19

1.4K 63 1
                                    

FATMA bersiap-siap mahu keluar bersama teman baiknya,Khadijah.Ellaina yang kebetulan sedang menuruni anak tangga,menegur ibu mertuanya.

"Amboi ibu,bukan main lawa lagi ye.Nak pergi mana tu ?"

"Nak keluar pergi shopping dengan mak kamu la." kata Fatma.

Ellaina ketawa.

"Patut la ibu dan mak jadi kawan baik,dua-dua suka bershopping !" usik Ellaina.

"Ell nak ikut tak ?"

Ellaina menggelengkan kepalanya."Tak apa lah,ibu.Ell nak duduk rumah je."

"Baik lah.Ibu keluar dulu ya."kata Fatma.

Setelah beberapa minit ibu mertuanya keluar,suaminya pun sedang bersiap-siap untuk pergi bekerja.

"Abang,jom makan.Ell ada masakkan mee goreng ." kata Ellaina.

Nashriq diam tanpa berkata apa-apa kepada Ellaina.Dia hanya duduk di kerusi dan melihat Ellaina mencedokkan mee goreng ke atas pinggan.

Ellaina melihat suaminya makan.Entah tiba-tiba dia rasa takut kalau masakannya tidak sesedap air tangan ibu mertuanya atau madunya.

"Maaf lah kalau masakan Ell kurang atau tak sedap." kata Ellaina dengan nada suara yang perlahan.

"Janji makanan." jawab Nashriq.

'Senangnya suami aku ni,sedap ke tak sedap ke makan je.'

"Papa !" jerit Alya.Budak kecil itu berlari ke arah Nashriq.

"Papa,boleh tak kalau Alya nak main dengan Elsa ?Kesian Elsa sorang-sorang kat belakang."

Nashriq menggeleng.Bermakna dia tidak mengizinkan Alya bermain dengan kucing kesayangan isterinya.Ellaina yang berasa suasana itu bakal menjadi tegang cepat-cepat bersuara.

"Alya,jangan lah kacau papa makan.Mommy ada buku cerita pasal Cinderella tau,dekat atas meja kat sana." jari telunjuk Ellaina ditunjukkan ke arah ruang tamu.

Alya mencebik."Ala,tapi Alya dah jemu lah asyik baca buku je."

"Kau ni jangan menjawab boleh tak ?" soal Nashriq.Tegas.

Ellaina semakin cemas.Haishh macam mana lah kalau jadi apa-apa diantara mereka anak beranak !Ibu dah lah tak ada kat rumah !

"Mommy ada banyak lagi buku cerita.Macam-macam ada.Jom kita pergi baca." Ellaina bangun dari kerusi dan menarik tangan Alya untuk ke ruang tamu.

"Taknak...Alya nak main dengan Elsa." Alya merengek.

Nashriq pantas bangun.

"Kau ni dah kenapa ?!Mengada-ngada !Ke sebab aku dah lama tak pukul kau ?" nada suara Nashriq makin meninggi.

"Papa tak sayang Alya ke.Hari-hari papa marah Alya.Alya nak main dengan Elsa je." Alya menangis.Hatinya cepat tersentuh kalau ditengking atau dimarahi oleh papanya.Dah nama pun budak..

"Kau jangan cabar aku lah budak malang !!!" tengking Nashriq.Dia bergerak setapak ke hadapan untuk memukul anaknya.Tangan terasa gatal-gatal,dah lama dia tidak memukul budak kecil itu.

Namun,Ellaina cepat-cepat menghalang Nashriq.

"Abang,sudah lah !Tak baik cakap dia budak malang.Alya ni amanah Allah untuk abang dan kak Huda." kata Ellaina.

Jari telunjuk di tujukan ke wajah Ellaina."Kau jangan masuk campur urusan aku !"

Ellaina tersentak.Ya Allah..kuatkan lah hati aku...

"Papa jangan lah marah mommy." kata Alya pula.

"Siapa mommy kau ?!Mak kandung kau tu sedang terlantar kat hospital.Ni bukan mak kau,faham ?!" tengking Nashriq lagi.

7 SYARAT CINTA!Where stories live. Discover now