28

1.4K 42 2
                                    

RAHIM memberanikan diri menjejakkan kaki ke rumah Shella untuk meminta maaf .Jika boleh,dia mahu rujuk semula dengan Shella namun tidak boleh kerana dia sudah melafazkan talak tiga kepada Shella..Dia mahu menebus kembali segala kesalahannya kepada Shella.Namun,mahukah Shella menerimanya lagi  setelah dia dihalau bagaikan manusia yang tiada maruah diri?

"Assalammualaikum!"

Pintu rumah lantas dibuka.Zakiah berdiri di hadapan pintu sambil bercekak pinggang.

"Kau nak apa?"

"Mak..Shella ada tak mak?" soal Rahim.Matanya melilau melihat keadaan di dalam rumah itu.

"Kenapa kau cari dia?Kau yang ceraikan dia kan?!" kata Zakiah.

"Ampunkan saya mak.Saya tahu saya salah dan saya datang ke sini sebab nak tebus balik dosa saya pada Shella."

Zakiah ketawa sinis.

"Anak aku tu meroyan menangis siang malam sebab kau tahu tak?!Anak dia mati sebab kau!Kau tahu tak?!"

Rahim tercengang.

"Shella gugur ?"

"Eh sudah lah!Tak payah nak berlakon depan aku.Anak aku terseksa sebab kau!"

"Mak!Saya merayu sangat mak..saya nak jumpa Shella.Saya nak rujuk balik dengan dia." rayu Rahim lagi.Dia melutut di hadapan Zakiah.

"B ?" Shella berjalan perlahan ke pintu apabila terdengar suara Rahim.

"Honey ?"Dia tersenyum lebar melihat Shella.

"B !Honey rindukan B !" kata Shella sambil mengesat air matanya.Dia mahu berjumpa dekat dengan Rahim namun emaknya menghalang.

"Kau dah lupa ke apa yang dia dah buat kat kau !" kata Zakiah.

"Mak!Shella sayang dia mak.Shella tak boleh hidup tanpa dia.Shella boleh jadi gila kalau tak jumpa dia mak." kata Shella.Zakiah hanya mampu mengeluh kasar.Nak halang,kesian pula.

"Ikut suka kau lah Rashilah !" kata Zakiah.Dia malas mahu lama-lama berada di situ dan terus masuk ke dalam rumah semula.

"Honey...B minta maaf !" Rahim mencium tangan Shella berkali-kali.

"Honey rindu B sangat-sangat!" kata Shella.

"Ye honey,B pun rindu sangat dekat honey." Rahim mengelap air mata di pipi Shella.Dia membawa tubuh Shella ke dalam dakapannya.Dia memeluk erat Shella .

"B,Honey nak kita macam dulu balik!" kata Shella ,teresak-esak dalam pelukan Rahim.

"Amboi!" jerit Zakiah di tingkap rumahnya.Dia menggeleng kepala melihat Shella dan Rahim berpelukan macam suami isteri.

"Korang ni bukannya suami isteri lagi !Jaga batas tu!"

"Mak,Shella nak rujuk balik dengan Rahim mak..!" kata Shella.

"Rujuk?Ya Allah Shella!Mana boleh!Dia dah ceraikan kau dengan TALAK TIGA !"

"Kau kena kahwin dengan jantan lain lepastu cerai baru lah boleh kahwin dengan Rahim balik!Tak boleh rujuk kalau talak tiga !" kata Zakiah sambil menepuk dahinya.Pening memikirkan masalah anaknya itu !

"B.." shella memandang sayu bekas suaminya itu.


"AWAK ikut saya,Aidil ?!"

"Ell..kenapa awak kahwin dengan orang lain ?Awak dah janji kan nak hidup dengan saya." kata Aidil.

"Habis tu takkan aku nak single sampai mati ?!"

"Tapi kenapa dengan orang lain ?!"

"Takkan aku nak kahwin dengan kau?Kalau waktu bertunang pun kau dah pandai curang,apatah lagi waktu dah kahwin nanti." sindir Ellaina.

"Ell,tolong lah bagi peluang kedua untuk saya !"

"Tak semua orang layak dapat peluang kedua !Setelah kau puas lukakan hati aku,lepas tu senang-senang je kau nak mintak peluang kedua !"

"Tapi saya cintakan awak Ell !Saya tak boleh hidup tanpa awak !" kata Aidil lagi.

"Sudah lah Aidil !Kita dah putus!Aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan kau!"

"Ell!Saya sayang awak Ell!" Aidil cuba memegang tangan Ellaina namun cepat-cepat dia menepis laju.

"Aku dah cakap hormat aku sebagai isteri orang!Aku ulang,ISTERI ORANG !"

"Sampai aku mati sekalipun,aku takkan terima kau balik!" kata Ellaina tanpa memandang wajah Aidil.

"Saya takkan lepaskan awak Ell.Saya akan tunggu awak sampai bila-bila.Tu janji saya!"

"Tak payah nak janji-janji.Aku takkan terima kau pun." Ellaina menjeling tajam ke arah Aidil.Aidil tergamam.Sudah puas dia merayu kepada Ellaina namun tetap ditolak.Cara bagaimana lagi harus dia lakukan untuk menawan balik hati Ellaina ?

____________________________________

Eiii rimas kan ada lelaki macam tu ?!Dah jadi gila talak pulak !😂

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now