12

390 61 9
                                    

>Haeryung pov

Bahuku di urut perlahan, kunci kereta dikeluarkan lalu aku menekan butang lock selepas Haesung menutup pintunya.

" noona, kejap lagi aku nak keluar boleh tak? " Haesung menghalang jalan aku .

" tak ada kerja sekolah? " Tanya aku kembali . Laju saja kepalanya menggeleng .

" ha boleh tapi jangan balik lambat sangat . Tak pasal kuali kat dapur tu melayang dekat muka kau nanti." Pesanku lalu menolak bahu Haesung supaya ketepi . Haesung berjalan di belakang lalu mula mengikut langkahku masuk ke dalam rumah .

Haesung menuju masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan diri. Budak tu baru lepas balik sekolah .

Dahiku berkerut menahan lenguh yang datang dari bahagian bahu sebelah kanan . Ini semua sebab aku kemaskan stor lama dekat tempat kerja tadi . Dah bersawang habis .

Sofa empuk yang berada elok diruang tamu itu aku tuju , memandangkan Hongjoong tak ada kat rumah bolehlah aku mandi lambat sikit.

Semakin lama aku tonton tv , semakin kelopak mataku berat . Kaki dah mula melunjur sampai ke hujung sofa , kepala terletak elok atas lengan sofa lalu aku mula lelapkan mata .

15 minutes later ..

" noona! " Aku terjaga dengan mengejut setelah mendengar jerita Haesung . Mahu gugur jantung dibuatnya .

" bangunlah pergi mandi, patutlah bau busuk dari tadi . " Kata Haesung ,sengaja dia menutup hidungnya untuk mengejek aku yang sudah immune dengan usikannya .

Mana ada busuk , bau perfume sahaja yang dah hilang jadi tinggal bau sabun pencuci baju downy yang melekat di bajuku sekarang..

ah malas mahu melayan perangai adikku sorang ni , terus aku bangun lalu pergi bersihkan diri .

" ingat, balik sebelum pukul 12 malam ." Pesanku terakhir sebelum Haesung menapak keluar dari rumah .

Usai memakai pakaian aku menapak ke meja solekku lalu laci dibuka , terdapat beberapa jenis skin care dan barang make up yang aku simpan .

Suis untuk hairdryer aku tekan supaya on , rambutku yang dibalut dengan tuala tadi dilepaskan dan dikeringkan perlahan .

Ting! Ting!

Mataku tertumpu ke skrin telefon yang berada di atas meja solek . Tanganku mencapai telefon , aplikasi mesej ditekan lalu terpaparlah nama Choi San pada bahagian atas skrin .

Choi San.

Haeryung-ssi ,today ?

ya, aku tengah bersiap ni.

oh okay!

Jangan lama sangat
kesian aku tunggu kau
sorang-sorang dekat depan .

Yeah , almost done San.
Bagi aku 5 minute
pastu aku turun.

okey!

Telefon diletakkan ketepi . Cermin aku lihat lalu mula memakai sedikit make up untuk menutup cela dan parut dimuka .

5 minit untuk aku pakai make up bahagian mata yang simple , mujurlah tangan ni tak terketar-ketar lukis kening dengan eyeliner kalau tidak mesti perlukan lebih masa .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now