14

1.4K 62 1
                                    

SALLY  memandang jarum jam yang menunjukkan pukul 1 pagi.Dia tetap menunggu suaminya balik walaupun harapannya itu agak tipis.Sally mahu mendengar sendiri penjelasan dari suaminya tentang majlis perkahwinan besar-besaran suaminya dan Shella si pontianak tu.

Berani sungguh suaminya berkahwin senyap-senyap dengan Shella tanpa pengetahuannya.Dan lebih menyakitkan hati,Rahim mengambil duit syarikatnya sendiri yang berjumlah RM 500,000 untuk mengadakan majlis kahwin mewah.

Kali ini Sally benar-benar sakit hati dengan suaminya.Dia mahu merancang sesuatu untuk menjatuhkan lelaki itu.Biar dia sedar langit itu tinggi ke rendah.

Pintu rumah ditolak.Sally pantas menoleh ke arah pintu.

"Eh ayang!Tak tidur lagi?" soal Rahim.

"Tunggu abang balik."

"Kalau ayang ngantuk,ayang tidur lah dulu.Sian ayang.."

"Ayang,jom lah tidur.Abang dah ngantuk ni,penat." Rahim tersengih.Sally merenung tepat anak mata suaminya.

"Penat layan tetamu ramai ye ?Maklumlah majlis kahwin besar-besaran kan!Mesti ramai orang!" sindir Sally.

Rahim tercengang.Dia mula gugup.Aik?Dia tahu ke?

"Apa ayang cakap ni?"

"Seronok dapat bini muda?" soal Sally sambil tersenyum sinis.

"Ish ayang ni!Masa bila abang ada bini muda?" Rahim pura-pura ketawa.

"Alamakkk dia buat-buat tak tahu pulak!" gumam Sally.

"Berani kan abang kahwin dengan betina tu dalam diam?!"

"Ayang ni tak baik fitnah orang tau!" kata Rahim,masih tak mahu mengaku.

"Abang tahu tak ayang ni banyak spy!Tak kisah lah abang kahwin kat ceruk mana pun,spy ayang tetap ada memerhatikan abang!"

"Mana ada abang kahwin lain!" tegas Rahim.

"Habis tu ni apa?!Gambar kahwin roh abang?!" Sally mencampakkan 3 keping gambar kahwin suaminya dan Shella.

Rahim terdiam.Sudah kantoi ma...

"Hah?!Tak nak mengaku lagi?"

"Abang takut ayang marah."

"Memang aku marah lah!Kau tipu aku hidup-hidup.Sudah lah guna duit syarikat kau sampai RM 500,000 untuk buat majlis besar-besaran!Tu pun tak sedar duit tu pun aku yang bagi!!Sedap-sedap dia buat belanja kahwin!Ingat aku ni apa?!Bank untuk kau sepanjang hayat?" Sally mengamuk.Habis panggilan sweet-sweet dengan suaminya kini hilang.Hanya kau-aku sahaja.

Rahim tersentak.Kalau dia melawan,konfem kena halau!

"Ayang..jangan lah tinggi suara macam ni!"

"Aku ni dah banyak bersabar tau dengan kau!"

Tiba-tiba bodyguard Sally membawa masuk Shella ke dalam rumah.Shella meronta-ronta untuk dilepaskan apabila kedua-dua tangannya dipegang erat bodyguard Sally.

"Eh kau lepaskan bini aku!" kata Rahim

"Tak payah!" kata Sally.

"Berani abang bawak balik betina ni!"

"Ala ayang,sehari je." rayu Rahim.

"Halau dia!Campak je kat mana-mana!" arah Sally.

"Ayang !Please...jangan lah halau Shella."

"Eh ini rumah aku!Aku yang berhak buat keputusan!"

"Shella mengandung,ayang!Anak tu anak abang." rayu Rahim.

Dahi Sally berkerut.Shella mengandung?

"Tak payah nak auta aku lah!Korang berdua baru kahwin 2 hari!Takkan lah semalam buat hari ni terus mengandung!" sindir Sally lagi.

