>Haeryung pov
Aku menapak keluar dari kawasan taska , tangan Ryung aku pimpin sehingga kami sampai di depan pagar besar taska .
Dapat aku lihat Wooyoung sedang menunggu kami . Dia terus keluar dari kereta dan menuju ke arah Ryung .
" Appa! " Jerit Ryung gembira lalu berlari mendakap Wooyoung . Wooyoung angkat Ryung lalu didukung kemas.
" Saya nak hantar Ryung balik dulu lepastu kita pergi hospital . Okay? "
Aku mengangguk , Ryung melambai aku lalu mereka beredar dari situ .
Keretaku yang terparkir disitu aku buka pintunya lalu mula hidupkan enjin dan bertolak pulang ke rumah .
Beberapa minit memandu akhirnya aku sampai lalu terus aku parkir kereta masuk ke halaman rumah .
Beg yang berada di seat belakang aku capai lalu buka pintu kereta dan tekan butang lock pada kuncinya.
Pintu rumah terbuka , wajah Haesung terpapar di muka pintu lalu dia mengambil beg tanganku.
" Kau nak ikut kitorang ataupun nak rest dekat rumah? " Soal Hongjoong yang sedang memakai jam tangannya . Dia pandang aku yang asyik mengurut bahu dari tadi .
" Haeryung pergi dengan Wooyoung . Ni nak mandi jap. Oppa nak pergi dah ke? " Soalku , langkahku terhenti sambil melihat Hongjoong yang sedang menaip sesuatu di telefonnya.
" Aku pergi lambat sikit sebab Yunho nak ambil ateez dulu lepastu baru datang sini jemput kitaorang . " Jawab Hongjoong . Aku mengangguk faham .
" oh okay. " Jawabku ringkas lalu menyambung langkah kebilikku untuk membersihkan diri.
Selepas bersiap-siap aku keluar dari rumah semula lalu masuk ke dalam kereta Wooyoumg yang berada di depan pagar untuk membawaku berjumpa dengan San.
Hongjoong dengan Haesung pula masih menunggu Yunho sampai . Maklumlah nak pinjam kereta staff lepastu kena kumpul member dulu jadi lambat la sikit mereka bertolak.
Pintu ward dikuak , dapat aku lihat San yang terbaring di atas katil . Ada dua orang nurse yang sedang memeriksa keadaan San dan seorang lagi sedang menulis sesuatu di clipboard.
Dua orang nurse itu meninggalkan bilik itu selepas ternampak aku dan Wooyoung yang tercegat di pintu masuk .
" Choi San dah sedar , dia tengah tidur ." Ujar nurse itu lalu keluar dari bilik San .
Hatiku semakin lega , aku pandang Wooyoung dengan senyuman . Mujurlah San dah sedar.
" Haeryung? " Aku menoleh ke arah San . Dia menguap kecil lalu menggosok kelopak matanya .
Tanpa menghiraukan Wooyoung aku terus berlari ke arah San dan memeluknya sekejap . Rindu bestfriend yang sorang ni.
" Maaf susahkan korang .. aku sepatutnya pergi klinik awal-awal semalam arkh! " Dia baru sedar dan itu ayat pertamanya . Aku menarik cuping telinga San tak mahu dia mengungkit dan rasa serbasalah.
" Benda dah jadi pun San . Tak perlu la minta maaf . " Balas Wooyoung yang dari tadi menyepi di sebelah kiri katil San .
" Lepasni kau kena jaga kesihatan . Please jangan sakit lagi, kau buat semua orang risau .. " Kata aku , San menayangkan senyuman lalu mengangguk .
" By the way, kau ada bagitahu noona tak? "
" ye aku dah bagitahu semalam, dia suruh kau ikut cakap doktor and dia minta maaf sebab tak boleh balik tengok kau . " Terang aku , San mengangguk saja .
Wooyoung yang berdiam diri memerhatikan kami berborak tadi mula menapak keluar selepas dapal call dari Yunho yang mereka baru sampai di hospital . Jadi Wooyoung turun untuk tunjukkan mereka jalan ke bilik San .
" kau makin rapat dengan Wooyoung? " Soal San tiba-tiba . Kami ter eye contact tanpa sengaja lalu cepat-cepat aku pandang ke temoat lain .
" bolehla.. " San tersengih-sengih melihatku yang sedang kekok menjawab soalan.
Ish kenapa malu ni ..
" lambat betul diaorang ni ,naik lif ke naik tangga .." Rungutku selepas terlalu lama Wooyoung tinggalkan kami berdua . Keadaan juga jadi sedikit kekok selepas mendengar soalan San tadi .
Tiba-tiba pintu dibuka luas , terpampanglah wajah kacak 7 orang jejaka pujaan wanita aka Ateez .
" Saniee!! " Yunho dan Mingi segera mengepung San lalu memeluk San erat . Terbatuk-batuk dibuatnya sebab dihimpit oleh dua orang galah .
Aku mengundur untuk memberi ateez ruang untuk berborak dengan San . Jongho menghampiriku lalu menghulurkan sesuatu .
" apa ni Jjong? " Aku keliru lalu mengambil bag ditangan Jongho . Jongho senyum .
" itu hadiah untuk noona sebab jagakan hyung Jjong . Terima kasih yaa noona . " Kata Jongho . Keningku mula berkerut keatas . Jongho sangat comel .
" no no, thank you . " Aku menepuk bahu Jongho lalu meletakkan hadiah tadi diatas meja . Terharu rasanya bila dapat hadiah .
" korang jangan ganas-ganas dengan San ya, tercabut wayar kat tangan dia tu tak pasal lagi seminggu stay sini . " Pesan Seonghwa sambil memotong buah oren yang dia bawa untuk San makan . Dah serupa mak orang .
Aku duduk di kerusi lain , jauh sedikit dengan ateez . Tak mahula masuk campur perbualan mereka jadi aku dengar sahaja.
Masing-masing tersenyum gembira sambil ceritakan perkara-perkara yang San terlepas sepanjang dia tak datang ke practice room .
" syok pula kalau jadi orang sakit ni . Tengok tu dapat makanan dengan hadiah free . Hadiah pun semuanya mahal-mahal . "
" kenapa nak try pengsan ke? " Tanya San lalu mengangkat kening .
" ye arr aku sanggup tukar tempat dengan kau San " Mingi menganggukkan kepala .
" okay Yeosang kau boleh ketuk si mingi ni . Dengar cerita dia curi ayam goreng kau masa aku tak ada . " Suruh San . Yeosang tersengih lalu mendekati Mingi .
" aku g-gurau je! "
YOU ARE READING
[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍
Fanfiction!!TW!! : cringe,cliche ( i write diz ff when i was a delulu teenager / baby atiny => ) Mula-mula bergelak ketawa , pada pertengahannya saling tak percaya dan pada akhirnya akan berbahagia . start: 12/12/19 end : 31/12/20 final update : 25/2/24 st...