AIDIL lekas bangun dari sofa panjangnya sebaik saja terdengar suara seseorang memberi salam.Dengan lambat dan perlahan,dia berjalan menuju ke pintu.Di dalam hatinya sudah sumpah seranah orang itu kerana telah mengganggu waktunya menonton perlawanan bola sepak di televisyen.
Sebaik saja pintu dibuka,Aidil tergamam.
"Hai You."
"Kenapa datang sini ?" soal Aidil.
"You sihat ?"
"Tu bukan jawapan yang I nak dengar."
"Hm,tak nak bagi I masuk dulu ke ?" soal Shella.
Aidil mempelawa Shella masuk ke dalam rumahnya.Menyampah pula dia melihat muka Shella,muka wanita yang pernah menghinanya dulu.
"Hah nak apa ?"
"I nak minta maaf." kata Shella dan dia cuba memegang tangan Aidil namun ditolak.
"You ingat dengan MAAF You tu boleh sembuhkan luka kat hati ni ke ?" Aidil sengaja menekankan perkataan maaf dengan kuat.Dia tidak pernah melupakan wanita yang telah menghinanya dulu.
"Hm I tahu,tapi..semua manusia pernah buat silap kan ?"
Aidil senyum sinis.
"Sayang,boleh tak You bagi peluang kedua kat I ?"
"Untuk apa ?!"
"Kita kahwin !I nak jaga You .I nak tebus balik segala dosa I pada You." rayu Shella.
"I dah bercerai dengan suami I.So,kita kahwin okay ?"
"You ingat I ni patung barbie ke ?Bila You nak,You datang.Bila taknak,You blah."
"Hm,please..."
"Dah habis cakap ?" Aidil lantas bangun dan menuju ke pintu.Dia berdiri di situ sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah luar.
"Sila keluar.I tak nak nanti kita kahwin free pulak."
"Sampai hati You halau I ." Shella memuncungkan mulutnya.
"I nak you tahu,I takkan terima You sampai mati." kata Aidil.
Shella lantas bangun dan menyilangkan tangannya di dada.
"Ok fine.Tapi,trust me You akan menyesal.You akan datang melutut kat kaki I."
Sebelum dia keluar,dia sempat mencalit sesuatu di leher Aidil.Apabila lelaki itu memandang ke tempat lain,Shella membuat muka menyampahnya.Jika bukan sebab agenda tersembunyinya,dia pun tak ingin jejakkan kaki ke sini.
"THANK you sayang sebab sudi terima saya seadanya.Saya dan awak macam langit dan bumi.Berlainan darjat !" kata Fariz.Tangannya menggenggam erat jari jemari Sally.
"Sepatutnya saya yang ucap terima kasih sebab awak sudi terima saya walaupun saya dah tua !" Sally ketawa.
"Awak takkan pernah tua di mata saya,sayang." Fariz membelai pipi Sally dengan lembut.
"Eleh,ye la tu.Lelaki,mulut memang manis kalah madu."
"Ye sayang.Awak sentiasa nampak muda di mata saya."
"Kalau macam tu,jangan lah cari orang lain." kata Sally.
"Ish !Buat apa saya nak cari orang lain ?Sedangkan kat depan mata saya ni dah ada wanita yang cukup sempurna buat saya."Fariz bersyukur kerana akhirnya Sally sah menjadi miliknya buat selama-lamanya.
"Hm,janji ?"
"Janji !"Fariz mengangkat tangannya lagak seperti orang sedang berikrar.
"Tapi,macam mana kalau kita tak dapat anak ?Awak akan cari perempuan lain ke ?" soal Sally,sengaja dia menduga.
"Sayang,tu semua kan rezeki.Kalau ada,Alhamdulillah. kalau tak ada,kita boleh ambil anak angkat.Kan saya dah cakap,buat apa saya nak cari orang lain kalau wanita sempurna seperti awak ada depan mata saya ?"
"Tapi,wanita yang tak dapat bagi anak pada suami bukan wanita yang sempurna."
"Jangan lah cakap macam tu.Tak kisah lah awak boleh mengandung ke tak boleh ke,awak tetap sempurna kat mata saya.Jangan risau,okay ?" pujuk Fariz.Dia berkahwin dengan Sally bukan kerana anak semata-mata.Dia sendiri faham jika Sally tidak dapat melahirkan zuriat sendiri.Dia tidak akan memaksa wanita itu untuk mengandung.Hidup berdua pun sudah cukup dan bahagia.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...