NASHRIQ hanya mendiamkan dirinya tanpa sepatah kata pun sejak dari rumah emak mertuanya sehingga lah mereka sampai di rumah ibunya.Dia buntu.Dia benar-benar terkejut dengan kemunculan Afiya di rumah emaknya dan lagi mengejutkan dia bahawa Afiya rupanya sepupu kepada Ellaina.
Nashriq berasa buntu dan berasa bersalah kepada Afiya setiap kali dia terkenangkan memori silam bersama Afiya di luar negara dulu.Mereka pernah menyulam kasih dan cinta namun Nashriq bertindak memutuskan hubungan dan pulang ke Malaysia atas sebab tertentu.
IMBAS KEMBALI....
"Sayang !You nak pergi mana ?"
"Jangan tinggalkan I !Please I merayu sangat dengan you !" Rayu Afiya.
Sayang!Janganlah diam!" kata Afiya.Dia menarik lengan sado Nashriq.
"You nak apa ?!" tengking Nashriq di hadapan wajah Afiya yang membuatkan dia terdiam seribu bahasa.
"You...you tengking I ?"Afiya memandang mata Nashriq dalam-dalam.Sakit hatinya apabila ditengking sebegitu.Selama mereka menyulam cinta,tidak pernah lelaki itu meninggikan suara kepadanya.
"I kena balik Malaysia !" kata Nashriq sambil menyusun baju-bajunya di dalam beg.
Riak wajah Afiya mula berubah.
"Sayang,why ?You dah janji dengan I You takkan tinggalkan I !"
"Dah lah Fiya.You lupakan je I.Anggap je kita tak pernah ada apa-apa."
"Lupakan ?You ingat senang ke ?!"Airmata Afiya mula jatuh di pipi.
"Itu urusan You,Fiya." kata Nashriq.
"You nak balik Malaysia sebab perempuan ni kan ?!" kata Afiya sambil menunjukkan gambar Nashriq bersama seorang perempuan di telefon miliknya.
"Apa istimewanya dia sampai You sanggup nak tinggalkan I ?!!!"rintih Afiya.Airmatanya semakin lebat mengalir.
"Yes !I nak balik Malaysia sebab dia !I akan kahwin dengan dia!Dia bakal ISTERI I yang sah !"
Afiya terduduk di atas lantai.Dia menangis teresak-esak.
"Dia tunang I.Sebelum kita bercinta lagi kitaorang dah bertunang.I dan dia bercinta dari zaman sekolah !"
"Jadi,siapa sebenarnya I dalam hati You ?"Afiya merintih lagi.
"I bercinta dengan You sebab I sunyi sorang-sorang kat sini.I tak pernah ikhlas sayangkan You,Fiya..Cinta dan sayang I hanya untuk dia.Bukan untuk You." kata Nashriq.
Pengakuan dari mulut Nashriq sendiri benar-benar melukakan hati Afiya.Jadi selama ini cinta dari lelaki itu hanya lah palsu semata-mata.Dia dipermainkan hanya untuk mengisi kesunyian Nashriq !
"I pergi dulu,Fiya.Ingat,lupakan I !I dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan You lagi.Maafkan I ." kata Nashriq lalu dia mengangkat begnya.
"I takkan lupakan You sayang !I cintakan You sepenuh hati I." luah Afiya.
"Cukup,Fiya!Lupakan I!"
"No!You milik I!Cinta You milik I seorang!" kata Afiya.
"Suka hati You,Fiya." kata Nashriq dan dia terus beredar keluar dari dalam rumah itu.Afiya tidak terdaya untuk mengejar Nashriq.Tubuhnya menjadi lemah dan tak bermaya.Afiya tidak mampu menerima apa yang telah terjadi.
"ABANG ada sorokkan sesuatu ke dari Ell ?soal Ellaina.Dia sungguh hairan dengan perangai suaminya sejak dari rumah emaknya lagi.Dan sejak suaminya bertentang dua mata dengan Afiya.
Dalam perjalanan pulang pun dia hanya mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap langsung.
"Abang..kan Ell dah cakap.Kalau ada masalah jangan pendam.Apa gunanya ada Ell kat sini kalau abang tak nak luahkan."
Nashriq mengeluh berat.Dia berasa bersalah pula mahu memberitahu hal sebenar kepada Ellaina tentang sepupunya itu.
"Ell..sebenarnya kan..."
"Abang dengan kak Fiya ada apa-apa masalah ke ?Atau abang tak selesa dengan dia ?" soal Ellaina lagi.
Nashriq terus memandang Ellaina.
"Tak..macam ni.Ell tengok abang asyik diam je lepas jumpa kak Fiya tadi.Kak Fiya pun tiba-tiba keluar macam tu je.Ell pelik lah.Apa sebenarnya yang berlaku ?"
Nashriq menarik nafasnya dalam-dalam.
"Afiya bekas kekasih abang." kata Nashriq.Mata Ellaina terbeliak .
"Kak Fiya ?Kak Fiya bekas kekasih abang ?!" Ellaina menutup mulutnya.Nashriq hanya mengangguk lemah.
"Jadi,ada sejarah lah di antara abang dengan Kak Fiya ?"
"Ye Ell.Dia bekas kekasih abang masa abang belajar kat luar negara."
"Tapi,kenapa abang dan kak Fiya macam...macam tak..macam..entah lah!"
"Sebenarnya...." Nashriq akhirnya menceritakan hal yang sebenarnya kepada Ellaina.Ellaina mula faham mengapa Afiya berkelakuan seperti di rumah emaknya hari itu.Namun,dia takut jika hubungan baiknya dengan Afiya terlerai begitu saja kerana memori silam wanita itu bersama suaminya.Allahu!
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...