22

1.5K 59 1
                                    

ELLAINA menyusun pinggan-pinggan dan mangkuk yang berisi lauk untuk dihidangkan di atas meja untuk makan malam.Fatma hairan melihat gelagat Ellaina yang tiba-tiba sahaja ceria hari ini.Tiba-tiba saja memasak sambil menyanyi.Seolah-olah ada perkara gembira pula !

Jangan-jangan,menantu aku mengandung tak ?Fikir Fatma sambil tersenyum.Alangkah bahagianya dia jika berita itu menjadi realiti.Terasa rindu mahu memandikan bayi.

"Amboi,happy nya !" tegur Fatma.

Ellaina tersengih.

"Ell mengandung ye ?" soal Fatma sambil memegang perut Ellaina.

Ellaina melopong seketika dan dia ketawa akhirnya.

"Ish ibu ni!Kesitu pulak!"

"Ye lah ibu tengok Ell happy je.Tak macam selalu."

"Nanti ibu tahu lah." kata Ellaina sambil mengenyitkan matanya.

"Assalammualaikum !"

"Waalaikummusalam! " jawab Ellaina dan Fatma.

"Eh,awalnya abang balik."

"Kan sayang cakap sayang masak makanan favourite abang malam ni.Tu yang abang balik awal !" kata Nashriq.

Fatma memandang Ellaina dan anaknya silih berganti.Betul ke ni ?Aku mimpi ke ?Atau ni memang realiti ?

"Okay,jom makan.Tapi Ell nak pergi panggil Alya kejap.Abang dan ibu duduk sini dulu okay?"

"Tak payah.Biar abang panggil dia." kata Nashriq.

Sebaik saja memastikan Nashriq sudah sampai ke tingkat atas,Fatma mencuit tangan menantunya.

"Korang berdua dah okay ke ?"soal Fatma dengan gembiranya.

Ellaina mengangguk laju sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa ibu."

"Alhamdulillah.." ucap Ellaina.

Walaupun hakikatnya,itu hanya lah lakonan.Dia yang menyuruh Nashriq memanggilnya dengan panggilan 'sayang' untuk menambahkan lagi keyakinan ibu mertuanya.

Maafkan Ell ibu !




"ALYA,bukak pintu kejap." panggil Nashriq sambil mengetuk pintu bilik anaknya.

Alya membuka pintu.Dia terkejut melihat papanya berdiri di hadapan pintu.Dia takut kalau-kalau lelaki itu mahu memukulnya lagi.

Nashriq melutut di hadapan Alya.Dia menciun dahi Alya secara tiba-tiba.Alya hairan.

"Maafkan papa,sayang."

Rasa kegembiraan mula dirasai Alya.Dia terkaku sebaik mendengar lelaki yang selalu memakinya,memukulnya mengucapkan perkataan MAAF hari ini.

"Alya dah lama maafkan papa."

"Papa janji,papa takkan marah-marah dan pukul Alya lagi.Papa janji papa akan sayang Alya sampai bila-bila." kata Nashriq sambil menarik Alya ke dalam dakapannya.

"Alhamdulillah..." ucap Alya dalam diam.

"Jom kita turun bawah !" Dia mendukung Alya semasa menuruni anak tangga.Berlinang air mata Fatma melihat anak dan cucunya yang kini sudah rapat dan tidak lagi dingin seperti dahulu.

Ellaina mencedokkan nasi ke atas pinggan dan meletakkan lauk kegemaran Nashriq di atas nasi itu.Dia menyuruh suaminya merasai makanan yang dimasaknya itu sama ada sedap atau sebaliknya.Nashriq menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Dia diam seketika.

"Kenapa ?Tak sedap ke ?" soal Ellaina.

Nashriq hanya menggelengkan kepalanya.

"Terlebih sedap !!" kata Nashriq.Lega hati Ellaina.

"Mommy kalau masak tak pernah tak sedap !" kata Alya pula.

"Sebab tu Tokma nak Alya belajar memasak dengan mommy.Nanti boleh Alya pulak yang masakkan makanan favourite papa." kata Fatma.

"Okay guys,disebabkan papa penat sangat kerja.Papa nak rehat.So,kita pergi bercuti !" kata Nashriq dengan girang.

"Yeayyy !!!!!"jerit Alya.Dia tak pernah merasakan detik-detik gembira seperti hari ini.Dan hari ini adalah hari yang paling bermakna buatnya.

"Tapi,kita nak pergi mana ?" soal Ellain.

"Langkawi lah !Sebab haritu Alya pernah ajak papa pergi bercuti kat langkawi kan ?"

"Yeayyy !Nanti boleh lah Alya beli hadiah kat kawan-kawan Alya !"

Fatma terharu melihat anak,menantu dan cucunya.Dia gembira melihat anak tunggalnya kini kembali ceria dan gembira seperti dahulu.Fatma bersyukur kerana semenjak Ellaina hadir di dalam rumah itu,segala derita telah berubah menjadi sebuh kegembiraan .Dan dia berharap kegembiraan itu kekal dan kukuh sampai bila-bila walaupun apabila Huda sedar dari koma nanti.

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now