"TU bukan anak Nashriq !Nashriq berani bersumpah !"tegas Nashriq.Dia benar-benar terkejut dengan tindakan gila dan bodoh Afiya.
"Sampai hati awak,Nash.Dia anak awak !Takkan awak taknak mengaku !"
"Macam mana aku nak mengaku sedangkan aku tak tahu tu anak siapa !" Nashriq mula naik angin.
Ellaina sedari tadi hanya mendiamkan diri.Dia hanya menggengam erat tangan suaminya kerana tidak mahu lelaki itu membuat perkara yang di luar jangkaan kepada Afiya.
"Tu anak awak lah !Kalau bukan anak awak,buat apa saya bawak dia ke sini !"
"Tu bukan anak aku !"
"Eh Fiya !Kau ni kenapa bodoh sangat biarkan suami sendiri tak mengaku ada anak !Ni anak dia !Kau dah hasut apa eh ?!" tengking Afiya.
Pantas Nashriq berdiri.Ellaina masih menggenggam erat tangan suaminya.
"Ni masalah kita berdua !Tak payah nak melibatkan orang lain !"
"Nash,tu anak Nash kan ?" soal Fatma.
"Ibu !Tu bukan anak Nash lah !Kitaorang tak pernah berkahwin !Macam mana Nash nak mengaku dia anak Nash sedangkan Nash tak pernah berkahwin !" tegas Nashriq lagi.
"Tak payah lah berpura-pura." kata Afiya.
"Mak nak Nash dan Afiya berkahwin." kata Khadijah.
"Habistu Ell macam mana ,mak ?" soal Nashriq.
"Mak nak Ell dan Afiya bermadu dan Nash jalankan tanggungjawab Nash sebagai suami dan ayah kepada Viena."
Airmata Ellaina mula bergenang di kelopak matanya.Bermadu ?Bermadu dengan sepupu sendiri ?Tidak !!
"Ell tak rela bermadu dengan Kak Fiya." kata Ellaina.
"Kalau macam tu Nashriq kena ceraikan Ellaina !" putus Khadijah.Kali ini air mata Ellaina jatuh berderai di pipinya.
"Selagi Nash bernyawa,selagi tu lah Nash takkan ceraikan Ell dan berkahwin dengan Fiya.Nash ikhlas sayang dan cintakan Ell.Ell adalah hadiah daripada Allah untuk Nash.Sampai bila-bila pun Nash akan jaga Ell .Nash takkan sesekali jatuhkan lafaz talak pada Ell semata-mata untuk perempuan gila macam Afiya !Walaupun Huda sedar dari koma sekalipun,Ell akan tetap jadi isteri Nash.Tiada sesiapa yang boleh pisahkan kami melainkan Allah ."
"Kalau betul tu anak Nash,buktikan.Kita buat DNA." kata Nashriq.Mata Afiya terbeliak.
"Tak boleh !"
"Kenapa ?Sebab kau takut segala 'drama' kau ni terbongkar ?"
Afiya terdiam.
"Jangan jadi perempuan bodoh semata-mata demi cinta,Afiya." kata Nashriq.
"Aku cabar kau buat DNA ." kata Nashriq.
"Kenapa awak susah sangat nak mengaku dia anak awak ?"kata Afiya.Dia memulakan dramanya.Afiya merayu-rayu di hadapan Nashriq sambil menitiskan air mata.
"Nash,mak mintak tolong sangat..kesian kan lah Fiya dan Viena tu.."
"Mak,ibu..kan Nash dah cakap.Kita buat DNA.Tapi perempuan ni tak nak.Apa maksud dia ?Maksudnya dia ni penipu !"
"Saya tak tipu !!"
"Kalau kau tak tipu kenapa kau taknak buat DNA ?!Jawab lah !" tengking Nashriq.
"Nash dan Ell dah penat nak layan semua ni."kata Nashriq.
"Nash akan bawak Ell pergi jauh dari sini.Nak tenangkan fikiran.Tolong jangan ganggu kami." pinta Nashriq.Dia terus menarik tangan Ellaina dan keluar dari rumah.
SHELLA mendengus kasar.Dia merebahkan tubuhnya di atas katil.Shella dan Aidil baru sahaja selamat bernikah di pejabat agama.Dia berkahwin dengan Aidil pun bersebab,bukan sebab cinta atau sayang.
"Sampai bila kita nak duduk kat sini ?" soal Shella.
"Kenapa ?Sayang tak suka ?"
"Mestilah !Not my level okay !"
"Habistu sayang nak duduk kat mana ?"
"I nak kita tinggal kat kondo mewah.Kat sini panas lah.Tak ada aircond.Panas tau tak !" bentak Shella.
"Kalau macam tu nanti I akan suruh orang pasang aircond kat rumah kita ni eh."
"I tak nak !Rumah You ni sempit lah !You tak faham bahasa ke ?!"
"Tapi...I tak mampu nak beli rumah kat kondo mewah.Kalau kat flat ni tak apa lah."
"You dah lupa ke apa yang You janji kat I haritu ?"
"You akan tunaikan semua permintaan I ..so ni lah permintaan pertama I.Kalau permintaan pertama pun You tak boleh bagi,baik kita cerai je !"
"Sayang...kita kan baru je kahwin,kenapa cakap pasal cerai ni ?"
"So,tunaikan permintaan I kalau You taknak I tinggalkan You lagi sekali." kata Shella.
"Please sayang,I tak boleh hidup tanpa You.I boleh mati kalau tak ada You,sayang !" Aidil memegang erat jari jemari Shella.
"So,tunaikan lah !Secepat mungkin !I tak suka tinggal kat sini.Faham ?"
Aidil mengangguk lemah.Manakala Shella sudah tersenyum sinis.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...