ELLAINA melajukan lagi langkah kakinya.Tak sangka pula dia akan terserempak dengan bekas tunangnya di sini.Ellaina sedaya upaya cuba untuk menjauhkan diri dan mengelak untuk bertemu dengan lelaki itu.
"Ell !Ellaina tunggu !" jerit Aidil namun Ellaina buat-buat tidak dengar.
"Ell !Please lah !Saya merayu dengan awak ni !" jerit Aidil lagi.
Ellaina berhenti.Nafasnya tercungap-cungap.Dia berpaling ke belakang.
"Awak nak apa lagi dari saya ?" soal Ellaina.
"Please bagi peluang kedua untuk saya tebus segala dosa saya pada awak."
"Tak semua orang boleh bagi peluang kedua."
"Ell...tolong lah...saya menyesal curang dengan awak."
"So ?"
"Saya merayu dengan awak Ell.Tolong lah kali ni je.Saya nak kita bersama balik.Saya nak kahwin dengan awak,Ell."Aidil bersungguh-sungguh merayu namun perbuatannya itu hanyalah sia-sia sahaja.
" Cukup lah Aidil.Awak ingat semudah tu je ke saya nak terima awak balik ?"
"Tolong lah Ell.Saya tau awak dah banyak makan hati dengan saya tapi tolong lah maafkan saya."
"Saya dah maafkan awak Aidil tapi saya memang tak boleh terima awak sebagai kekasih saya lagi !" kata Ellaina.
"Ell..jangan lah macam ni.Saya masih sayangkan awak.Awak nyawa saya."
"Stop it Aidil.Saya dah penat lah dengan drama awak ni."
"Kita kahwin,Ell."pujuk Aidil.
" Saya tak boleh kahwin dengan awak."
"Kenapa ?!Sebab saya miskin ?Awak pun sama je dengan Shella !"
Ellaina terpinga-pinga.Tak faham.
"Apa maksud awak ni ?"
"Sudah lah Ell!Hina sangat ke saya ?!"
"Aidil !Stop lah!Saya tak boleh kahwin dengan awak sebab saya isteri orang !"jerit Ellaina.
"Apa awak merepek ni ?"
"Saya dah kahwin !"
Aidil terdiam.
"Bila ?"
"Dua bulan lepas kita putus."
"Saya bahagia dengan suami saya.Tolong lah jangan kacau saya lagi.Saya isteri orang.Tolong hormat akan status saya sebagai isteri orang !"kata Ellaina .
Dia terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.Aidil masih berdiri dengan sejuta rasa penyesalan.
" DATIN betul ke taknak saya ikut sekali ?"soal Fariz.
"Betul.Tak apa,butik saya depan tu je.Awak tengok dari jauh je ye ?" kata Sally.
Fariz mengangguk faham dan tersenyum.
Pejam celik pejam celik sudah 8 tahun dia bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Datin Sally.Dari umur dia 17 tahun lagi dia berkhidmat dengan Sally malah wanita itu lah yang membantunya melarikan diri dari ah long yang mahu membunuhnya dek kerana hutang-hutang yang ditinggalkan arwah ayahnya dahulu.
Selama 8 tahun jugalah dia melihat kekuatan dan kesabaran wanita itu melayani perangai suaminya yang curang sana sini dengan perempuan lain.
Fariz sendiri tidak faham dengan Dato'Rahim,dah ada bini cantik tambah pula baik masih lagi tak nampak kecantikan isteri sendiri.Dan disebabkan layanan Datin Sally yang baik terhadapnya,Fariz mengakui sendiri dia sudah mula jatuh cinta dengan wanita yang berumur 43 tahun itu.Bukan kerana harta Datin Sally,tetapi dia tidak sengaja jatuh cinta kerana sudah terpaut dengan kecantikan dan kelembutan wanita itu walaupun kadang kala dia bersikap tegas.Namun,dia hanya mendiamkan diri dan sedar Datin Sally merupakan isteri orang.
Sally menoleh ke belakang.Dia tersenyum melihat Fariz termenung sendirian.Anak muda memang macam tu !
Dan tanpa dia sedar,ada seseorang yang mengikuti Sally dalam diam.Tanpa membuang masa,lelaki yang memakai topeng hitam terus menarik beg tangan milik Sally.
Sally menjerit ketakutan dan menjerit memanggil Fariz.
"Fariz !!!!!"
Lelaki itu mengacukan mata pisau ke arah perut Sally dan wanita itu cuba mengelak.
Fariz yang mendengar jeritan Datin Sally terus berlari ke arah wanita itu.Dia terus menolak lekaki bertopeng itu.Mereka bergelut.Datin Sally mula takut dan menjerit meminta tolong.
"Ahhh!" Fariz menjerit apabila pisau terbenam ke dalam perutnya kerana berjaya ditikam oleh lelaki itu.
"Fariz !!!" Sally terus menerpa ke arah Fariz.Dia menggoncang-goncangkan tubuh Fariz.
"Fariz...bangun Fariz...!" Sally merintih.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...