MAJLIS perkahwinan Shella dan Rahim diadakan secara besar-besaran di kampung Shella.Penduduk kampung yang menghadiri majlis Shella dan Rahim semuanya teruja dan pertama kali melihat majlis kahwin mewah dan meriah di kampung mereka.
Apa lagi,mula lah makcik-makcik bawang menjalankan tugas mereka!Bawang rengers!
"Kau tau tak nama sebenar si Shella tu Rashilah!Bukan Shella!Tapi berlagak pakai nama macam orang putih!" kata Marliah kepada rakan-rakannya yang lain.
"Biasa lah tu!Nak glamour!Dia kan duduk kat KL.Malu lah nak guna nama Rashilah tu.Hahahah."
"Tapi ada lagi yang panas tau!Naik suhu termometer kampung kita ni!" kata pula Rafeah.
Semua ternanti-nanti apa yang dimaksudkan Rafeah itu.
"Sebenarnya,Rahim tu suami orang!Maknanya,si Shella tu bini nombor dua!"
Semua ahli bawang rangers di situ menekup mulut.Terkejut!Patut lah tua semacam!
"Rahim tu dulu biasa-biasa je.Tapi lepas dia kahwin dengan anak jutawan yang nama Salina tu,terus Rahim tu hidup kaya raya.Dia ada syarikat tapi syarikat dia pun Salina yang tanggung!Ni ada hati tambah lagi satu.Agak-agaknya kalau Salina tu tarik balik semua harta dia kat Rahim tu,siapa lah nak tanggung Shella tu kan?Alamatnya Salina lah yang kena tanggung suami dia dan madu dia!"begitu kusyuk sekali Rafeah bercerita.
"Shella tu memang gatal sungguh kan?Laki orang pun nak caras!Dia tak sedar laki dia tu madu dia yang sara!Kalau laki dia jatuh,dengan dia-dia sekali jatuh."
"Betul!" setuju ahli bawang rangers yang lain.
"Tapi,aku dengar si Rahim tu memang playboy!Masuk kali ni,dah lebih sepuluh kali dia kahwin.Tapi semua tak tahan lama.Lepas tu dia cerai macam tu je!"
"Memang padan lah si Shella dengan Rahim tu!Dua-dua gatal miang!"
"Nanti kalau diorang bercerai,aku nak jugak pergi temu ramah dia.Hahahah." ketawa Rafeah.
Shella yang mendengar perbualan panas itu menambahkan lagi hatinya yang panas membara itu!
"Amboi!Sedap mengata aku ya!" marah Shella.Ahli bawang rangers terdiam.Ada yang ketawaa dan tersengih-sengih.
"Patutnya tadi aku suruh rela tu halau korang semua!Muka-muka macam ni tak layak lah datang majlis aku yang grand ni!" sindir Shella.
Ada diantara ahli bawang rangers sudah mula buat muka menyampah.Sembang....
"Korang jangan sampai one day aku beli tanah korang baru tau!Masa tu merempat kat kubur!Jangan datang melutut kat aku sudah!"
"Jangan berlagak sangat Shella.Takut-takut kau yang datang melutut kat kami sebab masa tu kami akan sebar cerita kau yang dah jadi janda tu!"
Mereka ketawa beramai-ramai.
Shella makin panas.Cepat-cepat dia beredar dari situ.
"KAU kerja tak hari ni?" soal Nashriq.Ellaina hanya menggelengkan kepalanya.
"Kenapa bang?" soal Ellaina pula.
"Aku busy hari ni.Ada temu janji dan meeting dengan syarikat lain.Kau boleh pergi hospital tak?Tengok-tengokkan Huda." kata Nashriq.
"Boleh je.Abang balik pukul berapa ?"
"Malam kot.Kalau kau nak makan,makan je.Tak payah tunggu aku.Faham?"sekilas saja Nashriq memandang Ellaina.
"Abang,Ell nak tanya sikit boleh?"
"Apa?" kata Nashriq sambil membetulkan tali lehernya.
"Kenapa abang dengan ibu selalu temankan kak huda kat hospital?"
Nashriq merenung lama muka isterinya itu.Isteri atas kertas saja!
"Kalau kau nak taknak pergi,tak payah.Aku suruh ibu je."
"Eh tak!Bukan maksud Ell macam tu!Ell tanya je." Ellaina menunduk.
Nashriq mengeluh.
"Aku taknak Huda rasa sunyi.Walaupun dia koma,dia boleh dengar apa yang kita cakap.Sebab tu aku selalu bersembang dengan dia.Faham?"
Ellaina mengangguk faham.
Setelah memastikan dirinya kemas dan segak,Nashriq mengambil telefon canggihnya dan memasukkan ke dalam poket.
"Abang nak breakfast?"soal Ellaina.
"Taknak.Aku dah lambat."
Ellaina mahu menghulurkan tangannya untuk menyalami tangan suaminya.
Namun Nashriq tidak menyambut huluran tangan isterinya.
"Take care abang!" jerit Ellaina.
Ellaina agak sedih dengan tindakan Nashriq tadi.Minta-minta lah ibu mertuanya tidak saksikan situasi tadi.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...