19

348 52 18
                                    

> Haeryung Pov

1024 am

Hongjoong membuka pintu bilikku dengan kasar lalu melangkah ke arah aku yang masih melekat di atas katil .

" Yah! Bangunlah , kau dah lambat gila pergi kerja ni tautak !? " Jerit Hongjoong panik . Selimut yang menjadi pelindungku dia tarik lalu mencapai tanganku untuk tarik aku bangun .

" eh- panas betul badan kau , demam ke?? "

Ambil masa lama sedikit untuk aku cerahkan penglihatan sebab tiba-tiba di sergah Hongjoong tadi . Aku menekup mulut selepas selesai menguap luas . Pandang ke tepi nampak pula Hongjoong yang sedang berdiri sambil bercekak pingang gaya mak-mak marah .

Dia merepek apa ? Lalu aku merasa dahi sendiri . Eh , demam pulak dah .

Ni mesti sebab kena hujan masa dating dengan Wooyoung semalam . Sebabkan Wooyoung terlupa bawa payung jadi aku berlari meredah hujan untuk masuk dalam kereta dia .

" Tiba-tiba je demam . Pelik .. " Kata Hongjoong lalu menekup kedua belah pipiku untuk merasa bahang panas . Muncung itikku dia tenung dan jeling menyampah .

Dia tak tahu aku keluar dengan Wooyoung semalam ehe . Aku dah upah Haesung untuk tutup mulut . Mantap .

" Kau baru balik ke oppa? Hehe sorrylah tak bukakan pintu . " Soal aku sambil mendongak . Dia mengangguk lalu mengalih pandangan ke arah pintu .

" Tak apa . Panadol dah habis , kejap lagi aku belikan . Kau mandi ah dulu lepastu turun makan . " Kata Hongjoong lalu menyerabutkan rambutku dengan kasar . Dia cepat-cepat keluar dari bilik selepas aku mendengus geram .

Taknak bermalasan dan membuang masa . Aku terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi dan bersihkan diri .

Selesai bersiap aku terus turun ke bawah untuk makan . Kerusi aku tarik lalu melabuhkan punggung .

Hongjoong mengisi makanan ke dalam mangkuk lalu duduk menghadapku .

" Seonghwa yang masakkan ni , dia nak kau rasa resepi baru dia . " Terang Hongjoong sambil menghulurkan pinggan . Aku mengangguk faham .

" Sedap . " Kataku selepas satu suap masuk dalam mulut . Hongjoong mengangguk setuju . Dia pun tengah melahap dengan penuh selera .

" Lepasni aku kena pergi bandar , nak beli gitar baru , tali gitar lama tu dah putus . Nanti aku suruh San temankan sementara tunggu Haesung balik . " Beritahu Hongjoong . Aku mendongak memandang mukanya .

" Aku boleh jaga diri sendirilah oppa .. " Balasku lalu mencebik . Ala sikit-sikit nak berteman hm .

" Jaga diri sendiri konon , ubat pun liat nak makan . Jangan degil boleh tak? " Hongjoong mengetuk kepalaku kasar dengan pemegang sudu . Dia duduk semula lalu sambung makan .

" ish ..yelah! " Aku mendengus geram sambil mengusap kepala sendiri .

》A few hour later .

Selepas Hongjoong belikan ubat dan paksa aku makan tadi . Akhirnya dia bergerak ke bandar dan tinggalkan aku sorang-sorang di rumah .

Katanya San on the way datang ke sini . Dia siap bagi kebenaran untuk San keluar lama lagi tu .

" Kim Haeryung ! aku sudah sampai !!" Kedengaran suara San di selang dengan ketukan di pintu . Aku bangun dan membuka pintu utama .

Maka terpampanglah wajah kacak Choi San yang masih single .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now