"ABANG!Awalnya bangun!" tegur Huda sambil menggosok-gosok matanya.Dia terjaga setelah terhidu bau masakan dari arah dapur.
"Lepas solat subuh tadi,abang dah tak boleh tidur."
Huda menjenguk suaminya di dapur.Matanya terbeliak.Lalu dia tersengih.
"Abang masak?Pandai ke?"Huda tergelak kecil.
"Eh!Mestilah pandai!Dulu cita-cita abang nak jadi chef tau!" kata Nashriq.
"Wow!Tak sangka ehh lelaki hensem macam abang ni pandai masak."Huda tersenyum.
" Sayang dah mandi?"soal Nashriq.Huda tersengih lagi lalu menggeleng.
"Emm patut bau busuk!Hahahaha!" Nashriq ketawa.
"Eii abang ni!Suka sakat orang!" Huda memuncungkan mulutnya.
"Dah-dah pergi mandi.Nanti kita breakfast sama-sama." arah Nashriq.
"Okay bos!" Huda membuat gaya seseorang yang sedang tabik hormat.
"Thank you abang sebab buat breakfast untuk sayang!I love you muah!" ucap Huda lalu mencium pipi Nashriq.
"Kalau macam tu hari-hari lah abang nak buat breakfast.Dapat kena cium!" usik Nashriq.
"Eiiii gatal!" Huda mencubit perut Nashriq.Mereka ketawa.Bahagia.Namun,kebahagiaan itu hanya seketika.Sekejap sahaja.
Nashriq terjaga dari lenanya yang panjang di malam hari.Dia menggosok mukanya.Lalu dia mengucap.Keluhan kasar dilepaskan.Matanya sayu memandang ke arah bingkai gambar dia bersama Huda semasa bercuti di Thailand dahulu.
Bingkai gambar itu diambil dan ditatapnya.Lalu,hatinya dihurung rasa sebak yang amat.Terlalu sebak!Pedih jiwanya kerana terlalu merindui gelak tawa dan senyuman manis si isteri.
"Sayang,abang rindu sayang..." akhirnya dia tewas.Airmatanya jatuh berderai di pipi.Dia tewas!Tak mampu untuk melawan rasa rindu yang terpendam sekian lama.
"Bangun lah sayang..abang rindu nak tengok sayang senyum.Abang rindu nak usik sayang.Bangun lah sayang..i miss you so much!"Nashriq mengesat airmatanya.
Lalu,gambar itu dipeluknya kuat-kuat.Erat!Sambil itu,matanya merembeskan lagi air mata.Dia terlalu rindu!Tiada sesiapa yang akan memahami perasaannya kini!
Sayang,abang rindu!
"SO,kau nak salahkan aku?" soal Ellaina.Hatinya hancur apabila mendengar sendiri pengakuan kawan baiknya.Selama ini Shella dan Aidil sudah lama bercinta diam-diam di belakang Ellaina.Selama ini dia hidup dalam kepuraan!
"Memang salah kau lah!Asyik suruh aku temankan kau,so Aidil pun tertarik lah dengan aku.Lagipun kau kena sedar,Aidil memang dah tak cintakan kau.Dia tu mudah tawar hati dengan kau sebab kau ni jenis perempuan yang asyik sibuk dengan kerja."
Ellaina mendengus kasar."Ada je pasangan yang busy dengan kerja masing-masing.Tetap setia je.Kenapa nak dijadikan alasan?Kalau betul dia tu sayangkan aku,aku sibuk tahap mana pun,dia tetap akan setia tau walaupun jumpa bidadari sekali pun!"
"Kalau kau nakkan dia,kau ambil lah.Aku taknak.Dan sampai bila-bila aku taknak.Aku tak perlukan kasih sayang dari lelaki yang tak setia macam Aidil.Lagipun dia memang sesuai sangat dengan kau!Dua-dua pengkhianat!Talam dua muka!" sambung Ellaina lagi.
"Salah sendiri tak nampak,lepastu nak salahkan orang !"Shella menjeling.
" Aku bersyukur tau sebab Allah dah tunjuk pada aku perangai sebenar kau dan Aidil.Ternyata selama ini aku betul-betul tertipu dengan drama korang berdua.Shella,terima kasih sebab jadi kawan baik aku selama ini.Dan aku berharap,aku takkan jumpa lagi kawan baik macam kau.Manis di depan,pahit di belakang."kata Ellaina.Dia kuatkan diri untuk menahan segala rasa sebak di dada.
Ellaina melangkahkan kakinya meninggalkan Shella dengan sejuta rasa kecewa.Langsung tidak menoleh ke arah Shella.Sakit!Pedih!
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...