"MAK..." panggil Ellaina.
"Ye." jawab Khadijah.
"Ell rasa,Ell...Ell rasa...Ell..."
Khadijah merenung pelik ke arah anaknya.Dah kenapa?
"Apa benda Ell rasa-Ell rasa?"
"Ell...Ell...Ell dah buat keputusan!" kata Ellaina.
"Keputusan apa?" Khadijah tertanya-tanya.
"Ell setuju nak kahwin dengan anak Cikma."
Baru saja Khadijah mahu melompat gembira,tiba-tiba Ellaina mencelah.
"Tapi dengan satu syarat!" kata Ellaina.
"Ala,ada syarat jugak ke?"
"Kalau one day kak huda dah sedar dari koma dan dia tak restui perkahwinan Ell dan anak cikma,Ell akan mintak cerai."
Khadijah terkejut.
"Tapi.."
"Tak ada tapi-tapi.Mak nak tak Ell kahwin dengan anak cikma?"
Khadijah mengangguk laju.Dia gembira!Tak sabar nak beritahu bakal besannya nanti!
Manakala,Ellaina pasrah.Dia yakin dengan keputusannya.Dia setuju untuk berkahwin dengan Nashriq kerana Alya!Dia tak mahu Alya kesepian!Sudah lah ayah sendiri tak layan anak macam anak,ibu kandung pulak terlantar kat hospital!
Bukan selalu dia berkorban untuk orang lain!Biar lah!
Risiko?Ellaina sanggup menanggung segalanya.Dia sudah bersedia jika dia akan dipandang serong kerana bergelar isteri kedua.Dia juga sudah bersedia andai nanti Huda menyerangnya.
Ellaina tersenyum kelat.
"EII...kenapa sampai jadi macam ni Rashilah?!" Zakiah naik berang.Terasa mahu cekik je anak sulungnya ini.
"Mana lah orang tau!" kata Shella sambil membelek-belek kukunya yang diwarnakan dengan warna pink.
"Macam mana tak tau pulak sedangkan tu kan rumah kamu!Benda ni takkan jadi kalau kamu tak bawak masuk jantan tu!" tengking Zakiah.Dia benar-benar kecewa dengan Shella atau nama sebenarnya Rashilah.
Shella hanya mendiamkan diri.Tak guna mendengar bebelan emaknya itu.Menyakitkan telinga aje!
"Kitaorang tak buat apa pun.." selamba Shella menjawab.
"Tak buat apa kalau imam tu cakap kamu dan jantan tu pakai tuala aje!"
"Cuba cakap dengan mak,apa hubungan kamu dengan jantan tua tu?!" soal Zakiah.
"Tak ada apa lah!"
"Cakap lah!" jerit Zakiah.
"Eiii!Dia tu bakal suami Shella lah!"
"Bakal suami?Bukan ke dia dah kahwin?Kamu jangan cakap yang kamu nak kahwin dengan laki orang!"
"Ye mak,shella memang nak kahwin dengan dia.Sebagai isteri nombor dua."
"Ya Allah...apa ni Shella?" Zakiah kecewa.
"Eii mak ni!Sudah lah!Kitaorang tak buat apa-apa lah!Mandi sama-sama je pun!"jeling Shella.
Mata Zakiah terbeliak.
"Mandi sama-sama je kamu kata?Tahu tak kalau mandi sama-sama ke peluk ke tidur sekali ke semua tu tak boleh!Haram!"
"Mak nak kamu berdua kahwin secepat mungkin!Faham?!"
"Eiii orang tau lah!" Shella rimas.Lalu dia terus melulu masuk ke dalam biliknya.Pintu di hempas dengan kuat.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...