"Shella mengandung 3 minggu.Sebelum kami kahwin lagi." tunduk Rahim lalu dia memandang Shella.

Sally ketawa sinis.

"Wow amazing!So,anak dalam perut dia tu anak luar nikah lah?"

"Ayang jangan lah cakap macam tu.Kesian lah kat Shella.Anak dia tu anak ayang jugak." pujuk Rahim.

"Anak aku?Heyy memang tak lah!Aku mana ada anak tiri luar nikah!"

"B,cepat lah!Honey dah ngantuk ni." Shella memuncungkan mulutnya.

Rahim memandang Sally.Dia melutut di kaki Sally.

"Ayang,tolong lah bagi abang dan Shella tidur kat sini sehari je.Please..."

Shella melopong.

"B,kenapa B melutut kat kaki dia?Ni kan rumah B!" jerit Shella.

"Oi perempuan bodoh,ni rumah aku!Atas nama aku,guna duit aku!Sedap-sedap je cakap ni rumah suami dia"

Shella terdiam.Malu.

"Ayang..tolong lah..abang merayu kat ayang.Abang janji kalau ayang bagi Shella bermalam kat sini,abang akan ikut semua arahan ayang.Abang janji." Rahim mengangkat tangan seperti seseorang berikrar.

Sally tersenyum.Peluang...

"Okay.Shella boleh tidur kat sini.Tapi bukan kat bilik tetamu." kata Sally.

"Habis tu kat mana?!" jerit Shella.

"Kau diam!" kata Sally.

"Aku nak kau dan Shella tidur kat bilik mak Enab.Mak Enab,pergi ambil barang Mak Enab lepas tu pindah kat bilik tetamu.Biar perempuan tu tidur kat bilik bawah." kata Sally.

"Kau ingat aku maid ke?" kata Shella.

"Diam!Nasib aku bagi kau bilik tu,kalau aku suruh kau tidur kat luar?"

Shella diam.Tak mampu nak melawan lagi.Lagipun itu bukan rumah suaminya tetapi rumah madunya.Bila-bila masa je dia boleh di halau.





"Ell,Ell okay ?" soal Fatma.

Ellaina tersenyum ceria.

"Ell okay.Kenapa,ibu?"Ellaina menyoal kembali.

"Nash layan Ell okay tak?" Fatma merenung lama wajah menantunya.

Ellaina terdiam.Namun dia masih tersenyum.

"Er..okay!Abang Nash baik sangat dengan Ell." puji Ellaina walaupun hakikatnya apa yang dikatakan Ellaina itu tidak pernah terjadi.

Fatma terharu.Sebenarnya dia nampak layanan Nashriq terhadap Ellaina bagaimana.Dia ternampak Nashriq tidak menyambut huluran tangan Ellaina ketika gadis itu mahu menyalami tangan suaminya.Fatma sedih melihat layanan Nashriq terhadap Ellaina sebegitu.Kerana itu lah dia bertanya kepada Ellaina.Namun,dia tidak menyangka Ellaina sebaliknya memuji suaminya baik walaupun baru sebentar tadi dia dilayan 'buruk' oleh suaminya.

Malah,Nashriq juga menggunakan panggilan 'aku' dan 'kau' ketika berbual dengan Ellaina.

"Ell,ibu tak pernah jumpa perempuan yang sebaik Ell,yang setabah Ell.Ibu harap Ell sabar ye.Ibu yakin Ell boleh buka hati Nash."

Ellaina mengerutkan dahinya.

"Kenapa ibu cakap macam tu?Abang Nash layan Ell baik lah.Tak ada pun yang berlaku."

Fatma mengusap lembut pipi Ellaina.

"Ibu nampak,Ell.Ibu dah nampak semuanya tadi."

Ellaina terdiam
"Tak apa lah ibu.Ell tak ambil hati pun.Ell akan cuba pikat hati abang Nash ye ibu.Ibu jangan risau tau."

Fatma terus memeluk erat tubuh menantunya.

'Ya Allah,kau bukakanlah hati anakku untuk menerima menantu ku ini sebagai isterinya.'

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now