32

1.4K 51 2
                                    

ELLAINA terkejut apabila terasa ada hembusan nafas di telinganya.Lantas dia berpaling ke belakang dan merenung tajam ke arah lelaki itu.

"Amboi,jeling kita nampak !" kata Nashriq.

"Ingat sweet ke buat macam tu !"

"Masam je ni.Kenapa ?Abang ada buat salah ye ?" soal Nashriq.Pelik juga dia apabila melihat Ellaina sibuk mengemas di dapur.Jika sebelum ini Ellaina akan menyambutnya di pintu setiap kali dia pulang,namun hari ini berlainan.

"Salah sendiri pun tak tau." kata Ellaina.Tangannya masih ligat memotong bawang.

"Pasal Afiya ya ?"

"Habis tu pasal apa lagi."sindirnya.

"Kan abang dah cakap,abang dengan dia tak ada apa-apa pun."

"Boleh percaya ke ?" Ellaina mengangkat keningnya.

"Kita kan suami isteri,kena lah saling mempercayai antara satu sama lain." kata Nashriq sambil tersengih.

"Mana lah tahu kot-kot jatuh hati balik kat ex.Kak Fiya tu kan cantik."

Nashriq dapat menghidu bau-bau cemburu pada Ellaina.Dia tahu isterinya itu cemburu.Kalau tidak,tak ada lah muka masam mencuka je !

"Tapi,tak secantik isteri abang ni..."Nashriq mencuit telinga Ellaina.

"Tak payah lah nak ambil hati orang sangat !"

"Ell,nak tahu tak abang ada bau sesuatu ?"

"Bau apa ?"

"Bau C-E-M-B-U-R-U !" kata Nashriq.

Ellaina mengecilkan matanya.

"Mestilah cemburu !Ell kan isteri abang !Ell sa--"

Ellaina menekup mulutnya.Ish mulut ni!Kau khianat aku ye wahai mulut !

"Hah!Apa Sa?Sa apa tu ?Sayang kan ?" Nashriq tersengih lagi.Kali ini semakin lebar senyuman dia itu.

"Ish mana ada !Tersasul je tu." Ellaina cuba berdalih.

"Alah,abang tau Ell sayang abang kan ?"

"Jangan nak perasan eh !"

"Alah mengaku je lah !"desak Nashriq.

" ishh abang ni !!!"Ellaina mencubit kuat perut suaminya.

Nashriq ketawa dan dia terus melarikan diri dari Ellaina.Namun gadis itu mengejarnya hingga di ruang tamu rumah.Kali ini berlaku pula sesi membaling bantal yang tersusun elok di sofa di antara mereka.

Nashriq membaling bantal ke arah Ellaina namun bantal itu tersasar jauh dan terkena pada muka Fatma.Nashriq menggigit bibirnya.

Alamakk !!

Nashriq dan Ellaina tersengih.

"Ya Allah !Apa korang buat ni?Macam budak-budak lah." tegur Fatma.

"Sorry,ibu.Ni hah abang Nash,suka sakat orang."

"Eleh,dia yang cemburu tak nak mengaku !"

"Ishh !" Ellaina memukul lengan sado Nashriq dengan sekuat hatinya.Geram !

Manakala Fatma pula sudah tersenyum seorang diri melihat anak dan menantunya bergurau mesra.Dia berasa lega melihat Nashriq kembali senyum dan ceria !Ini yang dia mahu !

Terima kasih Ya Allah !Terima kasih kerana menghadirkan Ellaina dalam keluarga kecil ini !






"WHAT ?!Dia sepupu kau ?Wife dia sepupu kau ?!"Nadia melopong.

"Ye lah sepupu aku !Tak guna betul !"

"Habis tu kau nak buat apa sekarang ?" soal Nadia.

"Aku nak rampas Nash lah !Dia hak aku !"

"Tapi aku tak sampai hati nak benci Ell.Aku sayang dia macam adik kandung dah.Aku tak boleh lah !" kata Afiya.

"Oh my god !Tak kira lah dia cousin kau ke bestfriend kau ke,dia tetap perampas !Dia rampas kau dari Nash kot !Still nak sayang ke beb ?"

"Aku buntu lah !" kata Afiya .

"Maksu kau tau hal ni ?"

Afiya menggeleng."Kenapa ?"

"Good.Aku ada idea !" kata Nadia.

"Apa ?"

Nadia tersenyum jahat.Afiya pula tertanya-tanya apakah idea Nadia pula ?

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now