ELLAINA mengeluh kasar.Berat!Dia melengahkan lagi langkah kakinya itu.Dia bersedia untuk berperang mulut tak lama lagi.Pelbagai perasaan yang Ellaina rasakan,ada benci,ada marah,ada sedih dan kecewa.Siapa je yang tak kecewa apabila kawan baik sendiri rupa-rupanya dalam diam bercinta dengan tunangnya!
Dasar pengkhianat!!!!
Ellaina tidak faham dengan perangai Shella.Setahunya,Shella adalah bakal isteri kepada Dato'Rahim Abdullah,bekas majikannya dahulu.Ellaina semakin pelik!Bakal suami punya lah kaya raya,tapi yang dia nak jugak tunang orang!Manusia jenis apa dia ni ?
"Ada apa nak jumpa aku?" soal Ellaina tanpa memandang wajah Shella.Menyakitkan hati betul!
"Amboi!Bagi lah salam dulu darling..." Shella menjeling manja.Ellaina makin meluat!
"Eh cakap lah cepat!Kau ingat aku ada masa ke nak layan pengkhianat macam kau ni." sindir Ellaina.Dengan Shella,memang kena sindir depan-depan!Biarkan!
"Alah kau ni!Kau marahkan aku ke?" soal Shella,bodoh.Memang bodoh pun!
"Perempuan bodoh je lah yang duduk diam bila dapat tahu kawan baik bercinta dengan tunang sendiri!"
"Aku akan tinggalkan Aidil.So,kau tak payah lah marah eh."
"Asal kau nak tinggalkan dia?Alang-alang tu pergi lah nikah terus.Aku pun dah tak ingin nak kahwin dengan dia!" kata Ellaina.
"Aku cakap baik-baik dengan kau,tapi kau cakap kasar dengan aku!Apa masalah kau hah?!"serta merta Shella bangun.Nak gaduh?Hah meh meh!
"Aku tak boleh lah nak cakap lembut-lembut,baik-baik dengan perampas macam kau ni."
"Eii jaga mulut kau sikit eh!"
"Kenapa kau bercinta dengan tunang aku?Dah tak ada lelaki lain ke?Setahu aku,kau kan bakal isteri bekas majikan aku dulu."
"Semua ni salah kau!Bukan salah aku !" kata Shella.Ehh dia salahkan kita lah!
"Hah?Apa maksud kau?Cuba cakap.Kenapa kau cah.kap ni salah aku?"
"Kau selalu ajak aku temankan kau dating dengan Aidil.So,Aidil pun terpikat lah dengan aku.Sama macam aku!Tambah pulak,aku ni lagi lawa dari kau!" kata Shella.
Eii perasannya!
Ellaina diam seketika.
IMBAS KEMBALI....
"Mana Boyfriend kau ni!Lambat lah.Dah 1 jam kita tunggu tau." keluh Shella.
"Jalan jem lah tu."
Ellaina mengeluh kasar.'Mana Aidil ni?'
Tiba-tiba matanya terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang segak sedang berjalan menghampiri mereka berdua.Dan lelaki itu ialah AIDIL!
"Sayang,sorry lambat.Jalan jem tadi." kata Aidil.
"Hm ye lah."
Aidil terpandang wanita yang berada di sebelah Ellaina.Cantik...Dia tersenyum.
"Ohh!Ni kawan saya.Saya suruh dia temankan." kata Ellaina.Mata Aidil masih merenung wajah Shella.Tepat ke matanya!
"Awak!" panggil Ellaina sambil menepuk bahu Aidil.
Aidil tersedar lalu tersenyum.
"Nama apa?" soal Aidil.
"Shella." jawab Shella sambil tersipu-sipu malu.
'Hensem jugak Aidil ni.'Shella tersenyum sendiri.
"Hari ni saya nak belanja korang berdua.Baru dapat gaji la katakan.." kata Aidil.
"Ok cun!" kata Ellaina sambil ketawa kecil.
"Jom!" Aidil menarik tangan Ellaina dan berjalan sambil berpegangan tangan.Ternyata Shella cemburu.
"Untung lah ada boyfriend hensem and sweet!Bukan macam boyfriend aku,dah lah tua!Tak sweet pulak tu!" gumam Shella.
Tanpa sedar,Aidil menoleh ke belakang dan melemparkan senyuman lebar kepada Shella.Shella jadi tidak keruan.Waktu itu,Shella sudah terpikat dengan Aidil!
Sepanjang bertemankan Ellaina dan Aidil,Shella menjadi rimas.Dia rimas kerana cemburu.Aidil melayan Ellaina bak bidadari.Semua barang yang diinginkan Ellaina,pasti Aidil akan membayarnya dengan duit sendiri.Aidil juga sangat romantik ketika melayan karenah Ellaina.
Ergh!Aku cemburu!
"Awak,saya nak pergi tandas tau." kata Ellaina.
Shella dan Aidil tinggal berdua di luar hadapan tandas.Aidil menjeling Shella dan tersenyum.Dia menghampiri Shella.
"Hai!" tegur Aidil.
"Hai." balas pula Shella.
"Awak nampak cantik harini." puji Aidil.
"Lagi cantik dari kekasih hati awak?" soal Shella.Aidil mengangguk.Shella tersenyum riang.
"Untung lah Ell dapat boyfriend hensem and romantik macam awak!"
"Awak tak ada boyfriend ke?"
Shella menggeleng.
"So,single lah ni?"
"Yes!Why?Nak try?" Shella tersenyum.
"Lelaki mana je taknak try perempuan cantik macam awak ni!"
"My number phone." Shella menghulurkan sekeping kad kepada Aidil.
"Shella Jessyca.Sedap nama..." puji Aidil lagi.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...