AIDIL tidak terurus sejak hubungannya dengan Shella terputus.Dia juga diselubungi rasa menyesal yang teramat kerana berlaku curang dengan bekas tunangnya dahulu.Jika dia tidak bermain cinta dengan Shella,pasti sekarang dia sudah bahagia dengan Ellaina.Aidil berasa dirinya sekarang adalah manusia yang paling bodoh kerana tidak menghargai wanita sebaik Ellaina.Gadis itu cukup sempurna namun Aidil tamak.Dia cepat berubah hati.
"Ell...maafkan saya Ell.Saya menyesal,Ell." rintih Aidil.Berkali-kali dia menyebut nama Ellaina.Dia amat merindui Ellaina.Dia rindu mahu mendengar bebelan dan rajuk Ellaina.Namun,kini semuanya musnah angkara dirinya sendiri.
Hatinya bagaikan dipatah-patah dan disiat-siat belati tajam apabila Ellaina mengatakan bahawa dia sudah menjadi isteri orang.Remuk hatinya apabila mendengar kata-kata itu dari mulut gadis yang dicintainya itu.Sungguh dia menyesal !
"Aidil !Stop lah!Saya tak boleh kahwin dengan awak sebab saya isteri orang !"jerit Ellaina.
"Apa awak merepek ni ?"
"Saya dah kahwin !"
Akhirnya airmata jantannya jatuh juga.Dia tidak dapat menahan rasa sebak yang menghurung hatinya setiap kali mengenang wajah Ellaina.Dia rindu !
"Ell..saya rindu awak Ell.Saya tak sanggup kehilangan awak."
Gambar bersama Ellaina diciumnya berkali-kali.Rindu tak terkata !
"Ell....!Saya menyesal curang dengan awak !" Aidil meraung.Dia menumbuk dinding di bilik tidurnya sehingga tangannya berdarah.Aidil hilang kawalan.
Aidil berhenti menangis.Kemudian,dia tersenyum sinis.Pisau ditangan dicucukkan pada gambar Shella.
"Tak guna punya perempuan !Sebab kau aku hilang Ell !Aku buat semua benda yang kau nak sampai Ell tinggalkan aku !Lepas tu senang-senang kau hina aku !Dasar perempuan tak sedar diri !Baik kau mati !"jerit Aidil.Dia mengoyakkan gambar Shella dan dibuang ke dalam tong sampah.
"Aku takkan biarkan kau hidup senang,Shella."
Aidil tersengih menampakkan giginya.
"SAYA harap Datin tak terkejut nanti." kata Qodi,spy upahan Datin Sally.
"Kenapa ?" Sally mula merasa cemas dan panik.
"Saya dah tahu siapa dalang di sebalik kejadian yang berlaku pada Datin dan Fariz haritu." kata Qodi lagi dengan tenang.
"Siapa ?!" terbeliak luas mata Sally.
"Shella.Dia mengupah seorang budak lorong yang bernama Dio."
Sally menggengam tangannya.Geram !Marah !
"Perempuan tak sedar diri !Aku dah bagi menumpang,boleh pulak dia nak bunuh aku !"
Sally memandang Qodi.Dia menghulurkan satu sampul surat yang mengandungi wang kertas berjumlah RM 20,000 kepada lelaki itu.
"Terima kasih Qodi,kalau saya perlukan bantuan awak nanti,saya bagitahu."
"Baik,Datin." Qodi mengangguk.Lalu dia beredar keluar dari rumah banglo mewah itu.
"Kau memang dah melampau Shella !"
"Datin...." Mak Enab menegur Sally.
"Ya,Mak Enab.Kenapa ?"
"Mak Enab nak minta izin untuk balik ke kampung.Nak tengok mak sedara Mak Enab yang terlantar sakit.Boleh tak,Datin ?" pinta Mak Enab.
Sally tersenyum.Peluang untuk balas dendam pada Shella !
"Boleh,Mak Enab.Mak Enab nak balik bila ?" soal Sally.
"Kalau boleh,esok."
"Nanti saya suruh Fariz hantarkan ye." kata Sally.
"Eh tak apa.Kesian kat dia,dia baru nak sembuh tu.Tak apa,Mak Enab boleh balik naik bas.Dekat je."
Sally mengeluarkan dompet dari begnya dan mengeluarkan wang RM 500 kepada Mak Enab.
"Eh apa ni Datin ?"
"Ambik lah.Belanja untuk balik nanti.Mesti banyak nak pakai duit kan ?"
"Tapi baki gaji yang Datin bagi haritu masih ada." kata Mak Enab.
"Ambil je.Saya sedekah." Sally tersenyum.
Mak Enab terharu dengan layanan baik Datin Sally kepadanya.Wanita itu memang pemurah.
___________________________________
Mcm bosan je bab ni kan ?
😌😂
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...