26

1.4K 50 0
                                    

"ALANG-ALANG kau dah balik sini,tak nak pergi jumpa bekas boyfriend sejati kau tu ke ?" usik Nadia sambil mencuit pinggang Afiya.

"Dia dah 'single' tau sekarang.Bini dia tu tak 'bangun-bangun' lagi." kata Efa.

"So,aku ada peluang lah ni ?" Afiya tersenyum.

"Of course  lah!Ni lah peluang kau nak ambil balik hak kau!" kata Nadia.

"Hello Hello Hello!Korang tak dengar cerita ke ?" kata pula Wawa sambil minum jus oren yang terhidang di hadapannya.

Afiya memandang Wawa.

"Cerita apa pula,Wa ?"soal Efa.

"Dah kecoh dah pasal dia kahwin lagi satu !" kata Wawa sambil menepuk meja.

Mata Afiya lantas terbeliak besar.Dia kahwin lagi satu ?!

"Ish kau biar betul !Khabar angin je kot !" kata Nadia.

"Aku dengar sendiri dari mulut kawan baik bini dia tu!Si Hanis tu lah." kata Wawa.

"Damn!" jerit Afiya.

"Aku tak kira,hak aku tetap hak aku!Aku tak kisah siapa dia sekalipun!" bentak Afiya lagi.

"Ye lah dah alang-alang kau kat sini.Rampas lah balik hak kau!"kata Efa.

Afiya mengeluh kasar dan agak berat bunyinya.Sangkanya apabila dia pulang ke Malaysia,dapat lah dia berjumpa dengan bekas kekasihnya itu untuk menuntut kembali cinta yang tergantung suatu ketika dahulu ketika mereka sama-sama menyambung pelajaran di luar negara.Tetapi sangkaannya meleset teruk,lelaki itu kahwin lain pula!Lagi sukar untuk dia rampas kembali cintanya!


SETELAH dua minggu mereka bercuti di Langkawi,akhirnya pulang juga.Itu pun kerana Nashriq akan ada perjumpaan dengan seorang CEO sebuah syarikat untuk perbincangan tentang projek misi bantuan untuk membina sebuah rumah flat untuk golongan gelandangan dan orang-orang miskin.

Selepas menghantar Fatma dan Alya pulang ke rumah,Nashriq dan Ellaina pergi pula ke rumah Khadijah kerana Ellaina mahu berjumpa dengan sepupunya yang selamat pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu.Khadijah memasak makanan yang banyak kerana dia menjemput anak dan menantu serta anak buahnya datang ke rumahnya.

"Ell,abang jumpa kawan abang kejap tau.Nanti abang datang balik." kata Nashriq.

"Rumah kawan abang kat mana ?"

"Dekat sini je.Abang pergi kejap je tau." kata Nashriq lagi.

Ellaina mengangguk.Selepas dia menyalami tangan suaminya,dia terus bergegas masuk ke dalam rumah kerana tidak sabar-sabar mahu berjumpa dengan kakak sepupu kesayangannya.

Sebaik saja Ellaina berdiri di hadapan pintu dan melihat Afiya sedang menjamu selera di meja makan,dia terus menjerit memanggil nama wanita itu.

"Kak Fiya !!!!!"

Afiya tersedak dan terus berpaling ke arah pintu.Dia juga terkejut melihat Ellaina.

"Ell!!!!!!" Afiya terus berdiri dan menuju ke pintu.Mereka berdua berpelukan erat.

Afiya mencium dahi Ellaina berkali-kali.Dia dan Ellaina memang rapat sejak kecil

"Kak Fiya !Ell rindu gila-gila dengan akak!" Ellaina memuncungkan mulutnya.

"Akak pun rindu gila-gila dengan adik akak ni!" kata Afiya.

Khadijah hanya menggelengkan kepala melihat kerenah anak buah dan anaknya itu.

"Mana suami Ell ?Akak nak tengok jugak suami adik akak ni.Helokkk ke tak helokk !" usik Afiya.

Ellaina tersengih.

"Dia pergi jumpa kawan dia kejap.Nanti dia datang."

"Jom kita makan dulu!" ajak Afiya.Dia dan Ellaina sambung berbual pula di meja makan sambil mulut mengunyah.

Pelbagai cerita yang diceritakan Afiya ketika dia berada di luar negara kepada Ellaina.Namun,ketika sibuk berbual,Nashriq tiba-tiba muncul di muka pintu.

"Assalammualaikum!"

Ellaina dan Afiya terus berpaling.Afiya adalah manusia yang paling terkejut ketika itu.Dia memandang Ellaina.

'Tak mungkin dia suami Ell...'kata Afiya di dalam hatinya.

Nashriq juga terkejut melihat Afiya berada di situ.Kisah silamnya kembali terngiang di ingatan.

"Akak,tu Nashriq..suami Ell."

Jantung Afiya berdegup laju.Terlalu laju!Air matanya mula bergenang di kelopak mata.Suami Ell tu bekas boyfriend aku !Lelaki yang aku terlalu cinta !

"Akak?Akak okay ke ?" Ellaina melambaikan tangannya di hadapan Afiya selepas dia melihaf Afiya termenung.

Afiya mengangguk perlahan.

"Akak nak pergi tandas kejap." kata Afiya lantas dia beredar.

Di dalam tandas,Afiya memandang cermin lama-lama.Air matanya jatuh juga.Dia tidak boleh menerima kenyataan bahawa Ellaina adalah isteri kedua Nashriq yang pernah diberitahu oleh rakannya beberapa hari yang lalu.

Afiya buntu.Emosinya pula tidak terkawal.Dia terus keluar dari dalam tandas.

"Akak balik dulu !" kata Afiya terus melulu keluar dari dalam rumah tanpa bersalaman dengannya.

"Eh kak!Kak Fiya!" panggil Ellaina namun Afiya hanya memekakkan telinganya.

Dia pula terdiam seketika.Macam ada sesuatu yang terjadi di antara Kak Fiya dan suaminya....

____________________________________

Alamakkkk!Afiya pulak muncul!Bekas kekasih Nashriq!

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now