special chapter pt4

138 18 0
                                    

Bunyi deringan phone Jiyeoul membuatkan dia tersedar dari lenanya . Jiyeoul mendengus geram lalu menjawab panggilan tersebut .

" Hello? " Jiyeoul menggosok matanya . Selimut yang menutupi separuh badannya dibuka lalu sandarkan diri ke kepala katil .

" Yah skateboard kau dah elok . Datang sini cepat! " Suara Jaehan berteriak . Dia menjerit sebab bunyi mesin dekat bengkel tu terlalu kuat .

" Nae!! "  Jiyeoul menutup telefonnya lalu menyiapkan diri untuk ke bengkel . Petang nanti pula dia kena daftar untuk pertandingan skateboard tu .

Selesai bersiap . Jiyeoul mengunci pintu lalu keluar dari rumah itu . Outfit of the day Jiyeoul macam biasa . Baju tshirt oversize , seluar loose pendek paras lutut dan hiasan macam headphone yang dia sangkut dekat leher .

" Thank you oppa~ " Jiyeoul menayangkan senyuman comelnya selepas Jaehan mengeluarkan skateboard daripada tempat repair itu .

Tiba-tiba Jiyeoul meletakkan duit di atas meja pejabat Jaehan . Jaehan yang ternampak terus menahan Jiyeoul .

" Ah simpan duit tu . Tak perlu bayar , betulkan tayar skateboard je pun .. bukannya tayar kereta . "  Jaehan menolak Jiyeoul keluar dari pejabatnya . Jiyeoul mengalah lalu keluar .

" Kau suruh oppa betulkan skateboard ni mesti untuk pertandingan tu kan? " Langkah Jiyeoul terhenti . Jaehan mengangkat sebelah keningnya lalu bercekak pinggang .

" Oppa tahulah , member oppa yang adakan pertandingan . " Ujar Jaehan lagi . Jiyeoul memalingkan badan menghadap Jaehan .

" Ouh.. oppa nak marah Jiyeoul ke ? " Soal Jiyeoul ragu-ragu . Jaehan menggelengkan kepala .

" Nak marah buat apa ? Kau berbakat dengan skill-skill skateboard kau tu .. Sia-sia je kalau tak cuba . " Lelaki itu menghampiri Jiyeoul lalu menepuk bahunya . Jiyeoul mengangguk .

" Tapi yang lain tak suka Jiyeoul masuk pertandingan tu . Jaehyuk oppa cakap kalau daftar tanpa kebenaran korang , dia nak bagitahu Jihyung oppa . "

Adu Jiyeoul dengan senyuman yang semakin memudar . Jiyeoul mengeluh selepas teringatkan apa yang Jaehyuk cakap .

Jaehan berdecit . Hyung dia sorang tu perangai memang suka mengugut . Sikit-sikit nak bagitahu si sulung .

" Dia cakap macamtu kat kau? Takpa kau daftar je dik , oppa benarkan . Kau pandai-pandai la simpan rahsia ni . Kalau dorang marah lagi bagitahu oppa." Ujar Jaehan memujuk supaya Jiyeoul teruskan minatnya .

" B-betul ke ni?? " Tanya Jiyeoul . Dia masih tak percaya Jaehan akan bagi kebenaran dengan sanhat senang .

" Iya betul .. dah pergi balik , sini bahaya! "

Jaehan menghalau Jiyeoul keluar lalu menyambung kerja-kerja yang tergendala tadi .

Almaklumlah , bengkel Jaehan saja yang paling dekat dengan perumahan tu jadinya semua orang akan hantar kenderaan mereka ke situ .

Jiyeoul meletakkan skateboard ke lantai jalan . Kaki kanannya diletakkan di atas papan dan kaki kiri menolak supaya skateboard itu bergerak ke depan .

Sedang perempuan tomboy tu ralit mengawal skateboardnya tiba-tiba dia ternampak Puan Jung .

Omma Wooyoung tu tengah angkat kotak-kotak besar dari bonet kereta masuk ke halaman rumahnya .

Jiyeoul menyengetkan kepala membaca nama barang yang tertulis di kotak-kotak itu .

" Aunty lemme help!! "  Jiyeoul menawarkan bantuan . Jiyeoul memecut laju selepas Puan Jung menoleh dengan senyuman .

" Aunty beli apa ni ? Banyaknya.. "

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now