!!!
Setelah 3 jam menunggu proses pembedahan selesai,Doktor Halida keluar dari bilik bedah.Dia memberitahu bahawa Huda terpaksa ditempatkan di ICU.Huda disahkan kritikal.
"Isteri Encik Koma.Dia berada dalam keadaan kritikal."
Nashriq menangis.Meraung.
Saat itu,Fatma membawa bayi Nashriq dan Huda di hadapan wad ICU.
"Aku taknak tengok budak tu!!" jerit Nashriq.
"Nash!Ni anak Nash dan Huda."
"Budak tu punca Huda sakit,ibu!Budak tu pembawa malang!"
"Nash!Mengucap sayang..jangan cakap macam tu sayang.Dia anugerah Allah untuk Nash dan Huda."
"Tapi Huda sakit sebab dia!"
"Sebelum Nash bunuh budak tu,lebih baik ibu bawak dia jauh-jauh dari sini!" jerit Nashriq.
'Aku benci kau!Kau bukan anak aku!'
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...