FATMA dan Khadijah berjumpa di tempat biasa mereka selalu berjumpa.Khadijah yang mengajak Fatma untuk berjumpa.Katanya ada sesuatu yang perlu dibincangkan segera.
Setelah mendengar penjelasan dan pengakuan dari anak saudaranya,dia terus mahu berjumpa dengan Fatma.Dia tidak mahu orang lain jadi mangsa.
"Kau kenal Afiya tak ?" soal Khadijah.
"Afiya ?Tak kenal lah pulak.Kenapa ?"
"Nashriq kenal dia."
Fatma mengerutkan dahinya.
"Afiya ?Hm,dia tak pernah pulak bagitau aku dia ada kawan nama Afiya.""Kenapa ?Dia ada buat sesuatu ke dengan Afiya tu ?" soal Fatma lagi.
Khadijah mengangguk lemah.
"Hah ?!Nashriq buat apa ?!"Fatma mula berasa tidak sedap hati.
" Aku bukannya nak buat hubungan korang anak beranak berantakan lagi,tapi aku terpaksa..sebab Afiya tu anak saudara aku.Aku sayang dia."
"Tak apa,cakap je.Aku nak tau apa anak aku dah buat."
Khadijah menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembus perlahan.
"Nashriq dan Afiya pernah berkahwin semasa di Itali dulu.Tapi perkahwinan tu tak sah !"
Hancur hati Fatma apabila mendengar hal itu.Ya Allah !!!Fatma memegang dadanya yang terasa sakit.
"Dan...diorang dah ada anak.." bergetar suara Khadijah.Dia teringat kembali perbualannya dengan Afiya semalam.
IMBAS KEMBALI....
"Maksu,Fiya nak bagi tau sesuatu.Tapi percaya lah,Fiya tak ada niat pun nak rosakkan rumah tangga orang."kata Afiya bersama air mata palsunya yang dibuat-buat.
"Kenapa ni Fiya ?Nak rosakkan rumah tangga siapa pulak ?"
"Sebenarnya....."
"Maksu,tolong jangan benci Fiya lepas Fiya mengaku benda sebenar." rayu Afiya sambil mencium tangan Khadijah berkali-kali.
"Maksu sayang Fiya lah.Mana boleh maksu benci Fiya.Fiya pun anak maksu."
"Sebenarnya..Fiya pernah..Fiya pernah berkahwin dekat Itali masa Fiya sambung belajar dulu."
"Hah ?Fiya kahwin dengan siapa ?"
"Tapi perkahwinan tu tak sah,maksu." kata Afiya sambil menangis .Dia memeluk erat tubuh Khadijah.
"Allahhuakbar !Macam mana boleh jadi macam tu !"
"Fiya terlalu ikutkan rasa cinta yang membuak-buak sampaikan Fiya tak kisah perkahwinan tu sah ke tak sah.Fiya berdosa,maksu !!" Afiya menangis teresak-esak dalam pelukan Khadijah.Hakikatnya tangisannya itu hanyalah palsu semata-mata.
"Allahuakbar...jadi sekarang mana suami Fiya sekarang ?"
"Dia dah tinggalkan Fiya dan balik ke Malaysia untuk berkahwin dengan orang lain."
"Dan...kitaorang ada anak..." kata Afiya.
Khadijah mengucap panjang.
"Ya Allah !Dah tu mana anak Fiya ?"
"Ada.Dia tinggal dengan kawan Fiya buat sementara waktu."
"Siapa lelaki tu ?Maksu nak tahu.Maksu nak dia berkahwin dengan Fiya secara sah dan jaga anak tu sama-sama dengan Fiya !" tegas Khadijah.
"Maksu kenal dia..."
"Siapa dia Fiya ?!Cakap!
"Menantu Maksu.Suami,Ellaina.." kata Afiya.
Khadijah tergamam dan terkaku.Hatinya retak dan mula berasa kecewa.
"Nashriq ?"
Afiya mengangguk lemah.Khadijah menundukkan wajahnya.Ya Allah..berat sungguh ujianMu...
FATMA menangis.Sakit hatinya mendengar cerita sebenar yang dicerikan oleh Khadijah,teman baiknya.Dia tidak menyangka sebelum anaknya berkahwin dengan Huda,anaknya itu telah pun berkahwin dengan gadis lain.Tetapi,perkahwinan itu tidak sah !Dan lagi merumitkan keadaan,mereka berdua telah mempunyai seorang anak !
"Aku minta maaf,Jah !Aku tak tahu !Ampunkan aku !"
"Bukan salah kau ,Fatma." kata Khadijah.Walaupun anak kawan baiknya itu telah merosakkan anak saudaranya,tetapi dia tetap masih menganggap Fatma kawan baiknya.Ini kerana,yang salah bukan Fatma tetapi Nashriq !
"Habis tu sekarang ni macam mana ?Nashriq dan Ellaina tu macam mana ?"
Khadijah buntu.
"Aku rasa,Nashriq kena ceraikan Ellaina." kata Khadijah.
"Kau gila ke Jah ?!Kau sanggup ke tengok anak kau menjanda ?"
"Tapi kalau lepas Huda bangun nanti pun,Ell tetap kena cerai kan ?"
"Aku takkan izinkan Huda atau siapa2 ceraikan Ell !Ell dan Nashriq dah makin bahagia sekarang.."
Khadijah mengeluh berat.Dia benar-benar buntu.
"Ell takkan redha kalau dia bermadu dengan sepupu dia sendiri.."
"Fatma,aku sayang Fiya tu.Dia dah tak ada mak bapak,dia hanya ada aku.Aku kena pegang janji kakak aku supaya jaga dia dengan baik dan jangan bagi sesiapa pun musnahkan hati dia."
"Tapi,Jah.Ellaina macam mana pulak ?"
"Aku nak Nashriq ceraikan Ell dan berkahwin dengan Fiya kalau Ell tak sanggup bermadu." kata Khadijah.
Fatma juga turut berasa buntu.Dia berasa kecewa dengan anaknya itu.Dia serba salah mahu memberitahu hal itu kepada Ellaina.Tetapi jika dia tidak bagitau,Ellaina pasti akan tahu kerana rahsia ini akan terbongkar juga.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...