03

760 95 33
                                    

> Haeryung pov

" Ryung today masuk kerja lambat kan? tolong bawa Puchi pergi jalan-jalan nae? Kesian dia dah lama tak keluar gi taman pagi-pagi macamni. "

Pesanan Hongjoong sebelum dia pergi kerja pagi buta tadi , harini aku masuk kerja lambat so bolehla relax lama sikit.

" Puchi ! Jom kita jalan-jalan nak ? " Puchi yang sedang relax dirumah kecilnya terus memandang aku .

Puchi seperti faham cakap aku dia terus menyalak dengan soalan aku tadi.Tanpa berlengah aku terus ambilkan pet harness dan pakaikan pada badan Puchi.

" Kajaa Puchi!! "

Aku dan Puchi berjalan keluar dari rumah untuk pergi ke kawasan taman berdekatan,tiba-tiba ternampak jiran sebelah kiri iaitu Choi San sedang basuh kereta appa dia sambil menyanyi .

" Hi San ! "  aku menegur San yang sedang membasuh kereta appanya itu.

San menoleh ke belakang,

"  oh Haeryung ! kau nak bawak Puchi jalan-jalan eh , rajinnya "  Soal San sempat memerli aku.

"  yelah , aku tak macam kau..duduk rumah tengah-tengah malam nak memekak macam orang gila .Kan ? "  Sindirku pada San semula .

" Apa kau cakap ? Ni tak nampak ke aku tengah pegang hos ni? Nak aku mandikan ke? " San menunjukkan hos air yang sedang dia pegang lalu dihalakan pada aku dan Puchi yang berada diluar pagar rumah San.

"Yah! Takguna kau Choi San!"  Aku mula mengangkat Puchi jauh dari San yang sedang menyiram kami macam pokok bunga.

" HAHAHAHA "  San ketawakan aku yang terjengket-jengket lari daripada percikan air.

" Hoi San , apa kau bising-bising ni ha? "  Sampuk seseorang yang sedang berjalan ke arah rumah San. Serta merta San yang membuli aku tadi sudah berhenti.

" Nothing Wooyoung, borak dengan jiran je hehe "  kata San sambil tersengih ke arah aku.

" La yeke .Eh btw lupa pula nak berkenalan ha nama saya Wooyoung , Jung Wooyoung " Kata Wooyoung lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan aku tanpa segan silu.

" Kim Haeryung  " Jawabku lalu dibalas huluran Wooyoung dengan senyuman kecil.

Kami bertiga mula awkward, nasiblah nyalakkan Puchi membuatkan aku teringat yg aku kena bawa Puchi keluar berjalan

" Okay la aku pergi dulu ,bye korang . "  Aku lambai pada Choi San dan Wooyoung lalu pergi dari situ bersama Puchi. Sempat juga dijeling San sebelum aku menoleh ke depan untuk teruskan perjalanan.

Semasa Wooyoung datang tadi , aku terasa sedikit malu. Entah kenapa ..

>End pov

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now