"BETUL ke Viena tu anak Nash dan Afiya ?" soal Fatma lagi.Berkali-kali dia bertanya soalan yang sama kepada besannya.Dia tidak percaya bahawa si Viena itu cucunya.
Khadijah masih mendiamkan diri.
"Kalau betul tu anak Afiya,kenapa dia takut nak buat DNA ?Kenapa dia takut nak buktikan yang tu anak dia dan Nashriq ?"
"Aku tak tahu lah.Aku mula rasa yang Afiya macam sorokkan sesuatu." kata Khadijah.
"Sejujurnya kan,aku tak boleh nak percaya si Afiya tu.Aku tak yakin langsung yang Viena tu cucu aku." Fatma berterus terang.
"Esok kau free ?"
Fatma mengangguk.
"Esok aku nak kau temankan aku pergi ..."
"Pergi mana ?" tanya Afiya.
"Tak..Maksu nak mintak tolong cikma temankan maksu pergi pasar." kata Khadijah.
"Maksu,malam ni Fiya kena balik.Takut lah nak tinggal rumah lama-lama."
"Tapi sebelum Fiya balik,okay je.Tak ada pun berlaku.Fiya tidur sini eh ?"
"Sorry maksu.Fiya kena balik jugak." kata Afiya.
"Dah tu yang Fiya cakap,maksu ikut je."
Afiya tersenyum.Malam ini juga dia akan pergi ke Langkawi.Dia mahu mengganggu honeymoon Nashriq dan Ellaina semasa di sana.
AIDIL merayu-rayu di hadapan Tuan Chen ,bekas majikannya dahulu.Aidil mahu meminjam duit dari lelaki yang berbangsa cina itu.
Sambil mengusap misainya,Tuan Chen mendengus kasar.
"Apa pasal kali ni you mahu pinjam banyak sangat ?" soal Tuan Chen.
"Saya...mak saya sakit.Dia kena buat operation." bohong Aidil.
"You mahu pinjam RM 648 000,You ingat I bodoh ke kos operation sebanyak tu ?" Tuan Chen tersenyum.
"Mak saya dirawat di hospital swasta sebab tu kos dia tinggi,Tuan."kata Aidil.
"Itu lah,lain kali ukur baju di badan sendiri.Kalau you sudah sedar diri you miskin hantar lah ibu you pergi hospital kerajaan."
"Tolong lah Tuan,bukan selalu saya pinjam.Sebelum ni saya pinjam ,saya bayar balik kan Tuan."
"Memang lah you bayar.Tapi lambat !"
"Dulu you pinjam RM 50000,tempoh you kena bayar dalam masa 5 bulan.Tapi I terpaksa lanjutkan jadi setahun sebab you tak cukup duit.So,you rasa you nak pinjam RM 648000 ni,you mampu bayar ke ?" soal Tuan Chen sambil tersenyum sinis.
"Saya janji,Tuan.Saya akan bayar secepat mungkin.Tolong lah saya,Tuan."
"Baik.I akan bagi pinjam.Tapi tempoh bayaran kali ini hanya dalam masa 3 bulan."
Aidil tersentak.
"Ha?Kenapa cepat sangat Tuan ?"
"You mahu pinjam ke tidak ?"
Aidil mengangguk laju.
"Walaupun you pinjam RM 648000,tapi you kena bayar balik RM 700000.Boleh ?"
Aidil teragak-agak mahu meminjam.Mampukah dia nanti untuk bayar balik ?
"Ini dokumen pinjaman duit.Kalau you setuju,tandatangan."
"Sebelum I berubah fikiran dan naikkan harga bunga,baik you tandatangan cepat." kata Tuan Chen.
Dengan perasaan ragu-ragu,Aidil terpaksa menandatangani dokumen tersebut.Tuan Chen menyerahkan wang berjumlah RM 648000 kepada Aidil.
"Ingat !Kalau dalam masa tempoh 3 bulan you tak bayar,I tak teragak-agak akan ambil nyawa you." Tuan Chen tersenyum.
"B--baik." kata Aidil.
YOU ARE READING
7 SYARAT CINTA!
RomanceEllaina terpaksa akur apabila dia bakal dijodohkan dengan lelaki yang berstatus suami orang.Pada mulanya,Nashriq melayan Ellaina dingin,namun apabila gadis itu menetapkan 7 syarat semuanya berubah.Perlahan-lahan cinta mula berputik di antara mereka...