SETELAH memastikan Alya sudah lena dibuai mimpi,Fatma segera melangkah ke arah ruang tamu rumahnya.Dia melihat Nashriq sedang menonton televisyen.
Fatma menegur anaknya.
"Aik,tak tidur lagi?" soal Fatma.
"Belum lagi.Tak mengantuk."
"Nash,ibu nak cakap sikit ni.Boleh?"
Nashriq sekadar mengangguk.
"Nash pernah terfikir tak untuk kahwin lain?"
Soalan yang diajukan kepada Nashriq membuatkan dia tersentak.Matanya dihalakan ke arah Fatma.
"Kenapa ibu tanya macam ni?"
"Tak ada lah.Saja je ibu tanya." Fatma tersenyum kelat.
Nashriq merenung lama mata Fatma.
"Nash ni anak ibu tau.Ibu tak boleh tipu Nash.Cuba ibu cakap hal sebenar yang ibu nak cakapkan."
"Er..sebenarnya...." Fatma serba salah.
"Ya?Sebenarnya apa?"
"Sebenarnya...ibu nak Nash kahwin dengan Ell." perlahan suara Fatma.
Melopong mulut Nashriq.
"What?!Apa ni ibu?Huda masih hidup tau!"
"Ya ibu tau.Tapi,lelaki boleh kahwin lebih dari satu kan?"
"Untuk apa,ibu?" Nashriq mengeluh.
"Ibu sedih tengok anak ibu ni tak terurus makan pakai sejak menantu ibu koma.Ibu tak boleh tengok Nash selalu sedih bila tengok keadaan Huda macam tu."
"Jadi?"
"Ibu nak sangat Nash dan Ell kahwin.Ibu nak Nash happy.Itu aje."
"Kalau one day Huda sedar dari koma and dia dapat tahu Nash kahwin lain,ibu rasa apa Huda akan rasa?"soal Nashriq.
" Mesti lah dia rasa sedih tapi ibu nak anak ibu ni happy macam dulu.Nash,lelaki boleh kahwin lebih dari satu sayang.."
"Tapi ibu,Nash tak kenal sangat pun dengan Ell tu.Apatah lagi nak cintakan dia."
"Bercinta lepas kahwin boleh kan?"Fatma mengangkat keningnya.
" Nash risau dengan Huda."
"Ibu yakin Huda boleh terima semua ni.Nash,sudah 6 tahun Nash hidup sendiri.Nash perlukan seorang wanita untuk berada di sisi Nash.Sekurang-kurangnya dia boleh tolong jaga Huda atau Alya.Kan?"
Nashriq hanya mendiamkan diri.
"Nanti lah Nash fikirkan." kata Nashriq.
Fatma tersenyum girang.Dia menyuruh Nashriq bukan berkahwin lain bukan bermakna dia tidak suka dengan Huda tetapi dia mahu anaknya itu ceria dan gembira seperti dulu.
BUNYI loceng rumah mengejutkan Shella yang sedang lena tidur.Shella mengeliat dan menguap lalu dia menutup mulutnya.Dia memandang jarum jam yang sudah menunjukkan pukul 1 tengahhari.
Lambat-lambat dia bangun dari katil.Shella menggaru-garu rambutnya yang kusut masai itu.
"Kejap!Eiii kacau lah orang nak tidur!" jerit Shella.
Shella membuka pintu rumahnya dan terpancul susuk tubuh teman lelakinya atau lebih tepat,bakal suami.Ekk!
"Hai honey!"
"B,kenapa nak datang tak bagitau." Shella tersenyum manja.
"Saja nak surprise kan honey!" kata Rahim,girang.Tangannya melengkar di pinggang ramping Shella.
"Honey tak mandi lagi ni." Shella memuncungkan mulutnya.
"Honey baru bangun eh?" usik Rahim.
"Hm..mengantuk lah.." Shella tersengih.
"Patut bau busuk!" usik Rahim lagi.Namun,Shella menarik mukanya.Dia mencubit perut Rahim.
"Dah lah honey nak pergi mandi!"kata Shella.
Tiba-tiba Rahim menarik tangan Shella.Dia pula yang tersenyum manja.
"Jom mandi dengan B."kata Rahim.
Shella tersenyum gatal.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...