"YEAYY langkawi !!!!" jerit Alya sebaik sahaja mereka sekeluarga sampai di airport antarabangsa Langkawi.Hanya mereka berempat sahaja dapat pergi,pada mulanya Nashriq juga mempelawa Khadijah namun wanita itu tidak dapat turut serta kerana ada majlis yang dianjurkan kelab NGO yang memerlukannya hadir juga.
"Papa,kita pergi bergambar dekat burung helang yang besar tu boleh tak ?" soal Alya,teruja.
"Boleh.Tapi kita kena pergi hotel dulu sebab nak letak barang-barang kita ni."kata Nashriq.
"Yeayy !Tak sabarnya !!!" jerit Alya.
Dengan menaiki kereta sewa yang telah disewa oleh Nashriq,mereka berempat bergerak ke hotel yang ditempah beberapa hari sebelum mereka ke sini.Nashriq memilih hotel The Ritz-Carlton Langkawi,hotel 5 bintang untuk didiami sementara mereka bercuti di Langkawi.Dia memilih hotel tersebut kerana cadangan-cadangan daripada staf syarikatnya yang mengatakan hotel tersebut amat memuaskan hati pengunjung kerana layanan yang baik dan kawasan hotel yang cantik dan menarik terutamanya suasana pada waktu malam.
"MasyaAllah cantiknya !" kata Ellaina.
"Harga pun cantik." bisik Fatma kepada Ellaina sebelum mereka ketawa.
Nashriq menempah dua bilik.Ellaina bagaikan seperti masuk ke dalam syurga apabila melihat keluasan dan keindahan di dalam bilik itu.Satu bilik pun dah macam dua bilik !Teramatlah cantik !Patut lah harga pun sama cantik.
Setelah mereka puas berehat dan menyusun segala barang dan pakaian,mereka sekeluarga bergerak pula ke tempat yang Alya mahu pergi.
Orang kata kalau datang ke Langkawi,tapi terlupa mahu bergambar dengan arca burung helang yang terkenal itu,memang wajib patah balik !
"Papa,mommy jom lah bergambar dengan burung helang besar tu !" ajak Alya.Dia menarik tangan Ellaina dan Nashriq.
"Hah betul tu.Alang-alang dah ada kat sini,pergi lah bergambar anak beranak kat situ.Meh ibu ambikkan gambar." kata Fatma.Lantas dia menyuruh anak dan menantu serta cucunya bergambar di arca burung helang itu.
Setelah Alya sudah puas bergambar,dia terus berlari ke arah tokmanya,lalu dia membisikkan sesuatu.
"Tokma suruh lah papa dan mommy bergambar berdua.Baru sweet !" kata Alya sambil menutup mulutnya.
Fatma tersenyum lebar.
"Eh Nash !Apa kata korang berdua pulak ambik gambar berdua!Bukan selalu." kata Fatma lagi.
"Eh tapi..-" kata Ellaina.
"Jom je lah." Nashriq menarik tangan Ellaina.Dia tergamam.
Dengan berlatar belakangkan arca burung helang,Fatma mengambil gambar Nashriq dan Ellaina menggunakan telefon milik anaknya itu.Namun dia menyedari sesuatu yang tidak lengkap disitu.
"Macam tak mesra je." kata Fatma.
"Ehem.Rapat sikit." kata Nashriq sambil memandang Ellaina.
Ellaina merapatkan tubuhnya dengan Nashriq.Dan secara tiba-tiba Nashriq melingkarkan tangannya di pinggang ramping Ellaina.
"Agak-agak lah abang ni pun." kata Ellaina dengan perlahan.Sungguh,dia berasa tidak selesa.Janggal !
"Baru lah nampak sweet sikit." kata Nashriq.Ellaina menjeling.
1 2 3 klik !
Sejujurnya,Ellaina berasa sangat berdebar apabila Nashriq memeluk erat pinggangnya.Jantungnya berdegup laju bagaikan baru saja lepas berlari maraton.Dia takut jika dia terjatuh hati sekali lagi kepada suaminya.
Eh salah ke jatuh hati dengan suami sendiri ?Tak salah tapi tak mahu terlanjur sayang,takut nanti terpaksa lepaskan.Walaupun dia sah milik aku,tapi hati dia belum sah untuk aku.Aku hanya isteri nombor dua,bila-bila masa je boleh diceraikan lagi-lagi apabila madunya sedar dari koma.
Ellaina merintih sendiri.
TELEFON miliknya dicampakkan ke atas lantai sebaik saja gambar bekas tunangnya bersama seorang lelaki muncul di skrin telefon miliknya.Aidil menjerit sekuat hatinya untuk melepaskan geram.
Dia bertambah geram apabila membaca caption yang ditulis oleh Ellaina .
Ell.sera_
(Gambar)
Caption: Bergambar dengan cik suami ☺
"Kenapa Ell ???Kenapa ??" Aidil meraung.
"Awak milik saya seorang je Ell !"
Aidil menumbuk dinding biliknya.Hatinya panas.Geram !
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...