21

323 55 13
                                    

》one month later

> San pov

Kling~

Aku menolak pintu cafe lalu menuju terus ke bahagian dapur untuk berjumpa dengan noona.

" Noona chukahae!! " Ucapku pada noona yang sedang menyusun peralatan dapurnya . Noona berpaling .

Sejambak bunga mawar aku hadiahkan untuk noona sebagai tanda sokongan . Noona dapat buka cafe dengan bantuan boyfriend dia . Aku pula tak dapat datang majlis perasmian dua hari lepas jadi aku bercadang untuk tolong noona hari ini .

" Kenapa kamu keluar ? Tadi kata busy record dance practice kan.. " Soal noona keliru sambil lihat aku yang masih pakai baju dengan logo ateez . Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

" Erm.. San kesian dekat noona lagipun San tak sempat datang masa majlis perasmian tu . San minta izin dengan Hongjoong hyung nak keluar tolong noona buka cafe . " Terangku . Noona menggeleng kepala .

" Dah buka nanti balik Kq semula . Noona taknak kamu terlebih penat harini . " Tegas noona lalu mengambil bunga yang aku bagi tadi dan letak ke dalam pasu jernih di hadapan cafe .

" Yelah.. " Aku berlalu ke ruang hadapan cafe lalu mula menurunkan kerusi . Belum suruh pun aku dah tahu kena buat apa hehe.

" San tolong susun-susun dengan lap-lap je tau . Nanti hyung datang tolong noona kat sini sampai malam . " Pesan noona lalu menghidupkan penghawa dingin. Aku hanya mengangguk faham .

Oh . Patutlah noona rileks je , rupanya boyfriend dia nak datang sini .

Aku ikut noona ke dapur cafe . Gelas dan pinggan mangkuk yang baru siap di cuci aku lap sehingga kering sementara noona menyusun buku menu di setiap meja yang ada di hadapan cafe .

Sedang sibuk di dapur tadi aku terpandang apron yang di sangkut di tepi dinding dengan huruf HR dan JK . Mungkin nama pekerja-pekerja noona kot sebab dekat apron noona pun ada nama dia .

Selepas hampir sejam buat kerja badan aku mula lenguh . Tuala aku sangkut di bahu untuk lap peluh .

" Sudahlah San , biar noona uruskan yang lain . " Kata noona risau selepas ternampak aku bersandar di kerusi sambil mengelap peluh .

Dia kata tadi lap dengan susun je . Aku yang gatal tangan pergi lap tingkap dengan sapu satu cafe .

" Tak apa noona, sikit je lagi nak siap . Biar San habiskan lap tingkap tu dulu . " Aku mengelak baki peluh lalu mula bangun dengan laju . Menyebabkan kepala ku pening sebab darah tak mengalir dengan betul .

" Degil betul lah kamu ni . Duduk noona ambilkan air ! " Noona menampar bahuku lalu menuju ke dapur untuk ambilkan air . Aku ketawa melihat telatah noona .

Kling~

Loceng pintu berbunyi bila di buka . Aku mengalihkan pandangan ke arah seorang lelaki yang menapak masuk ke dalam cafe .

" Eh San pun ada rupanya . Mana noona ?? " Tanya lelaki yang amat ku kenal iaitu Jeon Jungkook . Boyfriend dan tunang noona .

" Noona dekat dapur dia ambilkan air sekejap . " Balasku . Hyung mengangguk lalu meletakkan beg silangnya di atas meja .

" Ha sampai pun, awak lambat sikit . " Noona keluar dari dapur dengan membawa segelas air kosong untukku . Aku mula meneguk dengan rakus .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now