23

1.4K 54 1
                                    

"MACAM mana dengan anak saya,doktor ?" soal Zakiah sambil mengesat air matanya.Pihak polis telah menghubunginya dan memberitahu bahawa orang awam telah menjumpai Shella dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan.

"Alhamdulillah, Puan Rashilah dalam keadaan stabil." kata Doktor wanita yang merawat Shella.

"Tapi,saya minta maaf kerana tak dapat selamatkan kandungan Puan Rashilah."

Zakiah tercengang.Kandungan ?Anaknya mengandung ?

"Anak saya mengandung ke doktor ?"

"Ya.Anak puan mengandung 11 minggu.Cuma,kandungannya tak dapat diselamatkan kerana kemungkinan dia mengalami hentakan yang kuat pada perutnya."

Air mata Zakiah semakin lebat.Ya Allah !

Zakiah masuk ke dalam wad,dia melihat anaknya termenung jauh.

"Shilah,mak datang ni sayang.." kata Zakiah.

"Mak!Shella tak salah mak !Shella tak goda dia mak!" Shella meronta-ronta memegang tubuh emaknya.

"Apa kamu cakap ni ?"

"Mak!Shella tak salah!Suami Shella dah ceraikan Shella mak!Shella tak salah !Ni semua fitnah !Fitnah mak!" rintih Shella lagi.Dia meraung sekuat hatinya.

"Allahuakbar !!Sabar sayang...mak ada !Sabar nak.."Zakiah cuba menenangkan anaknya itu.

"Anak Shella ada kan mak ?!Mak..anak Shella tak mati kan mak ????Mak jawab mak !Anak Shella ada kan?!" soal Shella bertalu-talu.Dia mengusap perutnya yang kempis.

Zakiah hanya mendiamkan diri bersama tangisan yang semakin lebat.

"Mak!!Jawab lah mak!Anak Shella ada kan mak ?!!Mak !!!Mak bisu ke ?!!!!"Shella menggoncangkan tubuh emaknya beberapa kali.

"Doktor !!Tolong doktor !!!" jerit Zakiah.

Lantas beberapa orang nurse dan Doktor perempuan masuk dan cepat-cepat memegang tangan dan kaki Shella.Doktor wanita yang merawat Shella terus mengambil jarum dan mencucukkan ke lengan Shella.

Matanya makin kabur secara perlahan-lahan.Dan akhirnya matanya tertutup rapat.

"Kenapa dengan anak saya?"bergetar suara Zakiah menanyakan soalan itu kepada Doktor wanita itu.

"Emosi dia belum stabil sepenuhnya.Kita kena bagi dia masa.Dia baru saja mengalami keguguran,jadi memang agak sukar untuk dia terima.Kita sama-sama doakan ya?" kata Doktor itu.

Zakiah memandang sayu ke arah Shella.



RAHIM terkejut melihat semua pakaiannya dan barang-barang miliknya diletakkan di luar rumah.Dia segera mencari Sally namun dia terlebih dahulu terserempak dengan Fariz.

"Aku ingat kau dah berambus dari sini ." kata Rahim.

Fariz senyum sinis.

"Kita tunggu dan lihat.Kita tengok kau atau aku yang akan keluar dari rumah ni."

"Ehem." tegur Sally sambil berdehem.

"Ayang,kenapa barang-barang dan baju abang semua tu ayang letak kat luar ?" soal Rahim.

"Aku nak kau ceraikan aku." kata Sally.

"Abang tahu abang banyak buat dosa dengan ayang,tapi abang merayu sangat..tolong bagi peluang kedua untuk abang.Please.." rayu Rahim.Jika hari itu Shella yang merayu kepadanya,hari ini Rahim pula yang merayu kepada Sally.

"Macam mana kau tak bagi peluang kat minah tu,macam tu jugak lah aku.Takkan sesekali aku bagi peluang tu untuk jantan tak guna macam kau." kata Sally.

"Jantan tak guna tu si Fariz tu !Bukan abang.Dia dah tidur dengan Shella !Ayang still buta ke ?Tak nampak lagi ke ?"

"Memang aku buta !Aku buta sebab still tak nampak yang kau memang tak pernah nak hargai aku !Aku bodoh sebab masih setia dengan kau.Bertahun-tahun Rahim,aku pendam bertahun-tahun.Kau curang,aku maafkan.Dah banyak kali aku maafkan,tapi kali ni memang takkan.Hati aku dah lama tawar sejak kau curang dengan minah murah tu.Dah lama aku berdendam dengan kau."

"Aku yang rancang tentang kejadian yang berlaku di antara minah tu dengan Fariz.Aku yang suruh Fariz masuk dalam bilik perempuan tu dan bagi ubat pelali dan mabuk untuk dia.Aku yang rakam video tu !Aku..aku !Aku buat semua ni sebab nak bagi kau rasa macam mana aku rasa bila setiap kali kau curang dengan aku !Baru sekarang aku faham kenapa Allah tak bagi kita anak !Kalau kita ada anak pun,aku pasti anak tu pun malu nak mengaku kau bapak dia !" luah Sally.

Rahim terduduk.Dia menyesal.Namun penyesalannya kini sudah tiada guna.

"Untuk pengetahuan kau,aku dah mula cintakan Fariz.Dia yang ada dengan aku waktu aku sedih dan kecewa dengan kau !Aku sayang dia!Lepas kau ceraikan aku,aku dan Fariz akan kahwin !"

"Now,keluar dari sini !Aku takkan bagi satu sen pun duit aku kat kau!Keluar !" Sally menghalau Rahim dari rumahnya.

Balasan !Balasan !

Fariz tersenyum memandang Rahim.

"Sekarang ni siapa stay,siapa keluar ?" sindir Fariz.

Rahim sebak.Ya Allah !Ampunkan aku !



____________________________________

Shella dan Rahim dah dapat balasan,korang rasa diorang dah insaf tak?Ke...tak insaf lagi ?????

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now