04

584 94 25
                                    

> Haeryung pov

Malam selepas aku pulang dari kerja,aku duduk sorang-sorang kat dalam bilik sementara tunggu Hongjoong balik. Haesung pula tengah study dalam bilik dia. Sejenis tidur lambat bangun awal la katakan.

Tiba-tiba phone yg aku letakkan atas katil berdering, nama oppa sulung pada skrin phone tersebut.

Dengan lancar aku slide ketepi untuk menjawab panggilan tersebut.

" Oppa- "

" Ryung!! Ya tuhan rindunyaa adik oppa sorang ni"

"Ha..yelah oppa busy sangat,mana ada masa dgn kitorang."

" Sebabtulah oppa call kau..nak bagitahu yg oppa akan balik Korea and spend time dengan semua dongsaeng kesayangan oppa. "

"Tapi jangan bagitahu Hongjoong dengan Haesung ye? Oppa nak buat suprise! Ok oppa ada kerja nak disiapkan bye Ryung jumpa nanti ! "


Panggilan ditamatkan , aku melompat gembira diatas katil , sudah lama tak jumpa oppa sulungku semenjak dia berpindah ke luar negara untuk tinggal bersama kekasih dia.

Sedang aku berseronok tiba-tiba ada suara menegur dari tepi.

"  Tak runtuh pulak katil kau ? " 

Aku pandang ke tingkap sebelah kiri, ianya Choi San yang sedang minum hot chocolate sambil tengok aku ..

" Choi San,kau lama dah usya aku? " soal aku lalu turun dari katil dengan berhati-hati.

" Dari kau masuk bilik pastu tukar baju-

" Yah main-main lah kau ni ! " Mataku membulat lalu segera di capai sesuatu untuk dibaling pada San.

Bantal plushie aku yang berada di atas katil dibaling tepat mengenai muka San membuatkan kepala dia tepaling sedikit.

" Alaaa gurau je hm "  Kata dia sambil pout , hot choco yang berada ditangan tadi sudah diletakkan ke bawah. San senyap beberapa saat sebelum aku menegur dia kembali.

" Hei San , kau okay ? "  Soal aku lepas sedar San nampak sedih .

" Not really.. "  kata San sambiil termenung jauh.

" Story la dekat aku , mana tahu aku boleh tolong ? Aku kan kawan baik kau.. "   Pujuk aku pada San supaya dia mula buka cerita.

" Noona aku tu.. dia dah ada boyfriend tapi boyfriend dia orang kaya pastu terpelajar.. "  terang San , sambil duduk ditepi tingkap . Dagunya diletakkan ada tapak tangan.

" So? kau tak suka kakak kau ada boyfriend ? gitu? " Teka aku. San laju menggeleng lalu meneruskan ceritanya.

" no lah , aku okay je .Cuma family aku asyik bandingkan kerja boyfriend noona dengan kerja aku. Aku tahulaa aku ni idol kat kq je. Boyfriend dia tu pulak buka restoran mewah dekat tengah-tengah bandar Seoul . " San mencebik .Alahai kesian pula aku dengan anak Choi ni .

" Alahai San, kau pedulikan apa diaorang cakap . Kalau aku jadi kau , aku bangga dapat jadi kpop idol tau. Dahla susah nak jadi idol ni . Cakap pasal diet pula , aku memang tak boleh tahan tengok ayam goreng. " kata aku cuba memujuk San . Dia memandang muka aku dengan kening yang terangkat sedikit.

" Ha! lagipun kau satu-satunya kpop idol di kampung kau . Kau tak bangga bila kau balik kampung selalu ternampak banner and poster yang penuh dengan muka kau?? "  Kata aku .

San mengukir senyuman bila aku ingatkan dia tentang perkara itu . Laju saja kepalanya mengangguk .

" jadi apa yang aku buat ni betul la kan?? " Soal San lagi . Jarinya bermain dengan lengan bajunya yang panjang.

" iyaa San ,kau pun dah usaha sebab tu kau boleh jadi member ateez , Aku yakin kedudukan kau sekarang buat kau happy .Happy tak ? "

" Aku happy, hm thanks weh tak sia-sia aku pilih kau jadi bestfriend aku! Nah ambik balik plushie kau. "  kata San lalu bantal aku dibaling masuk ke bilik aku semula.

Tak lama selepas itu aku terdengar suara Hongjoong dan bunyi pintu tertutup dari bawah.


" San , aku nak turun makan malam dengan Hongjoong . Kau pun pergila rest , tenangkan fikiran kau tu. "

San senyum lalu tutup tingkap biliknya. Aku pula turun untuk makan malam bersama dengan Hongjoong dan Haesung .

>End pov


[𝘾] 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐔 𝐁𝐄 𝐌𝐘 𝐅𝐑𝐈𝐄𝐍𝐃?:𝐖𝐎𝐎𝐒𝐀𝐍Where stories live. Discover now