NASHRIQ serba salah untuk menerima Ellaina sebagai isteri.Baginya,berkahwin lagi satu akan menghancurkan hati Huda nanti.Dia tak mahu Huda akan fikir dia cepat berubah hati.Hatinya hanya untuk Huda!Bukan untuk perempuan lain.
Lagipun,dia bukannya handal sangat dalam berpoligami ni.Katakan lah satu hari nanti Huda sedar dari koma,bagaimana dia nak berlaku adil?Macam mana dia nak beritahu isterinya bahawa dia sudah berkahwin lagi satu?
"Ibu cuma nak anak ibu happy je.Ibu suruh Nash kahwin dengan Ell bukan sebab ibu tak suka Huda.Ibu sayang Huda tu."
"Ye ibu,Nash tau.Tapi,Nash tak tau lah macam mana berlaku adil.Nash takut nanti kalau Huda tahu,dia mintak cerai macam mana?" soal Nashriq.
"Nanti biar ibu yang terangkan pada Huda.Ibu yakin Huda akan terima."
"Kalau dia tak terima?"
"Nash..ibu nak kamu kahwin dengan Ell bukan untuk kepentingan ibu,tapi untuk Nash.Ibu nak ada orang jaga Alya.Ibu nak ada orang jaga makan pakai Nash." kata Fatma.
Nashriq menundukkan kepalanya.
'Ya Allah!Bantu lah aku!'
"Nash..ibu akan happy kalau Nash happy.Ibu tak sanggup tengok hari-hari Nash menangis.Nash dah tak macam dulu.Mana Nash ibu yang happy,yang selalu ceria,yang selalu usik dan melawak dengan ibu?Mana?Ibu rindu nak tengok Nash macam dulu..." Fatma merayu.Dia memegang lutut Nashriq.
Nashriq terdiam sejenak.Dia berfikir...
Apa salahnya kalau kali ini dia mengikut apa yang ibunya inginkan?Bila dia fikirkan balik,ibunya sudah banyak berkorban menjaga isterinya dan anak kandungnya dikala dia sibuk dengan urusan kerja di luar negara.Ibunya juga sanggup tidak selalu datang menjenguk butiknya semata-mata mahu menjaga isterinya.
Dia juga selalu menengking dan dingin terhadap ibunya sendiri.Walaupun selalu dia bersikap biadap dengan ibunya,wanita yang paling disayanginya itu tidak pernah mengambil hati dan tidak jemu untuk menasihatinya agar berubah.Tidak pernah sesekali ibunya marah balik kepadanya.Malah,ibunya memujuknya dengan lembut.
MasyaAllah...
Allahhuakbar....
Ya Allah...
Banyak sungguh pengorbananmu ibuku...
Akhirnya dia menarik nafas dan...
"Baiklah.Nashriq akan berkahwin dengan Ell." kata Nashriq.
"Betul ni?"
Nashriq mengangguk.
"Terima kasih sayang!" Fatma memeluk tubuh anaknya dengan kuat.Airmatanya mengalir deras di pipi.Air mata itu bukan direka-reka tetapi ikhlas.
'Maafkan abang,sayang!'
"I rasa setakat ni je lah hubungan kita." kata Shella tanpa menoleh ke arah Aidil.
Aidil terkejut.Maksudnya?
"Apa you merepek ni baby?"
"I tak merepek lah!I nak kita putus!"Sekali lagi Shella menjeling tajam Aidil.
"What?!Apa salah I?I tak pernah curang dengan you tau tak.Kenapa tiba-tiba ni baby?" soal Aidil bertalu-talu.
"Yes.Memang you tak pernah curang.Cuma,I dah bosan dengan you.Lagipun,I akan kahwin tak lama lagi."Shella tersenyum mengejek.
"Baby,you cakap you nak kahwin dengan I!Apa semua ni?!"
"Hish!Bila masa I cakap macam tu?!"
"Dah lah Aidil!I dah taknak kat you!" sambung Shella lagi.Cukup memedihkan hati Aidil.
"Tapi kenapa?!"
"I dah tak cintakan you!"
"Bohong!" jerit Aidil.
"Eiii betul lah!I kena tangkap basah haritu!So,i akan kahwin!"
"Dasar perempuan murah!" tengking Aidil.
Sepantas kilat,tapak tangan Shella dihayunkan ke pipi Aidil.
"Perempuan murah ni jugak lah yang kau nak kan.Sampai sanggup tinggalkan tunang sendiri." Shella tersenyum.
"Apa kurangnya I?Apa bezanya I dengan lelaki tu?"
"Memang beza!Banyak!You tu nak beli barang mewah kat I pun tak mampu!You tengok I!Dari atas sampai bawah,semua mewah!Ni tak,you beli baju-baju murah kat pasar malam tu nak bagi kat I?Eiii!Jijik lah.Kulit I ni elegik gila pakai barang-barang murah tu!" kata Shella.
"Lain lah bakal suami I tu!Kaya raya!Dia sanggup belikan apa saja I nak!Semua yang I inginkan,dia akan tunaikan!Harga baju I ni bukan RM3 atau 5 ringgit tau,tapi beratus!Bukan macam you,satu sen pun tak ada!" suara Shella meninggi.
Hati Aidil hancur apabila dihina begitu sekali oleh Shella.Dia melutut di hadapan Shella dan merayu.
"Baby,tolong lah jangan tinggalkan I.Kita kahwin ye baby!I janji I akan jaga you dengan baik-baik!I janji!"
Shella ketawa.
"Kahwin?You nak bagi I makan apa?Makan pasir?!" jerit Shella.
Tak tahan dihina,Aidil segera bangun.
"Sanggup kau hina aku ehh!Aku sanggup tinggalkan Ell sebab kau!Aku sanggup abaikan Ell sebab kau!Tapi ni balasan kau!"
"Aku pernah mintak ke kat kau supaya tinggalkan dia?Pernah ke?"
"Tak kan?Kau yang bodoh!" jerit Shella.
"Memang kau perempuan tak guna lah!Ingat kau lawa sangat ke?"
"Memang lah aku lawa,kalau tak,tak adalah kau terpikat dengan aku sampai tinggalkan tunang sendiri." Shella tersenyum.
Aidil sudah mengangkat tangannya untuk menampar Shella namun..
"Hah?Nak tampar?Tampar lah!Tapi jangan menyesal lah kalau aku ajak kau jumpa kat mahkamah nanti!Ops!"
"Kau...jangan sampai aku simbah asid kat muka kau!"ugut Aidil.
" Wow!Nak ugut?Sebelum kau simbah asid kat muka aku,aku boleh lah nak upah orang untuk bunuh kau!"Shella ketawa lagi.
"Goodbye sayang!Muah!" kata Shella lalu dia berlalu dari situ meninggalkan Aidil.
Aidil merenung tajam Shella.Ada api dendam sedang membara!
"Kau tunggu Shella!Aku takkan lepaskan kau!"
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...