30

436 61 29
                                    

( 6 year later .. )

> San pov

Haeryung sedang menyiapkan hiasan rumah kerana malam nanti akan diadakan parti hari jadi puteri sulung kami , Choi Seyoung .

Dan ya, isteriku Kim Haeryung . Haeryung jadi ibu dan isteri yang sangat penyayang lepas Seyoung di lahirkan .

" Done. Seyoung mesti suka ni ! "  Kataku lalu membetulkan sedikit kedudukan belon yang terapung di syiling ruang tamu .

" Saya nak ambil kek , awak pergi jemput Seyoung kat sekolah dia . Kalau boleh tolong lengahkan dia . "  Haeryung mencapai kunci kereta di atas meja makan lalu membuka pintu utama .

" Okay hati- hati sayang . "  Aku melambai Haeryung , sempat juga wink sekali-sekala .

》SKIP

Cermin mataku di betulkan . Pintu kereta ditutup rapat lalu berjalan ke arah pagar sekolah Seyoung .

Keadaan jalan masih lengang . Aku sorang saja yang bersemangat tunggu 1 jam lebih awal untuk Seyoung keluar dari sekolah . Bapa mithali tak?

Kringg!! Tiba-tiba loceng berbunyi . Dalam sekelip mata sahaja budak-budak ni serbu pagar sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing .

" Seyoung-ah !! "  Aku tersenyum gembira dapat melihat muka comel Seyoung dari jauh . Seyoung terus berpaling ke arahku dan memecut laju .

" Papa !  "  Seyoung memecut keluar dengan mendepakan tangannya . Aku menunduk sedikit lalu membalas dakapan Seyoung .

"  Lajunya kamu lari , nasib tak jatuh tadi fuhh .. kalau tak, mati la papa kena jawab dengan mama . "   Seyoung melepaskan pelukan . Rambut Seyoung dibetulkan lalu pipinya aku gomol . Geram !

" Sorry papa , Youngie excited jumpa papa hehe "

Seyoung ketawa kecil . Jemari kecil Seyoung menggenggam jari kelinkingku sambil kami melintas jalan .

Selesai masuk ke dalam kereta , aku mula memandu ikut jalan yang tak berapa nak familiar untuk Seyoung . Disebabkan Seyoung sedang bermain dengan anak patungnya jadi dia tak banyak tanya .

" Pa stop! "  Tangan kecil Seyoung mencapai hujung lengan bajuku . Aku mengangkat kening lalu memberhentikan kereta di tepi jalan . Berdekatan dengan kedai-kedai kecil .

" Kenapa sayang? "  Aku berpaling ke arah Seyoung . Seyoung memberikan sengihan comel lalu menunjukkan kedai bunga yang berada di sebelah .

"  Seyoung ternampak bunga favourite mama , Jasmine . Jom beli sebelum habis ! "  Kata Seyoung dengan terujanya . Aku mengangguk lalu melepaskan tali pingang .

Kami memasuki kedai bunga lalu mengambil sejambak bunga Jasmine . Selesai membayar , kami keluar dari kedai dan teruskan perjalan pulang ke rumah .

" Pa , appa Woo ada wish birthday youngie tak?? . Papa kan ada cerita pasal appa Woo . Youngie teringin nak jumpa dia . "  Soal Seyoung selesai sahaja mengunci kereta . Aku terdiam seketika lalu memberikan senyuman kecil .

Seyoung tak tahu rupa Wooyoung dan kisah silamnya . Memang aku pernah ceritakan dengan Seyoung pasal Wooyoung masa dia kecil , tapi tak sangka dia ingat lagi .

" Papa dah lama tak contact dengan dia sayang , nanti la kalau ada peluang kita jumpa dia . "

Seyoung mengangguk perlahan. Aku memimpin tangannya masuk ke dalam lif dan balik ke kondo kami bertiga .

[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now