35

1.6K 54 2
                                    

ELLAINA membuka pintu bilik.Dia melangkahkan kakinya masuk ke dalam bilik dengan perlahan.Tubuh badannya bagaikan tidak bermaya .Sejak kebelakangan ini,dia bagaikan hidup dalam bahagia dan sedih.Sekejap bahagia,sekejap sedih.
Dan dia hairan,mengapa di saat dia dan suaminya di ambang permulaan bahagia..semua ini berlaku ?
Kenapa ?

Dia tidak layakkah untuk bahagia ?Ellaina mengeluh berat.

"Ell !" Nashriq menyergah Ellaina di sebalik pintu dengan niat untuk menyakat isterinya itu.

Ellaina tidak terkejut.Riak mukanya sama.Namun,apabila dia memandang wajah suami yang dicintai,Ellaina mula sebak.Lantas dia memeluk erat tubuh Nashriq.

Nashriq terpinga-pinga.Aku ke yang buat dia menangis ?

"Ell..?kenapa ni ?" Nashriq menggosok lembut belakang badan Ellaina.Isterinya itu teresak-esak menangis dalam dakapannya eratnya.

"Ell sedih."

"Siapa buat Ell sedih ?"

Diam .

Nashriq mendongakkan wajah Ellaina ke atas,muka itu kelihatan amat muram.Penuh dengan 'calar-calar' derita.

"Dalam 7 syarat yang Ell buat tu,kita tak boleh berahsia..."kata Nashriq.

Ellaina sebak lagi.Dia memeluk tubuh suaminya dengan erat.

"Ell tak kuat,abang." kata Ellaina,bergetar suaranya menahan sebak di dada.

"Mak nak abang ceraikan Ell dan kahwin dengan Kak Fiya..."

Nashriq terkejut.Dia segera meleraikan pelukannya dengan Ellaina dan memegang kedua dua belah pipi isterinya itu.

"Apa yang Fiya cakap pada mak dan Ell ?"soal Nashriq.

"Kak Fiya cakap dia pernah berkahwin dengan abang tapi perkahwinan tu tak sah.Dan...dia dan abang ada anak."

Nashriq mengetap giginya.Tubuhnya menggigil menahan geram.Kurang ajar Afiya !

"Ell !Ell percayakan abang kan ?Ell percaya kan abang dan Afiya tak pernah berkahwin ?" soal Nashriq,bertalu-talu kepada isterinya.

"Ell serabut lah,abang !"jerit Ellaina.Kepalanya sakit.

"Ell..abang tak pernah berkahwin dengan dia.Anak pun tak ada."

"Ell percaya abang tapi mak..." Ellaina mengesat air matanya.

"Mak cakap kalau Ell sayang dia,Ell kena suruh abang ceraikan Ell dan kahwin dengan Kak Fiya.Alasannya sebab anak abang dan kak fiya."

"Walau apa pun jadi abang takkan ceraikan Ell."

"Tapi mak macam mana ?Ell taknak Mak benci Ell sebab semua ni !"

"Mungkin sampai sini je perkahwinan kita." kata Ellaina.

"Ellaina Maisarah !"Nashriq merenung tajam mata isterinya.

"Abang taknak ceraikan Ell sampai bila-bila."

"Tapi nanti bila kak huda sedar,Ell tetap kena cerai."

"No.Ell tetap akan jadi isteri abang sampai akhir nyawa abang."

Ellaina memandang suaminya.Apa maksud dia ?

"Kenapa ?!Abang bukan cintakan Ell pun !Kita kahwin pun bukan atas dasar cinta !"

"Yes.Tu dulu.Kalau dulu mungkin abang tak cintakan Ell... Tapi sekarang abang dah mulakan cintakan Ell."

"Abang sayang Ell .Abang cintakan Ell.Sebab Ell ,abang jadi happy balik.Sebab Ell,semuanya berubah.Ell hadir tepat pada waktu abang jatuh .Dan Ell juga lah salah seorang wanita yang setia berada dengan abang sedaya upaya kembalikan keceriaan abang.Dalam hati abang,ada nama Ell." Nashriq membawa tangan Ellaina ke dadanya.

Ellaina tergamam.Cinta ?Sayang ?

"Tak !!!Abang tak boleh cintakan Ell !Ell taknak jadi perampas !Ell setuju jadi isteri abang pun sebab Alya !Sebab ibu!Bukan sebab mengharapkan cinta dari abang."

"Ell tak rampas abang dari sesiapa pun.Allah hadirkan Ell dalam hidup abang bersebab.Ada hikmah."

"Ell cintakan abang ?"

Ellaina mengangguk sambil tersenyum.Airmatanya menitis lagi.

Nashriq mendakap erat tubuh Ellaina.

"Abang ikhlas sayangkan Ell.Abang janji,abang takkan ceraikan Ell.Ell tetap akan jadi isteri abang sampai bila-bila." kata Nashriq.




"FIYA, ni lah Fatma,ibu Nashriq." kata Khadijah.Dia memperkenalkan Fatma kepada anak saudara kesayangannya itu.

Fatma memandang Afiya dari atas ke bawah.Wanita yang mendakwa pernah berkahwin dengan anaknya .Sejujurnya,dia tidak menyukai Afiya.

"Betul ke awak pernah berkahwin dengan anak saya ?"

Afiya mengangguk.

"Awak cakap,awak dan Nashriq ada anak hasil perkahwinan tu.So,mana anak tu ?"

"Ada.Nanti saya panggilkan dia." kata Afiya.

Apabila melihat Afiya bergegas masuk ke dalam bilik dan memanggil seseorang,Fatma menjadi tidak sedap hati.Macam mana kalau anak tu memang betul cucunya ?

Sebaik saja seorang budak perempuan berumur 5 tahun keluar dari dalam bilik,Fatma terus menggigil.Budak perempuan itu datang menghampiri Fatma dan mahu menyalami tangannya.

Tangan Fatma menggeletar mahu menghulurkan tangannya.

"Nama dia ,Viena." kata Afiya.

Fatma mengalihkan pandangannya ke luar.Dia tidak sanggup melihat wajah budak itu.Dia bagaikan tidak percaya budak perempuan itu adalah cucunya.

Fatma memejamkan matanya rapat-rapat.

'Sampai hati Nash buat ibu macam ni.'


_________________,,,,,,,______________

Omg...anak siapa pulak tu ?Betul ke Viena tu anak Nashriq dan Afiya ?

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now