"JADI,anak kau tak jadi kahwin lah?" Fatma menutup mulutnya.
Khadijah mengangguk perlahan.Lalu,tangan Fatma menepuk perlahan bahu Khadijah.
"Sabar ya Jah.Mungkin bukan jodoh mereka." pujuk Fatma.
"Aku okay je hadap semua ni.Aku tak malu pun dengan apa yang jadi.Orang mengata ke,aku tutup je telinga.Masalahnya sekarang ni,anak aku tu.Aku kesian kat dia." Khadijah menunduk.
"Nak buat macam mana kan.Ini semua dah ditentukan Allah.Kita tak boleh nak halang."
"Kau tau tak,kawan baik Ell tu bercinta dengan bekas tunang Ell?Diam-diam pulak tu.Selama ni diorang tipu anak aku hidup-hidup!Sakit hati aku!Ikutkan hati,aku nak serang je Shella tu.Tapi anak aku lah yang halang.Dia tak nak perbesarkan lagi masalah ni."luah Khadijah pada Fatma,kawan baiknya sejak zaman sekolah.
"Aku pun dengar banyak sangat cerita pasal si Shella tu.Kalau kau nak tahu,dia tu bakal isteri pemilik Syarikat Hijau Bumi Sdn.Bhd,Dato'Rahim Abdullah.Dia dah ada isteri tau.Yang peliknya,kenapa lah dia tu tergamak bercinta dengan bekas tunang anak kau tu sedangkan bakal suami dia tu lagi kaya raya."
"Dia nak kahwin dengan Dato' tu sebab harta lah." kata Khadijah.
"Anak kau macam mana?Okay ?"soal Khadijah.
" Hm,macam tu lah.Sama macam mula-mula Huda koma dulu.Murung je.Asyik menangis bila tengok muka isteri dia.Dan sampai sekarang,dia masih tak boleh terima Alya sebagai anak dia."
"Aku sedih,Jah.Aku sebagai mak tak mampu nak buat apa-apa untuk Nash terima Alya."kata Fatma.
"Kau kena banyakkan doa agar dia boleh terima Alya.Aku yakin nanti hati dia pasti akan terbuka juga untuk terima Alya.Cuma,ego dia yang tinggi."
"Aku ingat nak kahwinkan dia dengan mana-mana gadis yang belum berpunya." kata Fatma.Khadijah terkejut.
"Nash tau tak?Dia boleh terima ke?Kau jangan terburu-buru tau buat keputusan.Kau kena fikir juga perasaan dia."
"Dia tak tau.Aku cuma nak dia happy.Tak salah kan kalau dia kahwin lagi satu?" soal Fatma.
"Tapi,macam mana kalau satu hari Huda bangun dari koma?Dan dia dapat tahu Nash dah kahwin dengan perempuan lain tanpa pengetahuan dia." Khadijah menduga.
"Tak boleh ke kalau kita rahsiakan?Aku nak anak aku happy.Tu je,Jah."
"Apa pun yang kau buat,aku sentiasa sokong kau."kata Khadijah.
"Aku ingat,aku nak jodohkan anak aku dengan anak kau,Ell." kata Fatma dengan nada suara yang perlahan.Khadijah terkejut.
"Aku kenal Ell tu dari dia kecil lagi.Jadi,aku yakin dia boleh bahagiakan anak aku.Aku tak tahu nak mintak tolong siapa lagi."
Khadijah mengeluh perlahan.
"Aku kena tanya Ell dulu."
"NAK bahagiakan anak dia ?Habistu Ell macam mana ?Ell tak kisah la kalau mak nak kahwin Ell dengan pilihan Mak tapi yang penting bukan suami orang!Mak nak Ell kahwin dengan dia untuk bahagiakan dia,habis tu kebahagiaan Ell macam mana mak?" soal Ellaina bertalu-talu.
"Tapi isteri dia kan koma."
"Kalau dia dah sedar nanti ?Anak kawan baik mak tu akan ceraikan Ell ?Lepas tu Ell akan menjanda ?"luah Ell,tidak puas hati.
"Cikma tu dah banyak tolong family kita.Apa salahnya kalau kita tolong dia pulak." pujuk Khadijah.
"Tapi kenapa Ell ?"
"Sebab perempuan lain semua taknak."
"Memang taknak lah sebab diorang tahu lepas menantu cikma sedar dari koma,mesti diorang kena cerai!"kata Ellaina.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...