29

1.4K 50 2
                                    

"AKAK !Kenapa Kak Fiya tak balas mesej Ell ?" soal Ellaina kepada Afiya.Dia ada menghantar mesej kepada Afiya melalui aplikasi Whatsapp namun tidak dibalas langsung oleh wanita itu.Afiya hanya membaca saja mesej-mesej tanpa membalasnya.Hal itu membuatkan Ellaina risau dan teringat kembali tentang kisah silam di antara Nashriq dan Afiya.

"Kak,Ell ada buat silap dengan akak ke ?" soal Ellaina lagi.

Namun Afiya hanya membisu dan meneruskan kerjanya di dapur.

"Kak Fiya tak pernah layan Ell macam ni.Ni tiba-tiba je.."

Afiya lantas memandang Ellaina.

"Ell!Akak sibuk ni.Pergi lah balik." kata Afiya.Dia tidak mahu memandang Ellaina.Rasa menyampah dan benci makin bertambah terhadap sepupunya itu.

"Ell tak nak balik selagi akak tak bagitau sebab apa akak berubah macam ni ."

Apabila melihat Afiya hanya berdiam diri,Ellaina terus memegang tangan Afiya.

"Ish kau ni!Tak faham bahasa ke ?!Kan aku dah cakap,pergi balik!So balik lah tunggu apa lagi ?!" tengking Afiya.Ellaina terus tersentak.Terasa juga hatinya.

Afiya menghempas pinggan yang berada di tangannya ke atas lantai sehingga pecah.

"Kenapa kau datang sini ?!Ni amaran aku eh,aku haramkan kau pijakkan kaki ke rumah ni lagi!Faham ?!"

Ellaina semakin sebak.Perlahan-lahan airmatanya mula bergenang di kelopak mata.

"Apa salah Ell ?"

Afiya ketawa sinis.Lalu dia memegang muka Ellaina dengan kasar.

"Takkan kau tak tahu lagi ?!"

"Kak Fiya jadi macam ni sebab suami Ell ke ?"

"Hah tau pun !Pura-pura tak tahu konon!Dasar perampas !Perempuan tak guna!Murahan!" kata Afiya.

Akhirnya air mata Ellaina jatuh juga di pipi.Dia menangis teresak-esak.Dia sudah dapat mengagak hal ini pasti akan terjadi.

"Ell tak tahu pun dia bekas kekasih Kak Fiya."

"Sudah lah!Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari perempuan murah macam kau!Jijik telinga aku !"

"Berambus !Aku taknak tengok muka kau lagi!" Afiya menolak tubuh Ellaina sehingga tubuhnya tertolak ke belakang dan terlanggar pintu.

"Maafkan Ell kak.." tangisan Ellaina semakin lebat.

"Berambus !!!!" jerit Afiya.

"Aku sanggup bunuh kau untuk rampas dia dari kau !Faham ?!"terbeliak mata Afiya memandang Ellaina.

Ellaina tak mampu lagi untuk menghadap muka Afiya.Hatinya semakin terasa dengan perbuatan sepupunya itu.Lantas dia keluar dari rumah itu dan tidak menyangka Nashriq juga turut berada di situ.

"Dia buat apa kat Ell ?" soal Nashriq.

Ellaina tidak menggeleng sebaliknya dia terus masuk ke dalam kereta.

Nashriq terus masuk ke dalam rumah Afiya.

"Apa kau buat kat isteri aku ?"soal Nashriq dengan tegas.

" Sayang !"jerit Afiya dan dia berlari ke arah Nashriq dan mahu memeluk lelaki itu .

"Tolong jangan libatkan dia dalam masalah kita." kata Nashriq.

"I dah pernah berjanji dengan you sayang,kalau I tak dapat miliki you,orang lain pun takkan dapat."

"Kau tak pernah berubah,Fiya." Nashriq menggelengkan kepalanya.

"I tak teragak-agak nak bunuh dia!" jerit Afiya.

"Kau jangan sentuh isteri aku !Langkah mayat aku dulu !" Nashriq memberi amaran keras kepada bekas kekasihnya itu.

Dia terus melangkah keluar dari dalam rumah Afiya.Manakala Afiya yang berada di dalam rumah sudah mengamuk seperti orang gila.

"Dia milik aku !!!!Dia milik aku !Aku sayang dia !!" Afiya terus menjerit dan meraung bagai orang kurang siuman.Dia membaling semua barang yang ada di dalam rumah sehingga rosak.





ELLAINA menyembamkan mukanya di atas bantal .Tangisannya semakin lebat dan tangannya berkali-kali memukul dan menggenggam erat cadar katil.Habis basah bantal itu dibuatnya.Dia tidak mampu lagi menahan kesedihan di hati dan hanya mampu meluahkan dengan cara begitu.

Tiba-tiba dia berasa ada tangan yang menyentuh bahunya.

"Ell.."Ellaina terdengar suara garau itu dan amat mengenali suara itu.

Ellaina lantas bangun dan duduk berhadapan dengan suaminya.

" Perkahwinan kita ni satu musibah ke ?"soal Ellaina.

"Ell.." Nashriq meletakkan jarinya di bibir Ellaina.

"Mungkin ni balasan untuk Ell sebab Ell kahwin dengan suami orang !"

"Ell tak patut kahwin dengan abang !"

"Ell sepatutnya jaga hati semua orang !"

"Tapi Ell bodoh !Ell pentingkan diri sendiri !Ell kejam !"

"Ell benci diri Ell !"

"Ell benci !!Benci !!" jerit Ellaina dan dia memukul dada Nashriq berkali-kali sambil menangis.Pantas Nashriq memegang kuat kedua-dua tangan Ellaina.

"Ellaina Maisarah !" kata Nashriq.Ellaina terdiam.

"Cukup salahkan diri sendiri !"

"Awak dengar baik-baik,awak tak rampas saya dari Afiya !Abang yang putuskan hubungan kami!" kata Nashriq.

"Tapi Kak Fiya anggap Ell perampas !"

"Sebab dia tak boleh move on !" Kata Nashriq.

"Ni semua salah abang.Bukan salah Ell.Mungkin kalau abang tak permainkan hati dia,semua ni takkan jadi." Kata Nashriq lagi sambil memegang tangan Ellaina.

"Kak Fiya dah benci Ell !"

"Kenapa dia nak benci Ell ?Kitaorang dah macam adik beradik !" luah Ellaina.

"Dia sanggup nak bunuh Ell sebab seorang lelaki !"

"Ell..please..abang nak Ell rehat.Lupakan semua ni.Tak elok untuk kesihatan Ell."

"Ell tak boleh terima ni semua,abang..." Ellaina menunduk dan menangis lagi.

"Sini." Nashriq menarik tubuh Ellaina ke dalam dakapannya.Dia memeluk erat tubuh isterinya dan mengusap lembut belakang gadis itu.Dia juga terasa sebak melihat Ellaina menangis tanpa henti.

"Abang tak suka tengok Ell menangis." kata Nashriq.Lalu dia membelai rambut Ellaina.

"Ell tidur okay ?" Nashriq membaringkan Ellaina di atas katil dan menyelimutkan tubuh itu dengan selimut tebal.Sebelum keluar bilik,Nashriq sempat mencium dahi Ellaina.

Lalu dia tersentak.

"Aku cium dia ?" Nashriq tersenyum sendiri.

____________________________________

Elelele...korang rasa Nashriq dah jatuh cinta ke dengan Ellaina ?Hehehe...🙈

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now