9

1.3K 81 0
                                    

SEKALI lagi Khadijah mengajak Ellaina untuk bersamanya pergi ke rumah Fatma.Ellaina merungut dan berkurung di dalam bilik kerana tak mahu mengikut emaknya.Namun dia tewas juga dengan pujukan emaknya.

Walaupun semasa di dalam kereta mukanya masam mencuka,tetapi bila sampai saja di rumah Fatma,Ellaina pamerkan senyuman manis.Takkan nak buat muka masam dekat tuan rumah?Sejahat-jahat dia ,tak ada lah sampai biadap sebegitu.Sekurang-kurangnya senyum walaupun pahit.

"Hai nekjah!Alya rindu lah kat nekjah." Alya terua menyapa Khadijah.Dia menyalami tangan wanita yang sama umur dengan tokma nya dan seorang wanita yang mungkin sebaya dengan ibu kandungnya.Alya begitu asyik merenung muka Ellaina lama-lama.

"Aip!Tak elok renung anak dara orang lama-lama!" usik Khadijah.Alya tersentak lalu dia tersengih.

"Kakak ni siapa?" soal Alya.Sememangnya Alya memang ramah dengan semua orang termasuklah orang yang tidak dikenalinya.

"Nama akak Ellaina.Panggil akak,Kak Ell!" kata Ellaina.

"Ooo kak Ell!Kak Ell ni lawa lah.Macam mama."

"Hehehe.Alya pun lawa.Mesti ikut muka mama Alya kan."

"Akak,Alya ada bela kucing tau.Comel...nama dia Elsa!" kata Alya dengan gembiranya.

"Ye ke?Akak nak tengok boleh?"

Alya mengangguk laju.Dia membawa Ellaina ke belakang rumah untuk menunjukkan kucing belaannya yang berada di dalam sangkar.

"Eiii comelnya!" kata Ellaina.

"Macam Alya kan?" usik Alya.

"Dia memang comel macam Alya tapi dia lagi comel kalau macam akak!"

Mereka berdua sama-sama ketawa.

"Tokma kata kucing ni mama punya.Tokma cakap,lepas mama sakit dan tak balik rumah,Elsa sakit.Elsa demam sebab rindukan mama." kata Alya.

"Biasa lah tu.Kucing ni dia pun ada perasaan.Mesti lah dia demam sebab dia terlalu rindukan mama Alya.Orang cakap kalau kita rindu,maknanya sayang!Jadi,Elsa ni sayangkan mama Alya lah."

"Tapi..." Alya tiba-tiba menunduk.Dahi Ellaina berkerut.

"Kenapa sayang?" soal Ellaina.

"Kalau papa nampak Alya main-main dengan Elsa,mesti papa pukul Alya."

Ellaina terkejut.Papa?Nashriq?

"Kenapa papa Alya nak pukul Alya pulak?"

"Papa tak suka Alya main dengan Elsa.Dia cakap Alya bawak malang.Papa kata nanti Elsa pulak sakit macam mama." Alya mahu menangis tetapi dia menahan sebaik yang mungkin.

Ellaina mengucap panjang apabila mendengar kata-kata Alya.Sampai begitu sekali?

"Papa selalu pukul Alya ke?"

"Jarang.Dia cuma marah-marah Alya je.Papa tak pernah layan Alya macam anak dia.Alya cemburu bila tengok papa kawan Alya layan kawan Alya dengan baik.Tapi papa Alya?Hm.." luah Alya.Ellaina yang mendengar luahan hati Alya menjadi sebak.

Keadaan Alya dengannya semasa kecil sama.Ellaina juga tak pernah mendapat kasih seorang ayah sejak kecil lagi.Tapi yang bezanya,ayah dia sudah lama meninggal sejak Ellaina di dalam perut lagi.

"Eh terluah kat akak pulak!" Alya tersengih malu.

"Tak apa sayang.Akak sentiasa terbuka hati untuk terima luahan Alya."

"Terima kasih akak!Alya sayang akak!" Alya memeluk tubuh Ellaina.Ellaina membalas pelukan Alya dengan erat.Tanda sedar,Alya menangis.Saat dia memeluk Ellaina,umpama dia memeluk mamanya!

Rindu!







"B,pergi lah bukak pintu kejap." kata Shella selepas mendengar bunyi loceng ditekan 3 kali.

"Ala,honey je lah bukak."kata Rahim sambil matanya memandang telefon canggih berjenama Vivo miliknya.

" B tak nampak ke honey pakai macam mana?"

"Ala,entah-entah kawan honey."

"Hish ye lah!" Shella menarik tuala yang tersangkut di pintu biliknya dan menutup tubuhnya yang terdedah di bahagian bahu sehingga dada.

Shella membuka pintu rumah.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat 6 orang jemaah lelaki berada di hadapan rumahnya.

"Kenapa ni?" soal Shella.

"Kami ada menerima aduan dari orang awam yang mendakwa Cik berada di dalam rumah ni berdua-duaan dengan seorang lelaki."

"Hey!Mana ada!" dalih Shella.

"Boleh kami masuk?" Imam Amin meminta izin.

"Tak boleh." jawab Shella dengan selamba.

Dengan pantas,seorang lelaki yang agak muda dari semua lelaki di situ menolak tubuh Shella sehingga dia tertolak ke tepi.Jemaah yang lain terus masuk ke dalam rumah.

"Hey!Berani korang masuk rumah aku!Nak aku call polis ke?"

"Maaf Cik.Kami hanya menjalankan tugas."

Apabila Imam Amin membuka pintu bilik utama,Shella menjerit.

Rahim yang terkejut dengan 'tetamu' yang tak diundang itu terus melompat ke bawah katil untuk bersembunyi.

Alamakkk kantoi!

Kesemua mereka yang melihat Rahim mengucap panjang.

"Apa korang berdua buat kat dalam rumah ni?!" marah Imam Amin sambil menggeleng.

"Buat apa lagi imam!Buat projek lah!"

Shella menjeling tajam lelaki itu.Dia terus berlari menuju ke Rahim.

"B,kalau singa tua tu tahu macam mana?Habis lah honey kena baham!" kata Shella yang merujuk perkataan singa tua itu kepada bakal madunya,sally.

Rahin terdiam sejenak.

Akibatnya,kena kahwin lah....!

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now