20

1.6K 57 1
                                    

"ALYA, kenapa Alya menangis ?Badan Alya ada sakit-sakit lagi ke?" soal Ellaina.Dia mengusap lembut pipi Alya yang basah kerana air mata yang mengalir.

Alya hanya menggelengkan kepalanya.

"Pipi Alya je sakit sebab kena tampar dengan papa." kata Alya,sayu.

Ellaina sedih dan sebak melihat keadaan Alya.Dia memeluk erat tubuh kecil Alya dan mencium dahi budak kecil itu.

"Apa salah Alya?kenapa papa tak sayang Alya?Alya bukan anak papa ke?" teresak-esak suara Alya.

Ellaina meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Alya.

"Shhh...Alya anak papa lah.Tak apa sayang,mommy kan ada?Alya jangan lah sedih-sedih lagi.Mommy ada untuk Alya." pujuk Ellaina.

"Tapi Alya sedih lah papa marah-marah mommy.Semua salah Alya,Alya minta maaf tau mommy."

"Bukan salah Alya sayang...tak ada salah siapa-siapa pun.Sekarang ni mommy nak Alya rehat tau."Ellaina mengusap rambut Alya.

"Alya,kalau Alya rasa sakit lagi kat badan-badan bagitau mommy ye.Nanti kita pergi hospital.Alya jangan diam tau." pesan Ellaina.

"Okay,mommy.Alya sayang mommy." kata Alya sambil tersengih.

"Ye sayang,mommy pun sayang Alya."

Ellaina menutup pintu bilik Alya dan masuk semula ke dalam bilik tidurnya.Dia melihat suaminya sedang duduk di atas katil sambil menghadap telefon canggih miliknya.

"Aik,bukan sepatutnya abang pergi kerja ke sekarang ?" soal Ellaina.

Nashriq hanya menggelengkan kepalanya.

"Abang taknak pergi kerja selagi Ell tak bagitahu syarat-syarat tu." kata Nashriq.

Ellaina tersengih."Okay,abang dah ready ke nak dengar syarat-syarat tu ?"

"Dah."

"Okay,nah!" Ellaina menghulurkan sehelai kertas kepada suaminya.Nashriq mengambil kertas itu dan membaca dengan teliti.

7 Syarat
1.Abang kena buang sikap pemarah dan ego abang.
2.Abang layan Alya baik²
3.Abang dan Ell mesra² depan ibu dan mak.
4.Abang kena share masalah abang pada Ell.Dilarang pendam !
5.Kita berdua saling bermaafan setiap kali mahu tidur.
6.Abang tak boleh tengking Alya,Ell dan ibu lagi.
7.Ok last,Abang kena cium dahi Ell sebelum tidur !

Nashriq memandang wajah Ellaina.

"Ni je ?"

Ellaina mengangguk laju.

"Alah !Senang kacang je !"kata Nashriq.

"Tapi kan,Ell buat semua ni sebab Ell nak tunjuk pada ibu dan mak yang kita sebenarnya okay je.Ell tak nak lah abang salah faham."

"Abang hargai sangat apa yang Ell buat.Thank you." ucap Nashriq.

Ellaina hanya mampu senyum.Ini adalah kali pertama dia bertentang mata dan berbual berdua-duaan dengan suaminya.Bahagia !Ellaina bersyukur kerana doanya sebelum ini telahdimakbulkan

SALLY  tersenyum sinis melihat isteri kedua suaminya yang sedang duduk bersilang kaki sambil makan kacang di hadapan televisyen.Senang lenang ye kau !

"Hoi !Kau ingat rumah aku ni rumah kebajikan masyarakat ke ?" tegur Sally.Dia menyilangkan kedua-dua belah tangannya.

Shella berhenti makan dan memandang Sally.Ishh orang tua ni !

"Kau jangan harap kau boleh duduk saja-saja dalam rumah ni !"

"I mengandung,so ?"

"Aku tak kisah lah kau mengandung ke apa ke aku tetap nak kau buat kerja."

"You tu tak pernah mengandung so you tak tahu."

"So ?Ni rumah aku.Tiada siapa boleh bantah.Memandangkan Mak Enab balik kampung,so aku nak kau buat kerja rumah.Faham ?!"arah Sally.

Waktu inilah dia mahu mengambil peluang untuk ajar Shella cukup-cukup.Biar dia tahu siapa Dato'Sally !Bukan senang untuk dijatuhkan begitu sahaja.

"Taknak." kata Shella yang masih berdegil.

"Okay,kalau macam tu kau boleh berambus dari rumah aku sekarang jugak !" jerit Sally.

Shella terdiam dan lantas berpaling kepada Sally.Dia pantas bangun dan menuju ke dapur dengan riak muka yang masam mencuka.Padan muka !

Satu hari dia terpaksa buat segala kerja rumah yang pernah Mak Enab buat dahulu.Dia perlu memasak,basuh baju,mop lantai,sapu sampah dan segala kerja rumah yang diarahkan Sally kepadanya.Penat !Amat memenatkan !Tambahan pula dia kini sedang berbadan dua.Shella tidak sanggup lagi untuk terus tinggal disitu bersama Sally.Dia tak mahu menjadi maid tanpa bayaran di rumah ini !Dia bukannya maid,dia isteri !

Selepas Rahim pulang ke rumah,Shella mengadu kepada suaminya itu sambil menangis.

"B,honey tak tahan lah macam ni.Honey penat !" keluh Shella.

"Honey sabar lah sikit,okay ?" Rahim mengelus lembut pipi Shella.

"Honey ni dah lah mengandung !Kalau gugur macam mana ?!"

"Ish honey ni!Jangan lah cakap macam tu." tegur Rahim.

"B,jom lah kita keluar dari sini.Honey tak tahan !"

"Kita nak pergi mana ?" soal Rahim.

"Mana-mana je lah !"

"Tak boleh honey,B dah tak ada duit !Sally dah block semua kad kredit B !"

Shella menggigit bibirnya dan merintih.

"Ish B !Honey nak jugak keluar !B pergi lah curi duit dia ke apa ke !" kata Shella.

"B try okay ?" kata Rahim sambil mencium dahi Shella.

Dalam diam,Fariz mendengar perbualan di antara Rahim dan isteri keduanya itu.

"Damn !Kau dah curang,lepastu kau nak curi duit pulak !"

"Aku takkan biarkan." kata Fariz.

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now