PINTU bilik diketuk berkali-kali,barulah Nashriq tersedar dari lamunanya.
"Ya,masuk." kata Nashriq.
"Amboi,pengantin baru termenung panjang." usik Arman.
"Macam mana malam pertama ?on ?" usik Arman lagi.Nashriq masih selamba saja.Tiada apa pun cerita menarik untuk dikongsikan.
"Biasa je." jawab Nashriq.
"Biasa macam mana tu ?"
"Aku kahwin dengan dia bukan sebab cinta.So,patut ke aku jalankan tanggungjawab aku sebagai suami ?" kata Nashriq.
"Memang la kau kahwin dengan dia bukan sebab cinta tapi dia tetap isteri kau."
Nashriq hanya mendiamkan diri dengan keluhan berat.
"Entah lah man.."
"Kenapa ?dia tak cantik ?bukan perempuan baik ?" tanya Arman.
Nashriq menggeleng sambil bibir tersenyum.
"Cantik tu..boleh la..ada la jugak rupa..dia baik.Lemah lembut.Cuma,dia bukan Huda."
Arman menepuk dahi.
"Apa kau ni.Memang la dia bukan Huda.Dia tu isteri no 2 kau.Nama dia Ellaina."
"Aku tak kisah dia cantik ke baik ke,aku memang tak boleh sayang dia sebagai isteri aku sebab dia bukan Huda.Means,aku hanya mampu sayangkan Huda seorang je.Bukan untuk orang lain.kata Nashriq.
"Tapi Nash,tak elok kau buat macam tu.Maksud aku,kalau kau tak sayang dia sekalipun,kau layan la dia sebagai kawan baik kau ke.Mana la tau nanti boleh timbul cinta ke." Arman tersengih.
"No.Aku bukan macam lelaki lain.Cinta dan sayang aku hanya untuk Huda.Bukan untuk perempuan lain."
Arman mengeluh.Tak tau nak kata apa dah !
Matanya dihalakan ke arah bingkai gambar perkahwinan bersama Huda.
"Aku tak dapat bayangkan apa riaksi Huda kalau dia dapat tahu aku kahwin lain.Aku dah janji dengan dia akan setia dengan dia sampai mati.Tapi akhirnya aku yang mungkir janji."Nashriq memicit kepalanya.
"Dah tu,yang kau pergi kahwin dengan Ellaina tu buat apa ?"
"Kau takkan faham Man.Aku buat semua ni sebab mak aku.Aku berbelah bahagi tau tak.Tersepit kat tengah-tengah antara mak kandung aku dan isteri aku."
"Nash,apa pun yang jadi,kau jangan jadikan Ellaina tu mangsa.Kesian dia."
"Kenapa nak kesian pulak ?"
"Ye lah mana tau entah-entah niat dia kahwin dengan kau sebab nak tolong mak kau bahagiakan kau balik.Tapi kau layan dia macam orang luar." kata Arman.
Nashriq terdiam sejenak.
"MAK Enab ??" panggil Sally.Dia mencari kelibat pembantu rumahnya itu di luar rumah.Matanya terpandang Mak Enab yang sedang seronok menyanyi sambil menyiram pokok-pokok bunga milik Sally.Sally tersengih.Haih mak enab...
"Patut la saya panggil berkali-kali awak tak dengar.Rupanya seronok dia menyanyi ye." usik Sally sambil ketawa.
Mak Enab menggaru-garu kepalanya.Dia tersengih malu.
"Maafkan saya ya Datin."Mak Enab menunduk.
"Tak apa."
"Datin dah makan ?" tanya Mak Enab.
"Dah."
"Ubat ?"tanya Mak Enab lagi.
Sally tersenyum dan ketawa.
"Ye,sudah.Caring lah Mak Enab ni."
"Si pontianak tu dah bangun ke belum ?"tanya Sally.
"Belum lagi Datin.Asyik terbongkang tidur."
Sally mendengus kasar.
"Tak sedar diri betul la ."
"Sabar ya Datin.Datin nak saya kejutkan dia ke ?"
Sally mengangguk.
Mak Enab masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke dalam bilik yang pernah dia tidur dulu.
"Puan...Puan Shella...bangun Puan..Datin dah bising tu." Mak Enab meninggikan sikit suaranya.Berkali-kali dia mengetuk pintu bilik.
"Puan...bangun Puan.."
Tiba-tiba pintu bilik dibuka.
"Kau nak apa ?!" tengking Shella.
"Datin suruh Puan bangun."
"Kau tak nampak ke aku tengah tidur ?"
"Tapi Puan,Datin dah marah tu."
"Eh suka hati aku lah."jeling Shella.
"Tapi puan..."
"Kau ni siapa nak memaksa aku ?Kau tu maid je lah.Sedar diri !"
Sally menepuk tangan.
"Sepatutnya kau yang kena sedar diri.Dah lah menumpang rumah aku.Tak ada adab.Bangun pulak lewat."
Shella diam.
"Kau tak sepatutnya layan aku macam ni tau.Aku ni tetamu kau." kata Shella.
"So ?Perempuan perampas macam kau ni tak layak langsung aku layan sebagai tetamu.Layan sebagai anjing kurap tepi jalan boleh la."
Hati Shella panas membara.Eii kurang ajar !Dia merenung lama Sally.
"Kenapa ?nak tampar aku ke ?kalau rasa nak kena tidur tepi jalan,meh la tampar aku." sindir Sally.
Shella hanya mendiamkan diri.Kalau dia melawan,nanti akan memakan dirinya sendiri.Shella memikirkan pelbagai rancangan jahat untuk menghancurkan Sally.
Tiba-tiba dia teringatkan seseorang..
"Dio !"
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...